Icon Bisnes Online Pilihan Muaz

Bismillah, mula mengarang semula untuk Task 3.

Kali ini adalah mengenai Icon Bisnes Online Pilihan Muaz setelah dua task sebelum ini. Boleh lihat task 1 dan task 2 untuk contest yang sedang saya sertai ini :

  1. Bisnes Online Menurut Pandangan saya
  2. Bisnes Online Pilihan saya dan berapa Income yang diimpikan

Task 3 ataupun tugasan ketiga ini lebih berat sedikit dari dua task sebelum ini. Tetapi seperti biasa saya akan cerita dan kongsikan berdasarkan cara saya sendiri untuk menghasilkan tulisan yang 100% asli.

Saya tidak pernah terfikir untuk mempunyai icon bisnes online yang tersendiri kerana saya melihat semua usahawan internet mempunyai kelebihan masing-masing.

Dengan itu, pemilihan icon bisnes online saya tidaklah mengatakan usahawan internet yang saya pilih adalah yang terbaik dan tidak juga berniat untuk mengatakan usahawan internet lain tidak hebat.

Sesungguhnya saya lari daripada memuliakn orang lain lebih daripada memuliakan contoh tauladan kita yang terbaik iaitu Nabi Muhammad SAW.

InsyaAllah.

Siapakah Icon Bisnes Online Pilihan Muaz?

Setelah saya berfikir panjang sebelum menulis entri ini, akhirnya saya memilih seorang icon bisnes Online dalam kategori “Internet Marketer”

Dan beliau terkenal dengan gelaran ..

.. Internet Marketer Sempoi berkain Pelikat.

Siapakah?

Beliau adalah Raja Kamil atau dikenali dengan RK dalam dunia internet.

Ada beberapa sebab kenapa saya pilih beliau, tetapi sebelum itu, izinkan saya kongsikan beberapa gambar dibawah.

bisnes online icon

- Gambar Pertemuan pertama kali

 

raja kamil otai kain pelikat

raja kamil kain pelikat

- Internet Marketer Raja Kamil “Berkain Pelikat”

Gambar pertama di atas adalah gambar pertemuan yang tidak dijangka-jangka. Bukan mudah sebenarnya nak berjumpa dengan Raja Kamil, ada orang kata RK ini dah taraf “Artis”. Sehingga kini saya tak dapat nak sahkan betul ke tak, tapi ada betul nya kalau kita lihat bagaimana respon di setiap post status beliau di Facebook.

Antara pesanan beliau yang menjadi pegangan saya sehingga hari ini adalah :

Jadikan setiap apa yang anda ada kepada “wang” ..

Gambar kedua dan ketiga ini adalah gambar wajah sebenar beliau. Ada juga gelarkan beliau Internet Marketer berkain Pelikat disebabkan profile facebook yang digunakan sehingga kini masih display picture seperti gambar di atas.

Anda jangan terkejut apabila bertemu dengan tuan badan sendiri. Apa yang anda lihat di facebook tidak akan sama dengan dunia realiti.. apabila bertemu di dunia sebenar baru anda tahu bagaimanakah ‘rupa’ sebenar tuan Raja Kamil.

Kenapa saya pilih RK?

Ini sebabnya ..

seminar internet marketing raja kamil rk

  1. Seorang yang berpengalaman dalam perniagaan Internet
  2. Pengalaman IM selama 5 tahun selepas dari alam Universiti
  3. Kepakaran : Sosial Marketing, Emel Marketing, Blog Marketing
  4. Strategi Marketing yang sangat kreatif dan Inovatif
  5. Saya sangat respek kerana dapat melakukan Internet Marketer Sepenuh Masa untuk menyara keluarga (seorang Isteri dan beberapa orang anak) pada usia yang sangat muda.

 

Maka, sebab kelima tersebut menjadikan satu cabaran kepada diri saya. Tidak semua manusia biasa dapat menghadapi kehidupan sebegitu tetapi RK telah membuktikan kejayaannya hanya dari internet sebagai sumber utama bagi menyara kehidupan dan keluarga.

Sebenarnya saya mampu sahaja menceritakan tentang pelbagai tokoh atau icon bisnes online. Ramai sebenarnya yang telah berjaya menjana income konsisten dari perniagaan internet. Perkara ini telahpun diceritakan oleh Majalah Niaga dalam entrinya 8 Guru Bisnes Pilihan Usahawan Malaysia.

Dalam senarai 8 Pilihan tersebut terdapat beberapa icon bisnes online yang saya sangat kagumi.. rata-ratanya kita dah tahu kisah kejayaan mereka. Ini sangat berlainan dengan seorang icon Bisnes Online yang kita pernah jumpa dan sembang.

Disebabkan itu juga saya lebih suka bercerita mengenai kejayaan seseorang yang telah saya jumpa dan kisahnya pasti lebih menusuk kalbu berbanding membaca kisah kejayaan seseorang hanya dari blog atau kaca TV.

Apa-apa pun, saya doakan semoga kita semua mendapat nilai-nilai murni daripada Icon Bisnes Online Pilihan masing-masing terutamanya peserta contest kali ini.

 

Tuan Raja Kamil boleh dihubungi melalui laman facebook di LINK INI.

Saya akhirnya dengan cover photo facebook kenangan bersama tuan RK tempoh hari.

cover facebook internet marketer malaysia kacak

 

Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja olehMamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandungSet Bersalin Shaklee untuk ibu berpantangSet Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusuSet Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan seperti ESP ShakleeVIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokokdanVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar DiabetesSet Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.

TAMAT TASK 3

Dapatkan update TERAWAL !

Sertai dan dapatkan artikel terkini terus masuk ke inbox anda

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Tick jika mahu update PERCUMA