Kuasai Bahasa Arab Amiyah di Bumi Mesir

Jelajah Mesir

tanta medic mesir 2012 malaysia

Sudah lama tidak menulis, post yang sebelum ini pun mengenai isu Gaza yang saya tulis ketika isu ini hangat diperkatakan tetapi ramai tidak tahu apa yang sepatutnya kita pelajari dari Isu Gaza. Maka terhasil lah Apa yang sepatutnya saya pelajari dari Isu Gaza ?

Untuk kesempatan ini, melihat keadaan saya dan sahabat saya di Tanta, Mesir ini yang rata-rata mengambil jurusan perubatan. Saya merasakan seharusnya kita sebagai pelajar medik untuk kuasai bahasa arab Amiyah di Bumi Mesir ini. Sebab apa? kenapa perlu kuasai arab amiyah?

Saya terkesan pada beberapa hari lepas saya sibuk menguruskan urusan dengan pihak gamaah (universiti) , urusan mereka perlu lah dengan bahasa arab amiyah. Sehinggakan perbualan mereka mampu perli kita sebagai orang Melayu disebabkan tidak faham apa yang mereka sembangkan. Mereka kutuk depan-depan pun kita tak faham.. dan sampaikan mereka boleh mempermainkan kita.

Biarpun kita juga mampu perli mereka kembali sepuas-puasnya dalam bahasa melayu tetapi dah kata kita duduk di negara Arab, sepatutnya kita lah yang kena memahami bahasa amiyah bukan?

Untuk itu, seruan saya kepada pelajar perubatan di bumi anbiyaa ini. Seharusnya kita kuasai bahasa arab amiyah di bumi mesir ini. Antara kelebihan dapat kuasai arab pasar mesir adalah :

  1. Mudah berinteraksi dengan pesakit di Mesir yang tidak boleh bertutur dalam bahasa inggeris
  2. Mudah tawar barangan untuk mendapat harga murah
  3. Tidak mudah di tipu atau dipermainkan oleh orang Arab

dan banyak lagi kelebihan bila anda mampu bertutur dalam bahasa arab amiya ini.

Apakah cara-cara untuk belajar bahasa arab amiyah di bumi mesir?

  1. Cari lah seorang rakan mesir terutamanya di universiti atau di masjid
  2. Rajinkan menambah vocab arab setiap hari
  3. Belajar dari youtube, boleh guna link KickStartYourArabic
  4. Berani bercakap arab amiyah biarpun tidak yakin ataupun salah

Amalkan dahulu cara-cara ini, insya Allah dari tahun ke tahun akan ada banyak penambaikan dalam bertutur arab Ami. Saya yang baru tiba selama dua bulan di Bumi Kinayah Tanta ini pun masih merangkak rangkak untuk mempelajari Arab Pasar. Maka mari lah kita pelajari bersama-sama.

Moga kisah di atas kita dapat mengambil iktibar bersama-sama. Mungkin anda ada juga kisah menarik nak diceritakan? Boleh ceritakan di ruangan komen. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga tamat.

[ads] Teknik terkini BOOST POST FB Ads ? Baca di sini Teknik Rahsia dapat klik RM0.01 FB Ads (klik)

[ads] NAK PANDUAN FB ADS PERCUMA TAK? DOWNLOAD PERCUMA DI SINI (klik)

show <== click Here

13 comments… add one

  • Wanayu

    Segala info yang diberikan memang bagus.. Thanks for sharing. Memang patut kena belajar bahasa arab,
    Wanayu entri terbaru..3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  • it’s a good mindset which i nvr see in foreign student in M’sia. Ke org kita lembut sgt sampai depa buleh buat dono je n x respect bahasa kita? Ke kita sendiri x respect bahasa kita? huhu. entahlah. tp setuju tu mmg kita kne cuba kuasai bahasa tempat kita belajar.
    Faris Al-Muhandisu entri terbaru..HitchhikingMy Profile

  • mase kat sekolah suka sangat belajar bahasa arab ni,
    dh lps sek. hilang mcm tu je..huhu
    thanks for sharing ^^

    slm..nak mintak tlog boleh?? mintak tlg vote untuk contest iphone 5 gadjet impian… masuk ke denaihati dalam entri /iphone-5-blogger-paling-hebat , register dahulu sbgai ahli denaihati, lepas daftar tekan button untuk mengundi, undian sekurang-kurangnya 3 blog untuk sehari..jangan lupa vote cikjaz.com yer. Terima Kasih :)
    pjaz entri terbaru..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  • Hello bro, betul tu berada di negara orang memang patut kita belajar bahasa Arab.
    donnyien entri terbaru..Apa itu blogging bagi saya?My Profile

  • jika dpt kuasai bahasa setempat..mmg byk membantu urusan sehari-hari..
    Jebeng Otai™ entri terbaru..3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  • tak payah cakap la korang yang baru dua bulan sampai, kitorang yang nak dekat tiga tahun ni pun terkapai-kapai nak cakap. HAHA tak tahu la camne nak survive pre-clinical next year. huwaaa~
    Zida entri terbaru..[TUTORIAL] Girls’ Self Defense : SINGMy Profile

  • aku faham gak arab. tapi arab pasar dia..pening gak nak faham. haha..
    titan entri terbaru..MSMW 2013 – Masihkah ada peluang?My Profile

  • kenapa entri Flashmob Free Palestine tu ada warning malware kalau buka..
    beckhrooy entri terbaru..Jemputan Dari YoutubeMy Profile

  • Do refer to this entry : http://www.ibnuddin.com

    Insya-Allah, it may help us.
    Muhammad Iqbal entri terbaru..Fikir.My Profile

  • arab kau mesti power kan? aku dulu pernah belajar tapi stop bila masuk form 4.. memang tak yakin boleh bawak
    azrijohan entri terbaru..Pakwe ImpianMy Profile

  • Moga2 boleh pakat improve bahasa yg penting. Kalau kita kat Malaysia cakap BMpun tunggang langgang, takkan kita nak harap org lain cakap elok?

    hehe…btw..thanks bro…ada sesuatu yg dapat ambe ambil =)
    hafizmd entri terbaru..Hari Minggu Yang Tak BosanMy Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge

Tick jika mahu update PERCUMA


Tip Rahsia Bina Website daripada saya!

Sebentar! Mahu tak saya kongsikan tips rahsia bina website dalam bentuk ebook?

Sila masukkan nama dan emel aktif anda di bawah untuk saya hantarkan tips rahsia ini kepada anda..

Maklumat anda 100% selamat.

Tip Rahsia Bina Website daripada saya!

Sebentar! Mahu tak saya kongsikan tips rahsia bina website dalam bentuk ebook?

Sila masukkan nama dan emel aktif anda di bawah untuk saya hantarkan tips rahsia ini kepada anda..

Maklumat anda 100% selamat.