KENYATAAN AKHBAR PROGRAM PENAJAAN JPA BAGI LULUSAN SPM 2011

KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PROGRAM PENAJAAN JPA DAN KPM BAGI LEPASAN SPM 2011 – TPM

KENYATAAN AKHBAR YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN YAB TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
MENGENAI PROGRAM PENAJAAN  JPA DAN KPM BAGI LEPASAN SPM 2011.

Kenyataan akhbar PROGRAM PENAJAAN JPA BAGI LULUSAN SPM 2011 ini adalah untuk menjelaskan pendekatan Kerajaan mengenai kaedah pengurusan dan penawaran penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia  2011 untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara di peringkat Ijazah Pertama dan persediaan pra-universiti.

Sebagaimana yang telah dipersetujui oleh Kabinet, Kerajaan melalui JPA dan KPM telah meneruskan penajaan biasiswa kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara pada tahun 2012.

Program penajaan JPA dan KPM bagi tahun 2012 adalah seperti berikut :

(i) Program Biasiswa Nasional (PBN)

(ii) Bursary

(iii) Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

(iv) Program Ijazah Luar Negara (PILN) – mulai tahun 2014

 

1.  Program Biasiswa Nasional (PBN)

Penajaan kepada 50 orang pelajar paling cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 di kalangan yang terbaik atau crème de la crème mengikut senarai Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia berasaskan kepada merit akademik.

2. Bursary

Pada tahun ini, bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar lepasan SPM pada tahun 2011, semua pelajar cemerlang yang mendapat keputusan  sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary secara AUTOMATIK oleh KPM tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latarbelakang.

3. Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

Program penajaan anjuran JPA kepada 300 pelajar dalam bidang kejuruteraan ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program bahasa sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah pertama di negara berkenaan.

4.  Program Ijazah Luar Negara (PILN) – mulai tahun 2014

Penajaan PILN di bawah anjuran JPA adalah juga terbuka kepada pelajar cemerlang lepasan program persediaan (diantaranya STPM, A-Level, IB) yang tidak ditaja di bawah Bursary.  Semua  calon PILN perlu memenuhi syarat serta telah mendapat tempat di universiti terkemuka dunia.

Kaedah pemilihan PILN mengikut kategori adalah seperti di Jadual berikut:

KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PROGRAM PENAJAAN BAGI LULUSAN SPM 2011 - TPM

INFO PENAJAAN KERAJAAN (JPA) 2012

Kerajaan membelanjakan sejumlah RM2.12 billion untuk membiayai kos keseluruhan pengajian pelajar di universiti dalam dan luar negara bagi pengambilan tahun 2012.

Sambungan

Sambungan Info Program Penajaan Bagi Lulusan SPM 2011 (Kenyataan Akhbar) boleh lihat di KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PROGRAM PENAJAAN BAGI LULUSAN SPM 2011 – TPM | Official : Kementerian Pelajaran Malaysia

atau baca dalam bentuk DOC di Program Penajaan JPA 2012 Lengkap

ikuti juga perkembangan di facebook Official : Kementerian Pelajaran Malaysia

Semoga entri KENYATAAN AKHBAR PROGRAM PENAJAAN JPA BAGI LULUSAN SPM 2011 membantu pelajar lepasan SPM 2011 untuk mengetahui sedikit sebanyak Program Penajaan JPA 2012 pada tahun 2012 ini.

Semoga membantu juga golongan ibubapa untuk mengetahui perkembangan Info Program Penajaan JPA tahun 2012 di dalam akhbar harian yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri kita.

Get Fresh Content Delivered.

Join and get free content delivered automatically each time we publish.

Comments

  1. dee says

    saya nak tanya sbb kurang faham sbnarnya sistem baru ni. maksudnya KPM telah pilih pelajar yg layak atau masih kena buat permohonan?

      • ainin says

        bila ckp pasal bursary, mereka kata plajar yg dpt bursary masa depan dia tak terjamin sbb bursary hanya utk prgkat awal (asasi matric etc). but ak rasa government plan ni dah kira hebat gila la. that way they can maintain high achievement for that level la.if bdak tu confirm dapat scholarship from prgkat awal smp degree, tak rasa prestasi dia terjejas ke? yelah, “why aku nak stress sgt score asasi/etc ak confirm dah dpr schlarshp for degree.” apapun, in the end yang score pre u from bursary ni are more qualified scholars than yg mmg dpt full scholarship from pre u level to degrees.
        just saying

    • says

      skrg PILN utk 2014. Sudah tiada seperti dulu. Kira sekarang hanya boleh apply utk pre U sahaja. Tu pun kena 9A+ utk dapat.. n lepas dpt cgpa 3.5 above, baru apply utk PILN pulak.. faham?

  2. nur says

    mksudnya mreka yg x dpt 9A+ kna msuk pre-u dlu brunya dpt apply pnajaan PLIN utk kmasukn u kt over sea thun 2014 nnti??? lmanya…huhu.ingtkn thun ni dh bleh fly trus ke luar ngara rupanya kna tggu smpai thn 2014 nnti.untglah org yg dpt stret 9A+ dn ke ats yer?? T.T

    • says

      yups, tu pun tak jamin lagi… sbb kena score masa kt pre U. kalo tak score tak dpat la.. n lagi satu.. lepas tu utk PLIN, kena dpt tawaran dari 10 universiti terkemuka.. bkn snang tu.

      • fafa says

        ok..trime ksih for the info……jadi memang xberpeluang langsung yang hanya dpt 9A….dan usaha kami hanya sia-sia?….dan setaraf dengan yang dpt 3A,4A,5A???kami hanya dpt masuk asasi dan matrik??..seperti yang lain??xkan takde peluang untuk skolah luar bandar?…(maaf sy hanya bertanya)….:)

  3. hazwanijurimi says

    Assalamualaikum.saudara,
    1)kalau kte xdpt 9A+ n above,kte xboleh mohon biasswa jpa ke?
    2)JPA buka prmohonn tuk biasswa kpd ssiapa yg below 9A+?
    3)Jdi,nnt kita trus masuk pra-U tnpa biasswa?
    4)PTPTN msih buka ruang untuk biasswa x?

  4. izyani says

    salam,,nak tanya..sy masih tak faham la pasal permohonan jpa ni..contoh kalau sya lepasan asasi n nak masuk degree bln 9 ni..camna nak mohon utk biasiswa jpa..??ke da tutup..??sbb surat tawaran u blom kuar lg.?

  5. ahmad kamal says

    program kerjasama or jv antara jpa mara lepasan spm.kena bayar ke.klu kena bayar sama x clause dgn pinjaman bolehubah mara

  6. Nasharien says

    Assalamualaikum. Program Ijazah Luar Negara- universiti terkemuka 2014 ni ade had umur tak untuk apply? Ataupon tajaan ini adalah untuk pelajar SPM 2011 sahaja.? Terima kasih. :-)

      • nas says

        Drpd kenyataan di atas,
        “Penajaan PILN di bawah anjuran JPA adalah juga terbuka kepada pelajar cemerlang lepasan program persediaan (diantaranya STPM, A-Level, IB) yang tidak ditaja di bawah Bursary”

        tajaan ini juga kepada yang tidak ditaja dibawah Bursary.
        adakah saudara pasti mengenai tajaan ini hanya untuk lepasan SPM 2011 dan ke atas sahaja? kerana saya adalah lepasan SPM sebelum 2011 dan sedang berusaha untuk mendapatkan tempat di universiti terkemuka dunia. tetapi saya tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk “self-sponsored” ke luar negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Tick jika mahu update PERCUMA