Cara guna Filter inbox pada Gmail seperti Pro

Cara guna Filter inbox pada Gmail seperti Pro

Cara guna Filter inbox pada Gmail seperti Pro bagi pengguna Gmail. Ramai yang tidak tahu mengenai kelebihan “Create a New Filter” pada inbox Gmail anda. Filter adalah Tools dari Gmail yang terbaik memudahkan untuk mengasingkan emel secara tersusun.

User Gmail sekarang sudah terlalu ramai dan mungkin korang juga termasuk dalam golongan yang menggunakan Gmail sebagai akaun emel yang utama. Aku tidak nafikan masih ramai yang menggunakan Yahoo Mail, hotmail dan dll.

Tetapi bagi pengguna Gmail, kelebihan Tools Filter dari Gmail ini sepatutnya tidak boleh diabaikan. Filters mampu memudahkan urusan kita semua termasuk la urusan tempahan bisnes kad, sewa iklan, facebook dan pelbagai lagi.

Untuk menggunakan tools Filters ini, lihat pada Gear Icon pada top right corner. Klik dan akan kuar drop menu, pilih “Settings”. Cari tab “Filters” dan kemudian pilih “Create a New Filter”. Mula la hasilkan Filter anda yang pertama!

Cara guna Filter inbox pada Gmail seperti Pro

1. Automatik Emel “Mark As Read”

mark as read filter gmail

Ada sesetengah emel yang kita tak nak baca terutamanya emel confirmation atau pengesahanan. Emel ini selalunya kita dapat secara kerap dan kita dah pun tahu kandungan emel tersebut.

2. Automatik Archive Emel dan Skip dari Inbox

skip inbox archive it filter gmail

Emel yang di archive akan skip dari masuk ke Inbox gmail tapi masih ada di simpan di storage Inbox kita yang mana kita perlukan emel itu nanti. Filter Archive Automatik emel ini sangat sesuai bagi Emel seperti RSS feed dari blog yang kita subsribe.

3. Gmail Filter tiada Folder

Untuk pengetahuan user Gmail, kalo perasan memang gmail tidak menggunakan Folder Support pada inbox. Tetapi Gmail menggunakan Label untuk melabelkan jenis emel tersebut bagi memudahkan proses Filter Inbox gmail.

4. Filters terus bila anda “Create a New Filter”

Antara kelebihan yang baik dari tools Filter Gmail ini, anda boleh terus apply filter kepada emel yang inginkan setelah “Create a New Filter”. Dan jika tak jadi, boleh terus Undo. Kiranya, konsep Try and Error itu boleh digunakan bila apply Gmail Filter.

5. Melabelkan dengan Label Warna Warni

colour label filter gmail Cara guna Filter inbox pada Gmail seperti Pro

Mungkin ramai yang tak tahu korang boleh Warnakan Label korang sendiri. Nanti lebih mudah nak tahu emel ni datangnya dari label mana. Jadi korang mudah untuk filter dan kategorikan emel itu dalam label yang mana.

 

Cukup 5 cara guna Filters Gmail secara pro bagi pengguna Google Mail. Untuk yang masih berjinak-jinak dengan tools filter ini, boleh mula guna sekarang dan cuba satu-satu filters yang ada seperti Skip The Inbox, Mark As Read, Star It, Apply the Label, Delete it dan dll.

Bagi yang dah mula guna, korang harus lah tahu menggunakan secara professional pada Gmail Filter ini. Kelebihan dan cara guna Gmail Filters sepatutnya digunakan oleh semua user Gmail.

Aku juga secara peribadinya mula menggunakan filters Gmail ini pada 2 tahun lepas, dan ini baru mula menggunakan Filter inbox pada Gmail seperti Pro. Rugi pula rasanya bila kelebihan “Create a New Filter” tidak dirasai. Betul tak??

Nak juga dengar respon semua tentang entri ini..

Dapatkan update TERAWAL !

Sertai dan dapatkan artikel terkini terus masuk ke inbox anda

Comments

  1. ibrahim says

    macam mana nak setting supaya phone kita dapat alert ada email masuk ke dalam inbox kita?maaf….baru nak guna

  2. says

    Sangat terbaik info ni. Memang banyak benda yang saya tak faham sejak guna gmail tahun 2012. Banyak kelebihan pada gmail.

    Ia sangat nampak profesional apabila kita gunakan ia sebagai email rasmi bisnes dan perkhidmatan.

    Terima kasih Muaz atas info yang sangat mudah difahami.
    Asyrof Asri recently posted…Wordless Thursday Part EnamMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Tick jika mahu update PERCUMA