Beli HP Envy 4 di Mesir percuma PlayStation 3

Baru-baru ini saya berjalan di sekitar Kaherah, dan sempat juga singgah di El Serag City Mall, Nasr City. Banyak pengalaman Mesir dan cerita baru nak dikongsikan bersama tetapi memakan masa yang lama untuk menulis di laman blog ini. Jika ada kesempatan saya cuba untuk luangkan masa menulis.

Cuma saya terkejut melihat satu promosi yang jarang ada di Malaysia. Anda beli HP Envy 4 di Mesir percuma PlayStation 3 Super Slim berkapasiti 12GB. Disebabkan dengan kurang tidak percaya dengan apa yang mata saya lihat, saya sempat menangkap gambar untuk tatapan semua.

HP Envy 4 egypt free Playstation 3 12GB Beli HP Envy 4 di Mesir percuma PlayStation 3

Ditangkap di CityStar Mall, Cairo

Spesifikasi HP Envy 4 Egypt 1090SE :

  1. Processor: Intel® Core™ i5-3317U 3rd Generation (1.7GHz, 3M Cache, up to 2.60 GHz
  2. RAM: 4GB DDR3.
  3. Hard Disk: 500GB 5400 rpm.
  4. Display Card: Intel HD Graphics 4000.
  5. Audio features: Beats Audio™ with 2 speakers and HP Triple Bass Reflex Subwoofer.
  6. Operating System: Windows® 7 Home Premium 64.

Dengan harga sekitar 5099 EGP, anda boleh dapat Envy 4 1090 SE bersama percuma PlayStation 3 12GB super Slim. Woha!

Bukan ini sebenarnya yang saya mahu kongsikan bersama. Disebabkan saya juga membeli Ultrabook pub HP ENVY 4 sebelum ke Egypt Mesir baru baru ini, ada beberapa perbezaan yang saya lihat model yang sama HP Envy Malaysia dan juga model Hewlett Packard (HP) dari Egypt (Mesir) ini.

Perbezaan Envy 4 Egypt dan Malaysia :

  1. Ada Backlit keyboard bagi ultrabook HP di Mesir
  2. Ada 2 warna, Black Metal dan Silver Metal di Mesir. Warna Black Metal sangat cantik jika dengan dipadankan Beats Audio. Warna Black Metal tiada di Malaysia.
  3. Percuma PlayStation 3 (memang tidak ada di Malaysia promosi sebegini)
  4. Lebih murah harga Laptop ini di Egypt berbanding di Malaysia

Review saya: Cukup saya senaraikan perbezaan Envy 4 HP yang saya alami sendiri. Saya telah gunakan selama 4 bulan dan setakat ini hanya tidak berapa puas hati dengan grafik kad Radeon yang ada. Nak main game low End pun ada sekat-sekat.

Apa-apa pun, Beli HP ENVY 4 di Mesir Percuma PlayStation 3 adalah sesuatu yang mustahil untuk dapat di negara Lain. Mungkin HP banyak berlabur di Egypt agaknya sebab saya lihat merata juga orang guna laptop HP ini berbanding Macbook. hihi.

Lagi satu, entri ini tiada kaitan dengan sebarang sponsored post dari mana-mana pihak. Hanya mahu berkongsikan apa yang saya lihat sedikit kelainan di bumi anbiyaa tentang barangan komputer. Sesiapa yang berminat untuk Advertorial, boleh terus hubungi saya.

Define Google :

berapa harga laptop hp envy 17 di malaysia, harga baju di mesir, harga laptop hp di malaysia review, harga ps3 di egypt, nak beli gadget di mesir

{ 18 comments… add one }

Leave a Comment