Saya terus berminat untuk menulis mengenai Gaji Doktor Pakar : Gaji pakar apa paling tinggi? setelah membaca sebuah entri dalam bahasa inggeris bertajuk Average Salaries For Physicians depending on their specialty. Akhirnya membuatkan saya ingin berkongsi Gaji Doktor Pakar terkini mengikut survey yang dilakukan oleh MedScape.
Dengan survey online MedScape kepada 24,216 doktor daripada 25 bidang doktor pakar dengan jangka masa 1 Februari sehingga 17 Februari, kita dapat tahu jumlah ini dengan lebih baik. Rujukan untuk Survey MedScape akan saya tampilkan di akhir entri ini.
Doktor mendapat gaji dari jumlah kira- kira $ 156,000 setahun bagi pakar kanak-kanak dan $ 315.000 untuk radiologi dan pakar bedah ortopedik.
Jumlah Gaji pakar paling tinggi adalah pakar bedah ortopedik dan radiologi ($ 315,000) di ikuti oleh cardiologists ($ 314,000) dan anesthesiologists ($309,000).
Manakala Gaji Pakar paling rendah adalah yang berkaitan dengan kekeluargaan. Pakar kanak-kanak dan family practitioners membuat kira-kira $ 156,000 dan $ 158,000. Internists dan pakar psikiatri lebih tinggi sedikit, pada kira-kira jumlah $ 165,00 dan $ 170,000.
Secara keseluruhannya, boleh simpulkan secara mudah dengan melihat carta ini.
Gaji Doktor Pakar (dalam $)
- Radiologi: $ 315.000
- Ortopedik: $ 315.000
- Kardiologi: $ 314,000
- Pembedahan plastik: $ 270.000
- Pembedahan am: $ 265,000
- Obstetrik / Ginekologi: $ 220.000
- Psikiatri: $ 170,000
- Pediatrik: $ 156.000
Ini lah sedikit sebanyak kajian survey online yang dilakukan oleh MedScape. Saya tak dapat jumpa versi Malaysia dalam RM tetapi sekadar untuk melihat overall view mungkin sudah cukup nampak.
Saya masih tahun pertama di Tanta, dan banyak lagi saya perlu kaji tentang pakar-pakar doctor bagi setiap kategori. Ada kalanya satu bidang pakar itu sesuai untuk kita biarpun salary tidak tinggi. Semuanya bergantung pada diri doktor untuk ambil kategori kepakaran yang mana.
Sebenarnya banyak lagi kajian lain, ada yang mengenai Doktor Lelaki atau Doktor Perempuan yang meraih gaji yang lebih banyak? dan ada juga, antara Kesihatan Doktor dan Kegembiraan Doktor, mana lebih penting.
Semuanya boleh buat research dan kalau ada masa, insyaAllah saya akan cuba kongsikan di ruangan blog Muaz bergantung pada masa dan mood saya ketika itu.
Baca Juga - Doctors’ Salaries: Who Earns the Most and the Least?
Rujukan MedScape :
- Medscape Physician Compensation Report: 2012 Results
- Medscape Physician Lifestyle Report: 2012 Results



azrijohan January 17, 2013 at 1:32 pm
tu diaa, dah research habis dahh… goodluck bro

azrijohan entri terbaru..Segmen Domain MY Percuma
dila bahar January 17, 2013 at 1:45 pm
banyak tu gaji Dr Pakar.. padan ar umah besar2…
dila bahar entri terbaru....:: KONVOKESYEN KE-25 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA ::..
Juan January 17, 2013 at 9:26 pm
apa apa pun memang gaji doktor paling tinggi
Juan entri terbaru..Durian Crepe di Pulau Pinang (Pancake or Bantal)
Faris Al-Muhandisu January 18, 2013 at 8:53 am
berbaloi dah tu dengan level belajar dan servis nanti. Good luck!
Faris Al-Muhandisu entri terbaru..Facebook Secara Produktif
akubiomed January 20, 2013 at 11:21 pm
Bro Muaz merancang hendak menjadi doktor pakar apa?
akubiomed entri terbaru..SIC beri 2 tiket percuma F1 Petronas 2013
Amirez January 21, 2013 at 2:19 pm
gaji doktor pakar memang tinggi, sesuai dengan pengorbanannya.
Amirez entri terbaru..10 Blogger Terbaik Malaysia
donnyien January 22, 2013 at 10:20 pm
good luck bro, kagum dengan bro sampai luar negara menuntut ilmu =D
donnyien entri terbaru..Aku masih seperti yang dulu, sahabatku
Izzuddin Fauzi January 22, 2013 at 11:57 pm
Yes. Medical Imaging antara yang tertinggi… Risiko pun tinggi

