Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

Biasiswa untuk Program Matrikulasi KPM 2012 dibuka lagi. Bagi yang tercari-cari maklumat mengenai Program Matrikulasi 2012. Maklumat ini sangat berguna untuk anda semua tidak kira la Lepasan SPM 2011 atau tidak. Selamat memohon Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Info

Pemohon biasiswa untuk Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia kini dibuka kepada pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2013. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2012.

Jurusan

Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001) :

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.

Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003) :

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).

Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007) :

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

Syarat-syarat kelayakan

a) Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :

Jurusan Sains (M001)

1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. B Matematik
4. C Matematik Tambahan
5. C Kimia
6. C dalam satu(1) mata pelajaran daripada berikut :
a) Fizik
b) Biologi

Jurusan Perakaunan (M003)

1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. C Matematik
4. C dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut :
a) Prinsip Perakaunan
b) Ekonomi Asas
c) Keusahawanan
d) Perdagangan
e) Sains Tambahan
f) Fizik
g) Kimia
h) Biologi
i) Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan
5. E Matematik Tambahan

Aliran Teknikal (M007)

1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. B Matematik
4. C Matematik Tambahan
5. C Fizik
6. C dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut :
Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan 7. Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
8. E Kimia
9. B Lukisan Kejuruteraan

Cara-cara memohon Biasiswa Matriks

1. Permohonan perlu dibuat menggunakan Aplikasi Permohonan Melalui Internet (PMI). Klik LINK pautan ini, Borang Permohonan program matrikulasi KPM 2012.

2. Masukkan No IC dan Nombor Pengenalan Individu (PIN)

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan ialah 10 Oktober 2012.

Penempatan

Penempatan pelajar akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semoga entri Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia ini membantu anda semua. Terima kasih kerana merujuk sini dan sebanyak pertanyaan boleh sambung di ruangan komen.

8TV Scholarship Award | Anugerah Biasiswa 8TV

Anugerah Biasiswa 8TV dibuka lagi untuk tahun 2012. Bagi mereka lepasan SPM 2011, STPM, A-Level, UEC, anda semua dijemput untuk memohon 8TV Scholarship Award.

Info Anugerah Biasiswa 8TV

Biasiswa 8TV diberikan untuk program Sarjana Muda, diploma, foundation tempatan SEGi University College sahaja. Biasiswa 8TV tidak boleh diguna pakai untuk program Sains Kesihatan tempatan SEGi University College.

Kriteria permohonan

1. Warganegara Malaysia

2. Mempunyai keputusan SPM/STPM/A-Level/UEC atau yang kelayakan lain yang baik

3. Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum

4. Tidak terikat kepada mana-mana bantuan kewangan organisasi lain

5. Pemohon yang disenaraipendekkan akan ditemu duga oleh ahli Lembaga Biasiswa SEGi, termasuk Ketua fakulti/sekolah berkaitan dan 8TV

6. Pelajar Malaysia sedia ada yang mempunyai CGPA 3.0 ke atas layak untuk memohon biasiswa ini

7. Penerima biasiswa harus menyumbang kepada aktiviti-aktiviti SEGi University College termasuk aktiviti promosi sekurang-kurangnya 5 jam seminggu semasa tempoh pengajian

8. Biasiswa diberikan untuk program sarjana muda, diploma dan foundation tempatan SEGi University College sahaja

9. Biasiswa ini tidak boleh diguna pakai untuk program Sains Kesihatan tempatan SEGi University College

Jumlah 8TV Scholarship Award

Yuran pengajian dan peperiksaan dalaman sahaja

Cara memohon Biasiswa Anugerah 8TV

Borang permohonan boleh diperolehi di SEGi University College atau dimuat turun di SEGI EDU MY 8TV SCHOLARSHIP FUND 2012 APPLICATION.

Borang applikasi yang lengkap harus dihantar dengan salinan keputusan yang disahkan dan dokumen-dokumen lain ke:

Scholarship Board
SEGi University College
No. 9, Jalan Teknologi,
Taman Sains Selangor,
Kota Damansara, PJU 5,
47810 Petaling Jaya,
Selangor D.E.

Tarikh tutup : 10 Ogos 2012

Masalah atau pertanyaan

Scholarship Board
SEGi University College
No.9, Jalan Teknologi,
Taman Sains Selangor,
Kota Damansara, PJU 5,
47810 Petaling Jaya,
Selangor D.E.

Tel: 03-6145 1777
Fax: 03-6145 2616
Email: [email protected]

Tambahan

Kepada yang berminat untuk membuat permohonan 8TV Biasiswa secara online, dijemput untuk berbuat demikian sebelum tarik tutup. Semoga entri 8TV Scholarship Award | Anugerah Biasiswa 8TV membantu anda semua.

Mohon share jika entri ini bermanfaat.