Permohonan Biasiswa Yayasan TM 2012

Biasiswa Yayasan TM 2012 | Yayasan Telekom Malaysia sedang mencari Pelajar Warganegara Malaysia untuk membuat permohonan Biasiswa Yayasan TM 2012 sebelum tarikh tutup 8 April 2012. Jadi, jika anda lepasan SPM yang mempunyai rekod akademik dan ko-kurikulum yang cemerlang, korang la layak untuk memohon Biasiswa Yayasan TM 2012 ini.

Biasiswa Yayasan TM 2012 ini merupakan full scholarship dari pihak Yayasan TM kepada pelajar lepasan SPM khusunya yang minat dalam bidang berkait rapat dengan Fizik dan Kimia.

Aku lihat tajaan Telekom Malaysia Scholarship ini sangat mudah untuk apply memandangkan pemohon boleh buat permohonan biasiswa TM yayasan 2012 ini secara ONLINE. Pastikan korang baca step-by-step.

Kursus Tajaan Biasiswa Yayasan TM

Bidang Kejuruteraan : Telekomunikasi, Perhubungan, Elektronik, Elektrikal.
Bidang Teknologi Maklumat : Perisian, Sains Komputer, Multimedia
Bidang Pengurusan : Pentadbiran Perniagaan, Ekonomi, Pemasaran, Kewangan, Perakaunan.

Info Biasiswa TM (Dalam & Luar Negara)

Yayasan TM mempelawa pelajar-pelajar warganegara Malaysia yang berjaya memperolehi kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai personaliti yang baik dan aktif dalam kegiatan ko-kurikulum untuk memohon Biasiswa Yayasan TM bagi mengikuti pengajian di lnstitusi Pengajian Tinggi Dalam dan Luar Negara.

Biasiswa Yayasan TM 2012 :

Biasiswa yang ditawarkan adalah dalam bidang/kursus Kejuruteraan, Pengurusan dan Teknologi Maklumat peringkat pengajian seperti berikut:

1. Biasiswa Persediaan ke Luar Negara
2. Biasiswa Pra Universiti Program Alpha di Universiti Multimedia (MMU)
3. Biasiswa Diploma di Universiti Multimedia (MMU)
4. Biasiswa ljazah Pertama di Universiti Multimedia (MMU) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Kelayakan & Syarat Permohonan Biasiswa TM

Biasiswa Persediaan ke Luar Negara

1. Terbuka kepada calon lepasan SPM sahaja.
2.  Calon hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya 8 A dalam keputusan peperiksaan SPM termasuk 5 subjek :-

Matematik, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Sains, Kimia, Fizik, Perdagangan / Ekonomi Asas / Sejarah / Prinsip Akaun / Geografi, subjek Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat (ikut kursus yang di pohon)

Biasiswa Pra Universiti di Universiti Multimedia (MMU)

1. Terbuka kepada pelajar lepasan SPM yang ingin mengikuti pengajian di MMU sahaja.
2. Memperolehi keputusan SPM sekurang-kurangnya 4 A- 1 B dalam mana-mana 5 subjek :-

Matematik, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Sains, Kimia, Fizik, Perdagangan / Ekonomi Asas / Sejarah / Prinsip Akaun / Geografi, subjek Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat (ikut kursus yang di pohon)

Biasiswa Diploma di Universiti Multimedia (MMU)/ Kolej Multimedia (MMC)

1. Terbuka kepada pelajar lepasan SPM atau telah mendaftar dan sedang mengikuti pengajian di MMU/MMC.
2. Memperolehi PNGK 3.00 atau keputusan SPM sekurang-kurangnya B dalam semua subjek :-

Matematik, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Sains, Kimia, Fizik, Perdagangan / Ekonomi Asas / Sejarah / Prinsip Akaun / Geografi, subjek Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat (ikut kursus yang di pohon)

Biasiswa Ijazah Pertama di Universiti Multimedia (MMU) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

1. Terbuka kepada pelajar lepasan diploma, matrikulasi, Alpha MMU, STPM atau yang setaraf dengannya.

Cara Memohon Biasiswa Yayasan TM 2012

1. Permohonan ONLINE dalam talian di Permohonan Biasiswa Yayasan TM 2012
2. Sebelum tu, baca dahulu PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN SECARA ONLINE
3. Lihat juga Syarat Kelayakan Memohon.

Masalah atau pertanyaan :

Norliana Yunos: 03-2240 0635
Muhammad Nur Firdaus Bin Fuad: 03-2240 1598
Ihsan Said: 03-2240 1594
Ahmad Azlan Shah: 03-2240 0293
Maslini Rehan: 03-2241 5177

Tarikh TUTUP : 8 APRIL 2012

Untuk maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Yayasan TM 2012 ini, sila rujuk di TAWARAN BIASISWA YAYASAN TELEKOM MALAYSIA 2012

psssst  :  yang ini pun aku apply gak.. =)

Dapatkan update TERAWAL !

Sertai dan dapatkan artikel terkini terus masuk ke inbox anda

Comments

  1. noradrenaline says

    Salam, biasiswa pra universiti MMU tu hanye dpt biasiswa utk pra universiti je ke?or utk ijazah skali?

  2. kamarul says

    Salam, kalau dapat panggilan utk pergi ke kem pemilihan ytm ni..
    adakah dia confirm dapat biasiswa tersebut?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Tick jika mahu update PERCUMA