Kenapa belajar Medic sukar?

pelajar perubatan di tanta mesir

Satu persoalan ringkas yang kekadang selalu bermain di fikiran pelajar Medic Perubatan di seluruh Malaysia khususnya di Tanta, Mesir. Sebelum ini ada juga saya buat satu entri khas Susah sangat ke belajar Medic di Mesir? Kali ini entri khas untuk persoalan Kenapa Belajar Medic sukar?

Kenapa pembelajaran Perubatan sukar?

Betul ke belajar medic ini susah dan sukar? Bagi saya jawapan yang paling mudah adalah YA ! memang YA .. siapa kata belajar perubatan ini senang, kalau ada, memang saya berhajat nak jumpa dan bertanya.. apakah tips dan rahsia anda?

Peluang Buat Duit dari Blogging Perkongsian Info Pendidikan 101 Kategori Review Produk Digital Fizikal 101

Saya berpendapat belajar Perubatan ini tidak mudah selepas mendalami salah satu ayat quran dalam surah At tin ayat 4 yang bermaksud :

surah at tin ayat 4

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (At-Tiin 95:4)

Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik nya dan kita adalah makhluk yang paling lengkap berbanding dengan makhluk-makhluk Allah yang lain.

Jadi, ilmu perubatan medik tidak lari dari pembelajaran tentang tubuh manusia terutamanya dalam pembelajaran Anatomy. Setiap pelajar perubatan medik wajib lah mengetahui setiap perinci dalam tubuh badan manusia. Yang mana manusia adalah sebaik-sebaik penciptaan di atas muka bumi Allah ini.

Secara mudah nya. Kita (pelajar medik) belajar mengenai SEBAIK-BAIK PENCIPTAAN ALLAH. Ciptaan Allah yang tiada cacat dan cela. Ciptaan Allah yang sangat cantik dan hebat. Yang dicipta oleh yang Maha Bijaksana.

Disebabkan itu lah, saya berpendapat untuk belajar mengenai sesuatu ciptaan yang Maha Sempurna memang agak sukar. Usaha yang gigih perlu dikorbankan demi mempelajari ilmu kedoktoran ini.

Tetapi kita (pelajar duktur) haruslah bersyukur kerana diberi peluang untuk mendalami ilmu kajian mengenai ciptaan Allah yang Maha Sempurna dan Maha Bijaksana.

Saya tanya anda pula. Kenapa belajar Medic Sukar?

Mencari Hotel Murah?

Save on your hotel - hotelscombined.com

Comments

  1. myssnurul says

    bravo, nicely written!
    tapi tak dapat la nak jawab soalan terakhir tu sebab saya tidak ambil bidang kedoktoran. hehe. syabas kpd tuan bakal doktor Muaz. moga sentiasa diberi kekuatan dan dipermudahkan utk menempuh jalan yg dipilih ini ;)

  2. Shr says

    Sebenarnya susah itu bila kita tak faham. Banyak sangat kena belajar dalam masa yang singkat. Ditambah dengan medical terminologies yang pelbagai. Saya juga pernah mengalami masalah yang sama semasa di tahun2 pre klinikal. Cuba layari website drnajeeb.com. Sangat2 membantu saya untuk memahami ilmu perubatan ini. Website tu kena bayar la tp inshaaAllah sangat berbaloi. Kalau nak tau teknik pengajarannya lihat video2 percuma di youtube. Kalau anatomy and basic science saya lihat video prof diamond uni berkeley. Semoga dipermudah

  3. says

    yang menjadi objectnya adalah anatomy tubuh manusia yang pada dasarnya adalah sempurna sehingga ilmu mengenai mereka tidaklah mudah tuk dipelajari, begitu ya.. sangat masuk akal penjelasan anda ini namun bila kita tekun belajar, Insya Allah kita akan mendapatkan hidayah dan kemudahan dari Allah SWT
    semangat …
    Rina recently posted…List of Free Dofollow Blogs and Web 2.0 SitesMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Tick jika mahu update PERCUMA