3 Mac 1924 – Kronologi Kejatuhan Khilafah Islamiyah (Turki Uthmaniyah)

Islam, Isu Semasa
kejatuhan khilafah
kejatuhan khilafah

Jata Khilafah Turki Uthmaniyah satu ketika dahulu

Esok ada apa ye? Sape tau..aku tanya khusus untuk pembaca yang beragama Islam. Eh, come on la bro..esok tarikh penting satu dunia kena tau.

Esok 3 Mac 1924 bersamaan 88 Tahun umat Islam sudah sengsara tanpa satu kekuatan yang menjadi tunjang Satu Dunia.. Tarikh 3 Mac 1924 merupakan detik kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah bermakna kejatuhan khilafah Islamiah yang satu ketika dahulu menjadi rujukan satu Dunia.

Tarikh 3 Mac juga menandakan Islam tidak lagi berkuasa sepenuhnya di atas muka bumi Allah SWT dan juga berakhirnya kekuasaan kerajaan Islam yang telah diasaskan sejak zaman Rasulullah SAW 1400 tahun lalu.

Ini perkara besar ye kawan-kawan, ini isu Umat islam, ini isu dunia kerana tiada Pemerintahan Islam bermakna maksiat akan terus berleluasa..umat Islam di Palestin akan terus dinodai..pemikiran kita juga akan terus dijajah sehingga ke saat ini.

bendera turki uthmaniah

Bendera Negara Turki

Anda sedar atau tak, kejatuhan khilafah uthmaniyah pada tahun 1924 menjadi satu turning point kepada keadaan dan suasana kita sekarang. Semua ni gara-gara musuh Allah bertopengkan Mustafa Kamal Attarturk laknatullah. Dia telah merancang supaya khilafah musnah dengan empat teknik rahsia yang digunakan.

[tooltip text="Boleh search keyword ini di Google"]Empat sebab kejatuhan khilafah Uthmaniyah :[/tooltip]

1. Hutang
2. Revolusi Arab 191
3. Perjanjian rahsia Skyes-Picot
4. Kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Pertama

mustafa kamal attarturk

Mustafa Kamal Attarturk

Andai anda Islam.. andai kata anda percayakan Allah dan Rasulullah. Ni aku bagi ayat special. Pengang ayat ni sampai la ke mati :

[box type="shadow"]“88 tahun kita semua dah berdosa, selagi Khilafah tak wujud..selagi itu kita dalam keadaan berdosa”[/box]

Ini la pesanan murabbi ku dahulu dan inisiatif ni telah pun digerakkan bermula tahun 1928 oleh tokoh terkemuka bernama [tooltip text="Siapakahnya? cari sendiri"]Imam Hasan Al-Banna[/tooltip] dengan menubuhkan satu jamaah Islam, Ikhwanul Muslimin.

Untuk paparan kali ini, aku nak kita tahu kronologi kejatuhan khilafah Uthmaniyah supaya Kita tidak mengulangi sejarah yang sama.

[box type="shadow"]“Mereka yang tak belajar Sejarah, pasti akan mengulanginya lagi”[/box]

Kronologi Empayar Uthmaniyyah – rentetan kejatuhan khilafah islam.

[learn_more caption="Lihat kronologi itu di sini!"]1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.

1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.

1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.

1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.

1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.

1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.

1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.

1453M- Constantinople ditawan. Berakhirnya Empayar Byzantine.

1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.

1526M- Perang Mohacs

1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.

1571M- Perang Lepanto berlaku.

1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV

1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.

1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.

1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.

1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.

1792M- Perjanjian Jassy.

1793M- Sultan Selim III mengumumkan “Pentadbiran Baru”.

1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.

1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.

1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.

1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.

1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.

1829M- Perjanjian Adrianople.

1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.

1841M- Konvensyen Selat.

1853M- Bermulanya Perang Krimea.

1856M- Berakhirnya Perang Krimea.

1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.

1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.

1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.

1912M- Perang Balkan pertama.

1913M- Perang Balkan kedua.

1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.

1919M- Mustafa Kemal Ataturk mendarat di Samsun.

1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.

1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.

