Cara mohon Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2012

Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2012
Ada sesiapa yang berminat nak ambil Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2012 pula? Walaupun aku agak lambat untuk umumkan Kursus Perguruan, tetapi Permohonan untuk Kursus Perguruan bagi Lepasan SPM ini masih tercari-cari oleh Pelajar Lepasan SPM selepas keputusan SPM diumumkan 21 Mac lepas.

Jadi, aku terpanggil untuk kongsikan mengenai Mohon Kursus Perguruan (KPLSPM) Ambilan Jun 2012 sebelum terlambat (due date).

Pemohon selalunya lepasan SPM yang mahu menjadi guru pada masa akan datang. Senang kata, cita-cita dia adalah GURU atau CIKGU atau MURABBI.

Info Biasiswa KPLSPM Ambilan Jun 2012

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012 di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula dibuka mulai 22 Mac 2012.

Para lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon program perguruan yang ditawarkan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Syarat dan Kriteria

1. Warganegara Malaysia.

2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.

3. Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.

4. Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.

5. Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat

-Cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran; DAN
-Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
*Bahasa Melayu
*Sejarah
*Satu mata pelajaran yang lain serta;
*Lulus Bahasa Inggeris

6. Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Cara memohon program perguruan

1. Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2012. (hanya dibuka mulai 22 Mac 2012)

2. Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00 mulai 22 Mac 2012.

3. Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

4. Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.

5. Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Butiran permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup.

6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak

Masalah dan Pertanyaan ?

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLSPM ini, sila hubungi:

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
Telefon : 03 8884 1260/ 1249/ 1246/ 1242/ 1245

Tarikh Tutup Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012 :

Tarikh Tutup mohon kursus Perguruan : 5 April 2012

psst : berminat jadi guru? Aku sarankan korang apply je dulu Permohonan KPLSPM ini, Kot-kot la rezeki korang kat sini!

sumber : selepasSekolah

Dapatkan update TERAWAL !

Sertai dan dapatkan artikel terkini terus masuk ke inbox anda

Comments

  1. Fyzah says

    Assalamualaikum,terima kasih ats info yg berguna tuu , insyaALLAH . sy akan cuba mohonn , wlpn peluang tipiss , nak masuk mktb tu susah sikett , dia utamakan lelaki . tpi cuba dulu ,mcm tuan ckp, kot2 ada rezeki . :) tapi nanti tlg post kan jugak permohonn biasiswa JPA or MARA bila dah buka yea ? tQ .

  2. dila says

    nak tanye,kenape ye time isi form klpspm ni, tetibe ya and tidak utk sebarang penyakit ngan aktiviti lasak tu x appear kat final page ye?
    walhal dah diisi?
    tq.

  3. Nyawan Ging says

    salam,…nk tnya sikit,..msa sye wat pmohonan,.bila jer nk klik edit dan tambah msti jer kuar error..dah brpa kali sye cuba,..asyik error2 jer yg kuar..!.

  4. munirah says

    salam, nk tnye.. lau sy still bljr di uitm n tgh buat kputusn untuk quit, then sy nk apply untuk IPG ni boleh ke x?

  5. andynroid says

    Take this Tip….o_O

    Each time you had click on the link leading to a form before filling up always ‘refresh’ then only fill-up the details.

    Do this for every form…managed to submit 10 minutes ago…

    Best of luck !

    Sumber: Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) 2012 | melvister.com

  6. zairi sabri says

    sebab rakan saya ada memohon dan dia dapati ada kesalahan semasa mengisi borang tersebut. Namun setelah mencuba untuk kemaskini, tak boleh.. Boleh tak tolong carikan cara untuk mengemaskinikn borang permohnn itu scpt mgkin kerana tarikh ttup permhonn adalah 5 April ini.. tq

  7. milia says

    Yang beumur melebihi 20 thn boleh ambik kursus ini x??. saya teringin menyertai kursus ini tetapi umur saya sudah 30 thn.

  8. ingin tahu says

    salam..nk tnye, untuk ambilan maktab jun 2012 ni, adakah peljar masih ditawarkan elaun atau pun ptptn?

  9. Nurul Farhana says

    salam, betul ke saya dengar diaorg amek yg rsult 7A ke atas jeww . .?? maknanya saya xlyak laa. .?? saya dpt 6A jeww . .cdihh cgtt . .tingin cgtt na msokk . .dah dua kali apply . .

  10. dee ana says

    salam, saya dee ana berusia 27tahun. sudah berkahwin. saya mempunyai diploma pendidikan prasekolah dgn cgpa 3.60 di unisel. saya konvo pada oktober 2009 tpetapi sehingga sekarang saya masih belum bekerja.

    saya mahu menjadi seorang pendidik di sekolah rendah or menengah. saya pernah menghantar resume untuk memohon guru sandaran tetapi tidak berjaya. saya juga pernah memohon untuk melanjutkan pelajaran di upsi (sepenuh masa) juga tidak berjaya. adakah kerana saya sudah berusia 27tahun dan berkahwin. saya memilih upsi kerana yakin saya akan terus posting selepas tamat pengajian berbanding IPTA lain.

    oleh itu, boleh saya minta pandangan dari en.muaz apa yang harus saya lakukan bagi mencapai impian saya untuk menjadi seorang pendidik. apakah yang harus saya lakukan? apakah saya berpeluang untuk menjadi seorang pendidik?

    segala kerjasama dari en.muaz, saya ucapkan jutaan terima kasih

    • says

      Assalammualaikum,

      Masalah penempatan guru siswazah sedang berlaku sekarang ni. Ramai graduan samada lepasan Diploma Pendidikan mahupun Ijazah Sarjana Muda mengalami masalah sama dengan Pn Dee Ana. Ditambah parah lagi graduan lepasan Institut Pendidikan Guru KPM juga menghadapi masalah serupa.

