Biarpun blog ini adalah blog kelakian, saya tidak kekok juga untuk kongsikan Gaya Pemakaian Tudung Bawal Terkini, tidak kira lah cara pakai tudung bawal najwa latif ataupun gaya pakai artis lain.
Kali ini ada 7 langkah mudah pakai tudung bawal. Bagi golongan hawa, anda mesti tidak mahu lepaskan peluang untuk cuba cara memakai tudung bawal terkini. Fesyen Tudung Bawal ini sangat menarik dan sesuai untuk mana mana majlis.
7 langkah mudah pakai tudung bawal
LIPAT…bagi memudahkan pemakaian, lipatkan tudung bawal berbentuk segi tiga.
SAMA…pastikan hujung tudung sama panjang.
KANAN…bawa hujung tudung kiri ke kanan hingga paras telinga dan pinkan.
RINGKAS…kemaskan bahagian lebihan tudung dengan teknik memintal.
SIAP…ia sesuai dipakai wanita yang tidak memiliki banyak masa untuk bersiap. Jika mahukan penampilan berbeza dengan sedikit sentuhan tambahan, ikut langkah seterusnya.
KEMAS…hujung tudung yang sudah dipinkan tadi dikemaskan dan dibawa ke bahagian kepala.
KIRI…ambil hujung tudung bahagian kanan dan bawa ke bahu kiri.
Oh ya, post entri saya mengenai Gaya Pemakaian Tudung Bawal ini bukan lah menyokong seratus peratus mengenai hukum memakai tudung bawal bagi wanita. Saya tidak menyatakan saya menyokong kerana jika kita sedar “Fesyen Tudung Bawal” ini sebenarnya mendedahkan aurat wanita di bahagian dada.
Tetapi untuk post kali ini, saya hanya sekadar ingin mencuba kuasa SEO untuk keyword Gaya Pemakaian Tudung Bawal Terkini dengan 7 Langkah mudah pakai Tudung bawal terbaru!
sumber dipetik dari hmetro



Jebeng Otai™ September 4, 2012 at 4:35 pm
uih..ade ruangan fesyen pula.hehe
Jebeng Otai™ entri terbaru..Komentator Tegar Ogos 2012
Ummi Hanie September 4, 2012 at 4:45 pm
selamat mencuba try test SEO yer… hihi
yup, skrg ni fesyen tudung bawal dah naik semula… tp disegarkan dgn fesyen baru, lilitan baru. sy tk setuju sebab terdedah di bahagian dada tu lah…
Ummi Hanie entri terbaru..Idea sajian susu sebagai menu harian yang sihat – Cocktail Buah-buahan dengan Susu Dutch Lady
boni kacak September 4, 2012 at 6:02 pm
nak test SEO rupanya.hehehe
boni kacak entri terbaru..Muka Dah Berkedut Dapat Lagi Duit Raya
KiD September 4, 2012 at 9:04 pm
abang… ada jual tudung tak?

KiD entri terbaru..Ranking Alexa bawah 100K
muazfaris September 4, 2012 at 10:29 pm
ade , nak beli ker?
Nur Dini Najiha November 27, 2012 at 11:05 am
nasib baik larh ada lmn web ni…kalau x dak mesti aq ssh nk cri…
muazfaris December 2, 2012 at 2:35 pm
terima kasih, boleh share pada rakan2 lain ye
dila bahar January 17, 2013 at 2:05 pm
amboi.. kat sini pun ade tutorial tudung ker…
dila bahar entri terbaru....:: Rahsia Disebalik Gambar ::..