Artis tak pakai seluar dalam

Gaya Pemakaian Tudung Bawal Terkini

Betul ke ada Artis tak pakai seluar dalam ni? Rupa-rupanya ramai yang ingin tahu artis mana yang tak pakai seluar dalam lagi-lagi kalau dapat lihat gambar sebenarnya mereka. Siapa tak nak lihat artis tak pakai seluar dalam kan? dan siapa tahu artis mana la tu yang tidak memakai pakaian dalam?

Ada sesiapa boleh jawabkan?

Baiklah, pertama kali saya ingin memohon maaf andai entri kali ini memang saya tidak akan menayangkan sebarang gambar ataupun wajah mana artis. Tidak kira artis tersebut berseluar dalam ataupun tidak. Yang ingin saya tayangkan adalah satu entri bikin hot dalam blog saya, dan kali ini saya ingin berkongsi pengalaman posting saya mengenai keyword “Artis tak pakai seluar dalam”.

Sebelum itu, sudah kah anda melihat entri ini GAMBAR NEELOFA BERGAMBAR NAMPAK SELUAR DALAM ? Jika belum, boleh klik link entri tersebut kerana dalam entri ini lah sudah tertanam sedalam dalamnya keyword PANAS tersebut.

dan dalam entri itu juga lah saya banyak belajar pelbagai perkara, dari sekecil-sekecil dosa sehingga lah sebesar-sebesar dosa.

Baiklah.. kalau siapa perasan entri tersebut hanyalah untuk saya testing KEYWORD SEO ARTIS sahaja setelah saya baru menukarkan themes THESIS ini.  Tiba-tiba entri ini meletup di google, sehingga kini saya banyak menerima trafik dari luar , SEO dan referral adalah dari entri ini.

Boleh katakan “Sambil Menyelam minum Air”  sebab saya post pun tiada niat yang besar untuk dedahkan apa-apa tetapi dapat pula naik ranking di google mengalahkan Oh Artis , Oh Tidak , Izyan dan Oh Video TV.

Tetapi entri Neelofa bergambar nampak seluar dalam ada beberapa pengajaran yang sama dapat :

1. Dosa menyebarkan gambar tidak menutup aurat lagi-lagi artis tanah air. Terima kasih kepada mereka yang komen dalam entri tersebut. Saya letak ini di sini untuk tatapan semua.

“awak post macam ni pun kira share dosa sekali lah. benda macam ni tak perlu sebarkan pun. :)” – Kin

Setelah mendapat komen seperti ini, saya pun berbincang dengan beberapa blogger yang lain dan ramai mereka kata .. “kalau ko nak makan saham akhirat..ko letakkan la gambar tak soleh tu, nanti lagi ramai tengok, lagi banyak la saham ko dapat ..”

Alhamdulillah peringatan ini bukan sahaja untuk saya tetapi baiknya untuk semua blogger lebih lebih lagi mereka yang ada post di status wall facebook masing masing. Harap dapat muhasabah sama-sama.

2. Kita belajar untuk mendoakan artis. Saya buat entri ini, saya juga promote di facebook, twitter dan blog ping yang lain. Apa yang saya dapat lihat, ramai akan cuba mendoakan artis tidak solehah ini mendapat hidayah dan cuba berubah. Ada satu komen dalam entri tersebut untuk dikongsikan.

hmmm .. tertanya, adakah bertudung hanya untuk menutup aurat semata-mata tanpa penghayatan di jiwa? Moga Neelofa bertemu hidayah satu hari nanti. Hope its not too late! – iAwani

Amat penting untuk doakan artis tanah air ini untuk mendapat hidayah. Mana tahu doa kita yang Allah makbulkan dan akhirnya artis tersebut menghentikan kisah lama. Sebab itu pentingnya apabila kita menampak artis malaysia tidak melakukan perkara yang baik, kita cuba tegur dan jika tak mampu maka berdoa lah dengan sebaik baiknya.

3. Keyword artis memang hot sepanjang zaman. Ini saya tidak menafikan dan jika anda bermain dengan keyword artis seluar dalam pastikan trafik blog anda akan mencanak canak. Tetapi untuk apa semua itu? Adakah cukup sekadar mendapat trafik yang tinggi tetapi melupakan pengajaran saya nombor satu dan dua.

Maka ini adalah 3 pengajaran yang saya dapat dari entri saya sendiri Neelofa bergambar nampak seluar dalam categori Artis Melayu.

Bagi sesiapa yang baca ini datangkan dari google. Adakah anda mencari artis tak pakai seluar dalam dalam entri ini? Maaf saya memang tidak mahu letakkan di sini. Anda boleh buat carian google semula dan abaikan entri saya kali ini.. dan yang penting insaflah.. tiada perlunya sebenarnya untuk kita teruskan mencari artis pelakon penyanyi mana yang tidak menyarungkan pakaian dalam mereka.

Lihat diri kita, dan siapakah diri kita di hadapan Allah taala nanti. Selamat menjawab, sebarang komentar dialu-alukan di ruangan bawah ini. Terima kasih kerana membaca sehingga tamat.

Get Fresh Content Delivered.

Join and get free content delivered automatically each time we publish.

Comments

  1. says

    Biaslah tu bab artis yg berkaitan gosip memang top habis….Yalah kita sebagai blogger sepatutnya tidak terus menyebarkan isu ini cukup sekadar memberi peringatan kepada orang lain. Apa yang bro buat patut dipuji. Beginilah perlu ada pada setiap blogger seperti kia semua. Kata orang “Jangan Menanguk Di air Yang Keruh”.
    sensasi2020 recently posted…Hidup Untuk Berjaya Atau Berjaya Untuk HidupMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Tick jika mahu update PERCUMA