Biasiswa Pendidikan Petronas 2012 Online

Biasiswa, Pendidikan

Biasiswa Petronas 2012 Online

Biasiswa Pendidikan Petronas Online | Kali ini, permohonan program Biasiswa Pendidikan Petronas 2012 untuk lepasan SPM 2011 pula. Ada sesiapa berminat untuk mohon Biasiswa Pendidikan Petronas 2012 ini?

Petronas sekali lagi untuk tahun 2012 menawarkan biasiswa pendidikan peringkat universiti khusus dalam bidang berkait dengan industri dan gas.

Jadi jika korang minat dengan industri dan gas boleh mula apply sebelum tarikh tutup permohonan biasiswa petronas 2012 ini pada 28 Mac 2012.

Program Biasiswa Pendidikan Petronas adalah sponsor penajaan berbentuk Biasiswa dan terbuka utk program sarjana muda (degree) di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) atau universiti luar negara.

Biasiswa Petronas 2012 Online

Info ringkas tajaan PETRONAS

PROGRAM DI UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)

Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti program di UTP dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (1 tahun) di UTP sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.

PROGRAM DI UNIVERSITI LUAR NEGARA

Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti program di universiti luar negara dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (12 hingga 24 bulan) di kolej-kolej persediaan program luar negara di Malaysia sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.

Syarat Memohon Biasiswa Petronas Online

1. Gunakan keputusan SPM 2011 yang baru dapat
2. Warganegara Malaysia
3. Berumur tidak lebih 19 tahun pada tahun 2012
4. Ada ciri kepimpinan dan aktif Ko-kurikulum (A)

Kelayakan Akademik

Pemohon hendaklah menggunakan keputusan SPM 2011 dengan memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran. Jadi jika anda yang dapat 9A-, anda memang layak untuk mohon Biasiswa Petronas 2012 ini.

Cara Memohon

1. Permohonan biasiswa Petronas secara online di website BIASISWA PETRONAS 2012
2. Untuk Biasiswa Pendidikan PETRONAS ke Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) perlulah isi 2 borang tetapi untuk Biasiswa Pendidikan PETRONAS ke Universiti Luar Negara hanya perlu isi borang seperti biasa.

Untuk terus MEMOHON, SILA KLIK BORANG PERMOHONAN BIASISWA PETRONAS

Maklumat tambahan

1. Keputusan dimaklumkan pada bulan Mei 2012
2. Pemohon yang mungkin layak akan melalui “PETRONAS EduQuest Camp” pada bulan April 2012.

Tarikh Penting Permohonan Biasiswa Petronas

Permohonan secara “online” dibuka mulai 9.00 pagi, 21 Mac 2012.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 5.00 petang, 28 Mac 2012.

Masalah atau Pertanyaan?

Sila hubungi Talian Bantuan Program Biasiswa Pendidikan PETRONAS di 03 2331 2277 jika terdapat sebarang pertanyaan.

pelajar Biasiswa Petronas 2012 Online

psst : perlu ingat, yang dapat permohonan Biasiswa Pendidikan Petronas 2012 ini bukan calang-calang orang. Memang betul-betul layak je akan terpilih.

Semoga berjaya untuk dapat Biasiswa Petronas 2012 ini bagi lepasan SPM 2011

[ads] Teknik terkini BOOST POST FB Ads ? Baca di sini Teknik Rahsia dapat klik RM0.01 FB Ads (klik)

[ads] NAK PANDUAN FB ADS PERCUMA TAK? DOWNLOAD PERCUMA DI SINI (klik)

show <== click Here

11 comments… add one

  • bgus lah info ni.. :)
    JebengOtai™ entri terbaru..Defisit Malaysia Tahap KritikalMy Profile

  • eh..aku study kt utm dan batch aku ramai dpt scholar petronas ni. skrg ni dh tak mcm tu ek? utp or overseas?
    MK Kimi entri terbaru..Menjelang PRU-13 – Setuju Jika PTPTN Dibatalkan?My Profile

  • eda ayu

    biasiswa yg jpa pnye xde ke??

    • Rasa nya JPA tak kuar biasiswa dah kan..kalo tak silap la

  • hafis marzuki

    aslmuallaikum.. bagaimana jika sya mnggunakan keputusan spm tahun lepas.. adakah di terima atau pun tidak.. trima kasih..

  • Sara

    keputusan yg layak menerima biasiswa petronas 2012 dah keluar kan. Jom semak kot2 anda dlm kalangan yg berjaya!

  • Zainal Omar

    Salam

    Sedang mencari maklumat mengenai elaun sara hidup pengajian dalam dan luar negara yang di offer oleh Yayasan-yayasan. Boleh bantu.. terima kasih.

    • sekiranya saya free, insya Allah saya akan bantu dan maklumkan di sini, hrp maklum.

  • jue

    untuk student ipta takde ke?

Leave a Comment

CommentLuv badge

Tick jika mahu update PERCUMA


Tip Rahsia Bina Website daripada saya!

Sebentar! Mahu tak saya kongsikan tips rahsia bina website dalam bentuk ebook?

Sila masukkan nama dan emel aktif anda di bawah untuk saya hantarkan tips rahsia ini kepada anda..

Maklumat anda 100% selamat.

Tip Rahsia Bina Website daripada saya!

Sebentar! Mahu tak saya kongsikan tips rahsia bina website dalam bentuk ebook?

Sila masukkan nama dan emel aktif anda di bawah untuk saya hantarkan tips rahsia ini kepada anda..

Maklumat anda 100% selamat.