      Puncanya hanya KPM dan KPT dan KSM sahaja yang tahu. Mereka lah yang bertanggungjawab dengan pengambilan dan penempatan graduan-graduan ini. Bagi lepasan IPTS sudah tentu mereka juga mengharapkan penempatan di sekolah Kerajaan, tapi tengok je la graduan KPM sendiri masih terkontang kanting.

      Bagi kes Pn Dee Ana, sebenarnya banyak tempat yang boleh Pn kerja. Diploma Prasekolah melayakkan kita mengajar di mana-mana prasekolah. Jangan hanya mengharapkan sekolah kerajaan. Sebenarnya sekolah swasta lebih banyak memerlukan guru macam Puan. Cubalah bertanya dan hantar resume di sekolah-sekolah swasta. Itu nasihat saya.

      Berkenaan dengan guru sandaran, untuk pengetahuan semua pengambilan Jawatan Guru Sandaran telah ditutup. Hanya kes-kes khas sahaja mereka ambil. Ini berikutan pengumuman kerajaan mensiswazahkan guru sandaran awal tahun ini.

      Permohonan ke UPSI rasanya tak mensyaratkan umur seseorang. Cuma kalau tak dapat tu mungkin belum rezeki. Pn Dee Ana, sebenarnya lepasan UPSI juga tidak dijanjikan dengan penempatan. Ini adalah kenyataan dari Menteri Pendidikan awal Januari lepas. Buktinya, ramai graduan UPSI masih juga menanti. Malahan graduan dari IPTA bidang pendidikan juga tidak dijanjikan penempatan. Masalah bertambah rumit bila kenyataan dari TPM menyuruh graduan pendidikan mencari kerja selain dari guru. Bertitik tolak dari isu itulah banyak gerakan Mahasiswa contohnya (GISMP) bangun bersuara memohon dipertimbangkan untuk penempatan.

      Peluang untuk menjadi seorang pendidik masih banyak walaupun pelbagai masalah kita hadapi. Saya mencadangkan supaya Pn Dee Ana memohon ke sekolah swasta. Di samping itu Puan juga boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di UTM atau OUM. Dua universiti ini menawarkan pengajian separuh masa. Ingat, walaupun dah ada Ijazah Pendidikan, itu bukan satu jaminan untuk mengajar di sekolah. Itu juga bukan satu jaminan untuk kita ditempatkan di sekolah. Itu mungkin boleh menjadi satu batu loncatan untuk kita memilih cabang lain dalam pendidikan.

      Diharap Pn Dee Ana dapat satu idea apa nak buat lepas ni. Kalau nasihat ini berguna, ambillah. Kalau ia menambah keserabutan Pn Dee Ana saya mohon kemafaan. ~cikgukhairul

  11. NURUL says

    ASSALAMUALAIKUM..SAYA LEPASAN DIPLOMA KEJ.ELEKTRONIK KOMPUTER DI SALAH SEBUAH IPTA..TETAPI SAYA BERMINAT INGIN MEMOHON UNTUK MENJADI GURU, NAMUN BUKAN DALAM BIDANG KEJURUTERAAN.SAYA LEBIH KEARAH DALAM BIDANG BAHASA..JADI SAYA INGIN BERTANYA, SEKIRANYA SAYA MEMOHON, BOLEHKAH SAYA MENGAMBIL SUBJEK LAIN ATAU PIHAK ATASAN AKAN TENTUKAN SUBJEK APA YANG LAYAK DENGAN KITA.DAN BOLEH SAYA TAHU, BILA LAGI YA TAWARAN KEMASUKAN KE KPLSPM..SBB PD TARIKH 22 MAC DAH LEPAS BUKAN..?.TERIMA KASIH..HARAP PIHAK EN. DAPAT MEMBALAS PERTANYAAN SAYA INI..

  12. zaraki says

    salam pertanyaan sedikit, ada entri tak cara untuk menjadi guru untuk student lepasan diploma yang bukan tajaam KPM, diploma dari kolej swasta layak atau tidak utk memohon? dan bukan dalam bidang pendidikan

  13. ilaa says

    slm.. sye lpasam spm 2013.. tgh pning nk mohon ipg mcm mane? result tryer xbpe power pn.. tp nk thu cara memohon dan kelayakan yg detail..

  14. hafizah says

    salam.sy lepasan spm thn 2011 but sy bru nk apply prgruan ni thn ni(2013).cm ne ekk..??bledy bkak..??tlg sy cr infrmtion ni yee..

  15. Nur nilofar says

    Assalam nak Tanya bila buka kplspm pemohonan July ye..saya ingin jadi guru.. balas cepat ye Dan saya dapat keputusan spm
    Bahasa melayu B
    Sains. C+
    Tasawwur islam. C
    Pendidikan seni C
    Perdagangan. D
    Sejarah. E
    Mathematic. E
    Bahasa inggeris E

  16. alinahamid says

    mcmana nak mohon guru untuk lepasan spm2012.penat cari tak jumpa borang pun dik.ank berminat nk jadi guru

  17. apis says

    nak tanye kalau la . kite berpendidikan rendah ,macam mana nak dapatkan atau rayuan tok belajar tok dapatkan kursus perguruan niew ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Tick jika mahu update PERCUMA