Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Lihat cara Permohonan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) Pelajar IPT (IPTA & IPTS) dalam entri ini.
KDS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.
Diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.
Objektif Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M)
Objektif Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) adalah untuk Membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara (IPTS).
Kelebihan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia KDS1M
1. Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan.
2. Membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
3. Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (kds1m) juga akan diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah.
Carta Alir Pengeluaran KDS1M
![]()
Permohonan Kad Diskaun 1Malaysia
KDS1M diberi secara percuma kepada pelajar IPT warganegara Malaysia. Kad diskaun siswa 1malaysia ini akan diedarkan melalui pihak pentadbiran IPT masing-masing. Info lanjut sila layari laman KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA
Masalah atau pertanyaan
Bahagian Gerakan Kepenggunaan,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi & Kepenggunaan
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
62623 Putrajaya, Malaysia
Tel : +603-8882 5972 / 5889 / 6181
Faks : +603-8882 5983
Emel : kds1m@kpdnkk.gov.my
Apa kata anda tentang Permohonan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) Pelajar IPT ini??


boni July 4, 2012 at 3:18 am
PERGH!!!!!!!!!!!!! bestnya jadi pelajar ni. macam2 kemudahan yang diberi.. wah.. jelesnya aku..hehehe
boni entri terbaru..Aku Kacak
Jebeng Otai™ July 4, 2012 at 9:16 pm
tp hanya barang dan perkhidmatan terpilih shja..kalo byk bgus juga..byk membantu..

Jebeng Otai™ entri terbaru..Wordless Wednesday : Machinchang
spudin July 5, 2012 at 12:03 pm
errr…tak paham lagi ..haha
spudin entri terbaru..Pencarian Sponsor Contest SEO Kian Rancak
muazfaris July 6, 2012 at 12:32 am
tak paham ape nih?
syahrilhafiz July 5, 2012 at 5:51 pm
oo, ini yang kad diskaun tu, weh tq! boleh share dengan kengkawan

syahrilhafiz entri terbaru..Tips Atasi Masalah Laptop Overheating
syahrilhafiz July 5, 2012 at 5:52 pm
Y? not found pulak link..huhu
syahrilhafiz entri terbaru..Tips Atasi Masalah Laptop Overheating
ProfHariz July 5, 2012 at 6:14 pm
Semua barang 1 malaysia noh depa ni. Tapi Bagus juga ni. Nak try apply nanti
ProfHariz entri terbaru..Allah Sentiasa Mendengar Doa Aku dan Kamu
azriMy July 5, 2012 at 10:50 pm
terbaekkk, pancing rakyat untuk PRU
muazfaris July 6, 2012 at 12:31 am
setuju sgt..
titan July 9, 2012 at 2:01 am
untung benar budak-budak zaman najib ni ye..
titan entri terbaru..Kau semestinya yang terakhirnya..
khairil July 12, 2012 at 5:21 am
heheh.PRU dah dekat.macam2 la yg dapat.
khairil entri terbaru..Amuk Di JPM: Blog Jaya Negara,Imam Mahadi dan Apa Kisah Seterusnya
Haikal July 31, 2012 at 11:06 pm
Salam..student bleh dpt diskaun..tp nak tau x?? kita rakyat Malaysia pon bleh dapat diskaun bila berbelanja di kedai-kedai terpilih..cuma aktifkan MYkad dan dapatkan diskaun..ye!!..aktifkan MYkad dan anda layak mendapat diskaun apabila berbelanja di kedai-kedai terpilih..pm sy di sini..shaman_89@yahoo.com.my..:)