Bisnes Online pilihan Muaz dan Income yang Muaz impikan dari bisnes online

Contest & Giveaway
Gambar di PBAKL 2012
 

Bismillah, mula mengarang untuk Task 2.

Untuk memahami rentetan peristiwa Bisnes Online ini, saya sarankan terlebih dahulu untuk melihat entri saya sebelum ini Bisnes Online Menurut Pandangan Muaz Faris – Task 1 (klik) dan juga Kenapa SuperIbu patut pilih saya (klik).

Sebenarnya saya sudahpun menerangkan secara terperinci mengenai Bisnes Online di dalam entri sebelum ini, tetapi kali ini saya kongsikan bisnes online apa yang saya pilih dan bisnes apa yang sedang saya jalankan.

Pada akhir entri ini, saya selitkan bersama ringkasan mengenai Income yang diimpikan oleh saya dari bisnes online ini, adakah 5 angka seperti Kak Yan? ataupun 4 angka seperti si kacak Kamil Salleh? Semuanya ada dipenghujung entri.

PBAKL 05 560x746 Bisnes Online pilihan Muaz dan Income yang Muaz impikan dari bisnes online

CORETAN RM800 di sini.

Bisnes Online Pilihan Muaz

Entri kali ini pun saya nukilkan sepenuhnya dari pengalaman saya. Saya pernah fikir untuk dibukukan kemudian dijual dengan harga RM50++. Oh ya, bukan kah itu bisnes juga?

PERTAMA

Jadi, pilihan pertama saya untuk melakukan bisnes online adalah dengan menjual produk Digital seperti Ebook, Audio, Video. Tetapi buat masa sekarang saya belum lagi menghasilkan sebarang produk digital sendiri, cumanya untuk produk digital dalam bentuk percuma telah banyak saya hasilkan.

Jika dilakukan dengan baik, produk digital mampu menghasilkan income yang baik hanya dari internet sepenuhnya.

KEDUA

Keduanya, Produk Fizikal. Untuk yang ini saya dah jelaskan secara terperinci dalam Bisnes Online Menurut Pandangan Saya. Anda dapatkan stok produk dengan kuantiti yang banyak, kemudian menjualnya dengan harga market terkini, ada satu produk paling tinggi keuntungan yang saya pernah nampak adalah RM100 per unit.

Bayangkan jika menjual 10 unit dalam satu hari sudah mendapat RM1000 (4 angka) icon smile Bisnes Online pilihan Muaz dan Income yang Muaz impikan dari bisnes online

KETIGA

Ketiganya, Jana income dari blogging. Alhamdulillah, dulu waktu awal-awal saya buka blog muazfaris dot com pernah maintain jumlah trafik 10 000 sehari hanya dari SEO. Waktu itu boleh dikatakan saya buat entri blog dan hanya biarkan google yang tolong promotekan semuanya.

Antara pencapaian cemerlang saya adalah :

  1. Menang Baucer RM800 dari PTS
  2. Top Referral Blog Mama Murai
  3. Top Referer Blog Blogger Wanita

Ini adalah contoh pencapaian sepenuhnya dari blog tanpa dipengaruhi oleh efek luar seperti sosial network, pertolongan rakan blogger dan lain-lain. Manakala saya juga ada terima advertorial dari beberapa syarikat terkemuka serta dari Iklan Google Adsense. Tetapi saya tidak dapat paparkan di sini. Boleh lihat sendiri dalam entri-entri saya yang lepas.

Buat masa sekarang, 3 sahaja bisnes online pilihan Muaz yang telah saya dedahkan berdasarkan pengalaman saya.

Bagaimana pula dengan income yang saya impikan dari bisnes online?

Income yang diimpikan

Sebelum itu, saya terikat kepada polisi yang mana saya tidak akan memaparkan berapa jumlah income saya sepenuhnya dari bisnes online. Boleh saya katakan tidak lah terlalu banyak dan tidaklah terlalu sedikit. Jika ada pun, cukup-cukup makan sahaja.

Rakan contest yang lain seperti Kak Yan mengimpikan 5 Angka manakala Kamil Salleh mengimpikan 4 Angka. Bagaimana pula saya?

Sudah tentulah 6 Angka.. hihi icon smile Bisnes Online pilihan Muaz dan Income yang Muaz impikan dari bisnes online

Tetapi saya sebenarkan tidak lah mengimpikan sebarang income ber ‘angka-angka’ (baca: buah nangka). Yang saya sangat-sangat impikan buat masa sekarang adalah income online yang dijana dengan sistem pasif income sebanyak 3 Angka tetapi berterusan.

Ya! Berterusan sangat penting.

Bagaimana jika anda sudah menjana 6 angka ke 7 angka tetapi hanya sekali sahaja kemudian income itu tidak lah berterusan malah menurun setiap bulan. Maka saya boleh katakan impian itu tidak lah tercapai secara penuh.

Sudah panjang agaknya perkongsian peribadi yang coretkan di sini tanpa toleh ke kanan dan ke kiri. Disebabkan saya mahu tanamkan konsep santai dan mudah difahami, maka saya buat cara perkongsian. Jika anda lihat entri-entri lain, anda akan nampak ada sedikit kelainan dalam entri kali ini. hihi. icon smile Bisnes Online pilihan Muaz dan Income yang Muaz impikan dari bisnes online

“Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja olehMamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandungSet Bersalin Shaklee untuk ibu berpantangSet Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusuSet Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan seperti ESP ShakleeVIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokokdanVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar DiabetesSet Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.”

NAK PANDUAN FB ADS PERCUMA TAK? DOWNLOAD PERCUMA DI SINI (klik) show <== click Here

19 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge

Tick jika bukan spammer...