2012M…….erkk?[/learn_more]

Terima kasih kerana berminat untuk mengetahui tentang Kejatuhan Khilafah Empayar Uthmaniyah ini.

Dan pastikan anda, kamu dan kita semua adalah satu nilai dari mereka yang bakal mengembalikan dan membangkitan Khilafah Islamiah!

[box type="shadow"]Benarlah janji Allah SWT dalam quran “Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasulnya serta orang orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang” – Al Maidah : 56[/box]

[ads] Teknik terkini BOOST POST FB Ads ? Baca di sini Teknik Rahsia dapat klik RM0.01 FB Ads (klik)

[ads] NAK PANDUAN FB ADS PERCUMA TAK? DOWNLOAD PERCUMA DI SINI (klik)

show <== click Here

15 comments… add one

  • BudakSerius

    Tq muaz share info nih.Dah share kat fb.
    BudakSerius entri terbaru..5 Orang Yang Terlepas Daripada Hukuman MatiMy Profile

  • very nice info muaz. tarikh penting untuk semarakkan semula kegemilangan khilafah. :)
    incik entri terbaru..Rahsia kenali wanita melalui bantalMy Profile

  • Apa yang perlu dilakukan ialah bersama-sama mensyariatkan ajaran islam di Malaysia dahulu. Bagi aku itu adalah lagkah pertama..aku rase kemungkinan besar khilafah islam akan muncul di negara rumpun Melayu
    segalabenda entri terbaru..Cara Simple Aku Mendapatkan TraffikMy Profile

    • tidak boleh tidak sebenarnya kena mulakan dari diri sendiri gak sebenarnya. tu Solution terbaik utk ummah..

  • Archyher

    Sakit hati jiwa raga tengok empayar Islam kena rampas macam tu je
    Masjid Cordova pun diorang take over.
    memang tak boleh jadi ni.
    kita kena rampas balik..

    • betul.. mula kan step dgn bina diri ni dulu. Caranya? harusla cari.

  • anasyaheed

    alhamdulillah…
    terima kasih atas perkongsian dan ingatan…

    ~ al-nasr : 1-3 ~

    • harapnya ukhti dapat kongsi dan share dgn rakan lain..terima kasih

  • dah tweet muaz , akk baca sesikit jek ..siyez ..tp akk tolong sebarkan yek ..
    puanbee entri terbaru..Senarai Program Insentif Tunai Dari Blogger/WebsiteMy Profile

  • siti

    Hanya Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya yg dapat kembalikan kita pada Sistem Khilafah iaitu sistem mahunya Allah……Bukan sistem ideologi manusia….yg telah menyebabkan berlakunya gejala sosial yg teruk di kalangan umat Islam itu sendiri….Ya Allah, bangunlah umat Islam, jangan biarkan umat Islam ditindas lagi….mungkin mereka di palestin, afganistan, bosnia dibunuh, ditindas, kita pn mgkin akn malalui….tapi sebelum kita, marilah sama2 bersatu, jgn berpecah belah seperti skrg (42:13)…..

  • ajai

    ada satu ayat…. yg kamu masih belum jumpa….. insyaAllah jika dengan izin Allah pasti kamu akan mengetahui…… AN-NABA( berita besar) apap pun berpeganglahpada janji kamu itu… jgn lakukan kerosakan…. islam itu sejahtera… AL-QURAN untuk kesejahteraan manusia….TAMADUN MANUSIA perlu di bangkitkan….

Leave a Comment

CommentLuv badge

Tick jika mahu update PERCUMA


Tip Rahsia Bina Website daripada saya!

Sebentar! Mahu tak saya kongsikan tips rahsia bina website dalam bentuk ebook?

Sila masukkan nama dan emel aktif anda di bawah untuk saya hantarkan tips rahsia ini kepada anda..

Maklumat anda 100% selamat.

Tip Rahsia Bina Website daripada saya!

Sebentar! Mahu tak saya kongsikan tips rahsia bina website dalam bentuk ebook?

Sila masukkan nama dan emel aktif anda di bawah untuk saya hantarkan tips rahsia ini kepada anda..

Maklumat anda 100% selamat.