Institusi Pendidikan MARA (IPMa) 2012

Pendidikan

Permohonan Institut Pendidikan Mara (IPMa) Sesi Julai 2012

Permohonan Institusi Pendidikan Mara | MARA sebagai peneraju pelbagai bidang pendidikan di Malaysia mampu melahirkan modal insan yang memenuhi keperluan industri. Rebutlah peluang untuk bersama MARA dengan memohon secara online bagi Permohonan Institut Pendidikan Mara (IPMa) Sesi Julai 2012.

Permohonan IPMa sesi Julai 2012 ini khas untuk lepasan SPM, Sijil, SPMV, STPM, Diploma atau setaraf dengannya bagi memasuki Institusi Institusi Pendidikan MARA 2012.

Maklumat ringkas untuk mohon online Institusi Pendidikan MARA (IPMa) 2012 boleh didapati di blog ini dan selanjutnya berkaitan dengan Pendidikan MARA (IPMa) sesi Julai boleh didapati di laman rasmi IPMa.

Senarai Institusi Pendidikan MARA (IPMa)

1. Kolej Profesional MARA (KPM)
2. German Malaysian Institute (GMI)
3. Institut Kemahiran MARA (IKM)
4. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
5. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
6. Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
7. Kolej MARA (KM) – Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan (PKS-UMK)

KRITERIA PEMILIHAN

Faktor Pemilihan pemohon-pemohon yang layak

1. Kombinasi pencapaian subjek yang diperolehi pemohon.
2. Mencapai gred subjek yang ditetapkan bagi program yang dipohon.
3. Bilangan tempat yang disediakan mengikut program fakulti dan institusi.
4. Ujian Khas Kemasukan dan temuduga akan diadakan tertakluk kepada keperluan fakulti atau institusi. Pemohon-pemohon akan dihubungi terus oleh fakulti atau institut berkenaan untuk proses ujian khas atau temuduga.

KATEGORI PEMOHON Institusi Pendidikan MARA

Kategori pemohon adalah berdasarkan kepada kelayakan pemohon seperti berikut :‑

1. Pemohon yang menggunakan keputusan SPM/SPMV / Setaraf dengannya.
2. Pemohon lepasan SPM dan Sijil mengikut bidang yang dipohon.
3. Pemohon lepasan SPM dan STPM.
4. Pemohon lepasan SPM dan Diploma/Higher National Diploma / Setaraf

Syarat Kelayakan bagi setiap Institusi MARA berbeza, rujuk setiap Senarai Institusi Pendidikan MARA (IPMa) di Cek Syarat Kelayakan Masuk.

TAJAAN PENGAJIAN MARA IPMa

Calon yang berjaya dipilih bagi mengikuti pengajian di UniKL, GMI dan KPTM adalah layak dipertimbangkan tajaan pinjaman pelajaran MARA tertakluk kepada syarat-syarat semasa yang ditetapkan. Urusan berkaitan pinjaman pelajaran ini akan diuruskan oleh IPMa yang berkaitan bersama dengan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

Manakala, bagi calon yang terpilih mengikuti pengajian di KPM, KKTM, IKM dan KM (PKS-UMK), yuran pengajian adalah percuma yang mana ianya akan dibiayai oleh MARA dan elaun pelatih akan diberikan kepada mereka yang layak menerima bantuan.

Cara Memohon Institut Pendidikan Mara (IPMa) Sesi Julai 2012

1.  Permohonan mestilah dibuat secara ONLINE di BORANG PERMOHONAN UPIM ONLINE.

2. Permohonan boleh juga dibuat secara terus melalui laman web institusi berkenaan.

Tarikh TUTUP : 20 April 2012

Maklumat lanjut :

1. Lihat IKLAN Permohonan Institut Pendidikan Mara (IPMa) Sesi Julai 2012 dalam bentuk poster

2. Rujuk Laman web rasmi Unit Pusat Institusi MARA.

Pertanyaan atau masalah :

Unit Pusat Institusi MARA (UPIM)
Bahagian Pendidikan Tinggi MARA
Tingkat 12,
Ibu Pejabat MARA,
Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur
Tel: 03-2613 4075 / 4076 / 4077 / 9010 / 9011
e-mel :  upim@mara.gov.my
Laman web : http://apponline.mara.gov.my/upimonline/

Kepada lepasan SPM, Sijil, SPMV, STPM, Diploma atau setaraf dengannya, selamat memohon bagi Institusi Pendidikan MARA (IPMa) 2012 kemasukan Julai 2012… ada lagi 2 minggu je tinggal.

psst : ni bukan biasiswa MARA 2012 ye!!

[ads] Teknik terkini BOOST POST FB Ads ? Baca di sini Teknik Rahsia dapat klik RM0.01 FB Ads (klik)

[ads] NAK PANDUAN FB ADS PERCUMA TAK? DOWNLOAD PERCUMA DI SINI (klik)

show <== click Here

Comments on this entry are closed.

Tip Rahsia Bina Website daripada saya!

Sebentar! Mahu tak saya kongsikan tips rahsia bina website dalam bentuk ebook?

Sila masukkan nama dan emel aktif anda di bawah untuk saya hantarkan tips rahsia ini kepada anda..

Maklumat anda 100% selamat.

Tip Rahsia Bina Website daripada saya!

Sebentar! Mahu tak saya kongsikan tips rahsia bina website dalam bentuk ebook?

Sila masukkan nama dan emel aktif anda di bawah untuk saya hantarkan tips rahsia ini kepada anda..

Maklumat anda 100% selamat.