Semakan Status Keputusan Dermasiswa Zakat ke Timur Tengah 2012

Semakan Status Keputusan Dermasiswa Zakat ke Timur Tengah 2012

Berita terbaru bagi pemohon Dermasiswa Zakat ke Timur Tengah oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). Anda boleh mula membuat Semakan Status Keputusan Dermasiswa Zakat 2012 sekarang.

Info Dermasiswa Zakat Timur Tengah

Dermasiswa Zakat ke Timur Tengah adalah tawaran pengajian dalam bidang Pengajian Islam, Bahasa Arab, Muamalat, Tahfiz Qiraat dan Perubatan ke Universiti di Mesir, Jordan, dan Morocco sesi akademik 2012 / 2013.

Setelah beberapa saringan dilakukan oleh panel terlatih yang dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor, keputusan permohonan telah diumumkan dan pemohon yang layak mendapat tajaan Dermasiswa Zakat ke Timur Tengah perlulah menduduki ujian kelayakan dan juga temuduga (interview).

Cara semak status Keputusan Dermasiswa Zakat.

1. Layari SEMAK STATUS KEPUTUSAN DERMASISWA ZAKAT online.
2. Masukkan No Kad Pengenalan Anda dan tekan SEMAK!.

Jika anda berjaya.. “TAHNIAH!.” Tetapi jika anda gagal mendapat Dermasiswa Zakat 2012 LZS, “MINTA MAAF..PERMOHONAN ANDA TIDAK BERJAYA. SILA CUBA LAGI PADA MASA AKAN DATANG.”

Masalah atau pertanyaan

Bahagian Khidmat Pelanggan Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

3-01-1, Presint ALAMi,
Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-5522 7700 Fax: 03-5522 7722
Talian Khidmat Pelanggan LZS : 03-5522 7777

Selamat menyemak Status Ujian Kelayakan Dermasiswa Timur Tengah Lembaga Zakat Selangor (LZS) tahun 2012 terutamanya Lepasan SPM 2011 dan rakan-rakan yang lain.

Tambahan penulis

Aku juga memohon Dermasiswa Zakat ke Timur Tengah tetapi rezeki tidak menyebelahi aku. Mungkin Allah mahu berikan yang lebih baik, insya Allah. Aku dapat khabar berita yang memang ramai lepasan SPM memohon tajaan Dermasiswa Zakat Selangor ini tetapi bilangan mereka yang dapat sangat la sedikit.

Kepada kawan aku yang sebentar tadi dapat tajaan zakat selangor ini, aku ucapkan tahniah dan semoga cemerlang dan berjaya dalam sesi ujian kelayakan serta temuduga pada awal bulan Mei 2012.

Adehh, menyesal pulak tidak memohon Pengajian Islam ke Jordan. Semoga entri Semakan Status Keputusan Dermasiswa Zakat ke Timur Tengah 2012 membantu anda.

Dapatkan update TERAWAL !

Sertai dan dapatkan artikel terkini terus masuk ke inbox anda

Comments

  1. hamba Allah says

    biasenye baper ramai yg trplh utk dpt drmasswa nih ? lepas tmuduga ujian kelayakan ni , ade tapisan lagi ke?

    • says

      selalu yg dpt tawaran akan melalui ujian kelayakan spt ujian bertulis dan kemudian akan dipanggil utk interview. Calon yg layak baru akan disenarai pendek oleh pihak zakat.

  2. Archyher says

    yep. pelajar yang terpilih setelah ditemuduga akan dipanggil untuk taklimat.
    Allahu’alam rasanya untuk Morocco, yang terpilih 15 orang manakala Jordan 60 orang. Mungkin kot. tak pasti. Boleh tanya pihak LZS – Zakat.

  3. hamba Allah says

    hmm , btul la pnerima drmasswa LZS utk ke jordan -60 org , morocco 15 org . plajar jordan akn dtmpatkan ke 3 buah universiti dgn nisbah 20:20:20 . . pelajar yg mohon untuk bidang perbankan islam komfem dpt universiti yarmouk , yang lain tu terserah pde pihak LZS la yg tntukan . :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Tick jika mahu update PERCUMA