Amalan Rasulullah Sebelum Tidur

Islam
tidur style kotak
 

tidur style kotak

3 Amalan Rasulullah Sebelum baginda tidur,

Sebelum kita tidur setiap hari, aku mengajak anda sekalian untuk amalkan sebahagian Sunnah Contoh Teladan amalan Rasulullah sebelum baginda tidur dan juga posisi terbaik.

Banyak amalan sunnah yang diajar oleh Junjungan besar Nabi Muhammad SAW kepada kita. Namun kali ini, ada 3 sunnah amalan Rasulullah sebelum tidur yang boleh kita amalkan pada setiap malam :

1. Nabi SAW memberi peringatan agar dibersihkan tempat tidur kita.

Ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :

” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hamba-Mu yang soleh.” – Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.

2. Jika hendak baring tidur, banyak caranya.

Antaranya yang disunnahkan adalah dengan meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan Ketika Tidur.

Imam an-Nasai’e  dengan sanad yang sahih, juga disebut oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad dan dihurai panjang oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari meriwayatkan dari al-Barra’  :

“Apabila Nabi SAW hendak tidur malam, beliau meletakkan tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan lalu berdoa : Ya Allah, lindungilah aku dari azabMu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hambaMu”.

3. Menutup bekas air yang terbuka

Kita disarankan menutup bekas air yang terbuka. Walaupun dengan sebatang kayu. Ini dijelaskan oleh Imam Muslim bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :

“Tutuplah semua bejana dan ikatlah kantung-kantung penyimpan air. Kerana sesungguhnya, dalam setahun terdapat satu malam (yang saat itu) diturunkan wabak penyakit ke dalam bejana. Tidaklah wabak itu mengenai bejana yang ditutupi atau kantung-kantung penyimpan air yang tidak diikat, melainkan wabak penyakit masuk kedalamnya”

Dalam satu riwayat lagi menerangkan:

“Jika tidak mendapatkan sesuatu untuk menutupi bejana kalian, melainkan menggunakan kayu, lalu kamu membaca basmalah, maka lakukanlah.”

Imam Ibnu Qayyim dalam Zaad al-Maad menghuraikan maksud walaupun dengan kayu adalah berkemungkinan jika terdapat binatang yang terjatuh boleh terhalang dengan kayu tersebut dan boleh juga serangga itu berjalan diatas kayu yang diletakkan.

tidur cara posisi rasulullah

Nota Penting harus dapat untuk entri Amalan Rasulullah Sebelum tidur adalah :

1. Bersihkan Tempat Tidur

2. Letak Tangan Kanan Di Bawah Pipi Kanan Ketika Tidur

3. Tutup Bekas Air yang terbuka Walau dengan Sebatang Kayu

Sebelum saya mengakhiri entri kali ini, satu persoalan aku nak tinggalkan. Rasulullah tidur berapa jam sehari? Apakah posisi yang paling sesuai mengikut sunnah ar Rasul?

Insya Allah, aku akan kupas pada entri mendatang. Buat masa ni, boleh LIKE fan page dulu ye.

[ads] Teknik terkini BOOST POST FB Ads ? Baca di sini Teknik Rahsia dapat klik RM0.01 FB Ads (klik)

[ads] NAK PANDUAN FB ADS PERCUMA TAK? DOWNLOAD PERCUMA DI SINI (klik)

show <== click Here

12 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge

Tick jika mahu update PERCUMA


Tip Rahsia Bina Website daripada saya!

Sebentar! Mahu tak saya kongsikan tips rahsia bina website dalam bentuk ebook?

Sila masukkan nama dan emel aktif anda di bawah untuk saya hantarkan tips rahsia ini kepada anda..

Maklumat anda 100% selamat.

Tip Rahsia Bina Website daripada saya!

Sebentar! Mahu tak saya kongsikan tips rahsia bina website dalam bentuk ebook?

Sila masukkan nama dan emel aktif anda di bawah untuk saya hantarkan tips rahsia ini kepada anda..

Maklumat anda 100% selamat.