Izzuddin Fauzi entri terbaru..Suatu Hari, Dulu dan Dah Lama #PT1
sharinginfoz January 23, 2013 at 7:47 am
banyaknya gaji pakar bahagian tulang tu
sharinginfoz entri terbaru..Dah Dapat Duit RM100 @Sekolah
khairil January 23, 2013 at 2:56 pm
diorang kerja pun tak kira masa, memang patut lah gaji banyak macam tu.
khairil entri terbaru..Kisah Inspirasi Untuk Dijadikan Pengajaran: Jutawan Yang Bekerja Sebagai Tukang Cuci Sekolah
MK Kimi January 24, 2013 at 12:54 am
salah satu impian ms form 5 dulu adalah nak jd pakar ortopedik. Sgt suka belajar pasal tulang..tp skrg dh melencong ke bidang lain. Rezeki kat bidang lain..takpelah
MK Kimi entri terbaru..Review: The Impossible
azrijohan January 24, 2013 at 4:52 pm
Muaz, kau buat kajian on Engineer pulak boleh tak? Hehehe..
azrijohan entri terbaru..Macam Mana Nak Beli Rumah Tanpa Modal?
hazman aka species1980 January 25, 2013 at 3:31 pm
tapi keje bidang perubatan macam doktor nie perlu jiwa dan kesabaran yang tinggi kan….
hazman aka species1980 entri terbaru..HAZMAN vs FOOD – Pecel Lele + Jus ALPUKAT Restoran WONG SOLO
titan January 25, 2013 at 9:01 pm
selain fatin liyana, ko lah blog bakal doktor yang aku baca. hoho..
titan entri terbaru..Komisen ke 12 dari Jobdirumah.com
azrijohan February 2, 2013 at 7:29 am
bakal engineer tak nak ke? kehkeh
azrijohan entri terbaru..Blogger Paling Muda di Majlis #SBB2013
Shawna Mejia January 30, 2013 at 6:34 pm
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan nisbah doktor pergigian kepada penduduk ialah pada kadar 1:5000. Kementenian Kesihatan menetapkan sasaran 1 doktor pergigian kepada 7212 duduk pada tahun 2000.
abangkhai February 14, 2013 at 7:30 pm
Nampaknya selain Dr Fatin, Dr Aslam.. ada lagi seorang doktor pakar

abangkhai entri terbaru..Hidup Untuk Memberi
muazfaris February 22, 2013 at 1:29 pm
hihi. siapa? siapa? siapa?
zul March 19, 2013 at 6:35 pm
di private hospital…pakar2 tidak mengunakan istilah gaji..kerana mereka berniaga..more patient more money..pernah terbayang x cas pakar dekat private hospital..dalam masa 25minit dye blh kaut 14k..?pgthuan ak,income radiologi very cheaper compared to other consultant at private hospital..70k+_ per month.tpi yg make money btol2 orthopedic..dlm 1bln blh smpai 200k..neuro surgeon mmg tinggi income 1 case kalau pt x stanby 50k..xyh duk pnggil surgeon r.,tpi pesakit kurang..compared ortho.x ramai nk buat head operation except consultant refer to them.
muazfaris March 21, 2013 at 9:37 pm
wow.. terpinar saya tengok nilai gaji tersebut.
syukri April 5, 2013 at 7:46 am
gaji doktor di malaysia adalah berbeza bukan sahaja mengikut kepakaran, tetapi bergantung kepada di mana seorang doktor itu bekerja. kalau masuk private, bergantung private hospital mana yang dia pergi. anyway, kalau seseorang doktor itu rajin, kerja 3 tahun pun dah boleh dapat income 5 figure sebulan, dengan syarat, kene habiskan housemen dulu.
syukri April 10, 2013 at 5:30 pm
pendapatan seorang doktor sebenarnya boleh mencecah 5 angka terutamanya setelah menghabiskan housemennya. tidak perlu tunggu sehingga menjadi pakar. apa yang penting adalah cara bagaimana kita menguruskan pendapatan kita. doktordanwang.com
ali May 11, 2013 at 1:15 am
agak2 mana lagi besar antara gaji doctor dengan gaji juruterbang….
muazfaris May 11, 2013 at 2:45 pm
gaji doktor