Beruntunglah Menjadi Gadis Melayu Ganjil

Pengaruh Wanita Dalam Kehidupan Lelaki Beruntunglah Menjadi Gadis Melayu Ganjil

Bila saya berada di negara orang ini, banyak ragam saya lihat. Dan bagi seseorang lelaki pasti tidak lari dari “terlihat” wajah seorang gadis, fitrah bukan?

Untuk entri kali ini, saya cuba merakamkan beberapa jenis Gadis Melayu yang Ganjil. Saya tertarik bila terbaca kategori gadis ganjil melayu ini di Facebook milik rakan saya. Bagi saya sangat menarik kerana golongan untuk menjadi GANJIL DAN ASING adalah golongan minoriti di Malaysia mahupun di luar negara.

Maka, beruntunglah menjadi gadis melayu ganjil.

Sabda Rasulullah s.a.w : “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka beruntunglah orang-orang yang ganjil” ( H.R. Muslim)

Mari lihat :

Gadis melayu berniqab, ganjil?

Gadis melayu menutup aurat sepenuhnya, ganjil?

Gadis melayu melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?

Gadis melayu mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?

Gadis melayu malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?

Gadis melayu pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?

Gadis melayu pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?

Gadis melayu meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?

Gadis melayu tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?

Gadis melayu tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain,ganjil?

Gadis melayu tak ‘couple’ sebelum nikah, ganjil?

Gadis melayu tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama,ganjil?

Bagaimana pendapat anda? Sudah pasti golongan ini susah nak jumpa lebih-lebih lagi di zaman abad 21 ini. Kalau anda jumpa pun sudah pasti nampak janggal dan pelik dan tertanya-tanya “Masih adakah golongan seperti ini?”

Tetapi bagi saya, mereka GANJIL kerana mereka di tarbiyah. Mereka golongan hebat dan mereka juga golongan terpilih Allah untuk menjadi contoh terbaik untuk wanita yang sudah dibawa arus jahiliah.

Dan maksud saya yang lebih mudah lagi. Mereka adalah golongan sepatutnya dijadikan ISTERI.. opss.. (apakah?)

Define Google :

gadis ganjil, gambar ganjil, ragam gadis melayu

{ 16 comments… add one }

Leave a Comment