Bila mana hidup di bumi Mesir ini, sering kali saya melihat orang Arab mahupun rakan-rakan saya menghisap shisha. Kekadang tertanya juga, apakah hukum hisap shisha dari sudut pandangan islam? Apa kaitan tak rokok dan shisha?
Semua sedia maklum, di negara Arab memang terkenal dengan budaya orang arab yang suka dengan minum teh dan menyedut shisya pada setiap hari tidak kira malam atau pagi.
Pergi je di mana-mana pasti kita boleh lihat budaya tidak sihat ini. Cuma kesian apabila rakan-rakan kita pun terlibat sama dalam budaya orang arab ini. Sebagai seorang Muslim, sewajarnya kita hindari perkara-perkara tidak sihat dan membuang masa.
Kali ini, ingin saya kongsikan Hukum Hisap Shisha sama dengan Menghisap Rokok bersama semua pembaca. Tiada masalah untuk dijadikan sebagai rujukan dan disebarkan kepada rakan yang lain.
Persoalan :
1. Apa hukum menghisap shisha?
2. Adakah hukumnya sama dengan hukum merokok?
3. Adakah shisha dan rokok termasuk dalam dadah yang diharamkan?
Beberapa noktah penting hukum Menghisap Shisha :
1. Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak.
2. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok).
3. Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut.
4. Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia.
5. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di bawah apabila diperhati maksud kedua-duanya.
Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), “Apakah yang dihalalkan bagi mereka”? Katakanlah, “Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)
Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A’raf: 157)
Cukup lah 5 noktah penting berkenaan dengan soal bolehkah kita menyedut Syisha.
Moga semua umat islam dapat mengambil iktibar. Perkara yang jelas haram kekadang perkara itu yang paling seronok untuk dilakukan. Dan perkara yang haram membawa kepada dosa besar dan dimasukkan ke dalam Neraka Nazubillah.
Saya berharap agar saya pun dihindari dari melakukan perkara sia-sia dan tidak memberi apa-apa faedah pada diri mahupun masyarakat.
Sumber rujukan : MUIS HUKUM HISAP SHISHA & ISLAM TODAY



Hadiah dari Mesir untuk dimenangi
Guna App Android di komputer menerusi BlueStacks
zulaikha December 27, 2012 at 1:08 pm
kedua-duanya same je..mmbunuh diri..
lme tk jenguk sini..blaja di mesir ke skrg?
zulaikha entri terbaru..Aku Jatuh Cinta
muazfaris January 17, 2013 at 1:19 pm
ye, belajar di mesir skrg n skrg ada di sini.. doakan..
titan January 14, 2013 at 2:02 am
tak yah hisapla. makan cendol lagi sedap.
titan entri terbaru..Buat duit dengan bakar lemak pantas
SDC January 31, 2013 at 11:19 am
Aah la bro Titan, memang makan cendoi sedap.. Pi makan kt Taiping,kedai nama Bismillah

SDC entri terbaru..Pencetak Sistem Dakwat Tangki Epson L210
hafizmd February 14, 2013 at 4:04 pm
Org kita mana pandang benda takde asap ni bro…tak cool katanye…huuuh
hafizmd entri terbaru..Lidah & Lisan, Memang Mencabar!
donnyien January 15, 2013 at 10:34 pm
moga yang baik-baik dan halal sahaja sentiasa kita amalkan =D
donnyien entri terbaru..Siapa saya dan World Bloggers & Sosial Media Awards
azrijohan January 16, 2013 at 8:14 pm
aku shisha tak hisap, rokok pun tak hisap jugak..
azrijohan entri terbaru..Pastikan Blog Trafik Tinggi
khairil January 17, 2013 at 1:24 pm
shisha ni kalau tak silap lagi bahaya daripada rokok.
khairil entri terbaru..30 Rekaan Tangga Rumah Moden Yang Sangat Unik Dan Kreatif
akubiomed January 20, 2013 at 11:21 pm
Kesan merokoknya tetap sama. Ketika ke Lubnan berapa tahun lalu saya melihat masyarakat arab dan shisha tak boleh dipisahkan.
akubiomed entri terbaru..Aktiviti hujung minggu dengan blog walking
MK Kimi January 24, 2013 at 12:56 am
walaupun berperisa, baunya dan asapnya cukup merimaskan. syukur tak hisap dua benda ni
MK Kimi entri terbaru..Review: The Impossible
hafizmd February 14, 2013 at 4:06 pm
Ambe makin lama makin pelik ngn perangai org kita. Benda yg terang2 tak bagus jugaklah yg nak diikut dan diamal…macam takde keje lain…kesian pun ada…wanau’zubillah
Terima kasih bro berkongsi soal2 ni. Moga2 ada mereka2 yg menghisap sedar dan berhenti dari membuat kerja sia2
hafizmd entri terbaru..Jom Memberi!
khairul asrol February 18, 2013 at 3:41 am
ada jugak yang cakap shisha lagi bahaya dari rokok. tapi macam bagus rokok je sebab ada filter.

khairul asrol entri terbaru..Tutorial Bergambar Cara Pasang CommentLuv Untuk Blogger