Baca Quran dalam LRT, satu budaya baik

Islam

baca quran dalam lrt 560x746 Baca Quran dalam LRT, satu budaya baik

Pagi tadi sewaktu aku mahu ke KLCC, terlihat aku seorang muslim membaca Al-Quran dalam LRT. Suatu benda yang janggal dan jarang orang Melayu sanggup baca Quran dalam LRT. Rata-rata orang kita suka borak-borak dan tak kurang jugak yang layan Twitter atau facebook menggunakan smartphones.

Aku lihat budaya membaca Quran ketika waktu lapang terutamanya di tempat-tempat umum tidaklah menjadi satu budaya golongan Melayu. Yang gambar aku sempat snap ini pun rasanya bukan orang dari negara kita, mungkin orang dari luar negara.

Tahniah! dan terima kasih kepada muslim ini. Qudwah baiknya memberi kesan yang mendalam sehingga aku sanggup menulis entri berkenaaan budaya baca quran dalam lrt. Bukan apa, amalan ini telah lama aku tinggalkan sejak zaman-zaman “semangat” dulu.

ramadhan month of tarbiyah poster 2012 560x315 Baca Quran dalam LRT, satu budaya baik

Ramadan sudah hampir

Lagi satu, kesedaran tentang Ramadan semakin hampir hadir, bila mana aku melihat seorang muslim membaca quran di depan umum. Kalo di negara arab khususnya seperti Mesir, Jordan atau Saudi, bila mana menjelangnya bulan Ramadan, mereka akan berlumba-lumba untuk membaca Quran tidak kira lah ketika menunggu bas, di dalam bas atau di tempat-tempat umum. Kalo boleh mahu khatam al-quran sehari sekali je.

Benarlah, Ramadan sudah semakin hampir. Tetamu yang perlu kita sambut dengan baik dan penuh persediaan. Semoga aku dapat bersedia lebih awal bagi menyambut tetamu agung, tetamu yang dinanti-nanti oleh umat Islam seluruh dunia, sebab di dalam nya terdapat satu malam yang bersamaan 1000 bulan.

Persoalan : Budaya baca quran seorang muslim sangat memberi kesan kepada aku.. apa pandangan korang pulak yang membaca?? Jangan kata nak cari publisiti murahan sudah la sebab aku lihat muslim itu benar-benar ikhlas.

NAK PANDUAN FB ADS PERCUMA TAK? DOWNLOAD PERCUMA DI SINI (klik) show <== click Here

22 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge
string(1) "1"

Tick jika bukan spammer...