Untuk makluman semua, satu program Larian Amal yang diberi nama The Greatest Wealth is Health akan berlangsung pada 16 Februari 2013 bertempat di Dewan Seri Sarjana, Uniten Kajang.
Program Larian Amal “The Greatest Wealth is Health” ini adalah anjuran Program Persediaan Untuk Pelajar Cemerlang (PPES) yang bertujuan memupuk semangat kesukanan dalam setiap diri warga Malaysia.
Butiran Larian Amal :
Kelayakan penyertaan:
1. Program ini terbuka kepada semua yang ingin menyertainya tanpa mengira umur.
2. Kategori kelayakan adalah berdasarkan umur pada tahun 2013.
3. Setiap peserta hanya boleh mengambil bahagian dalam satu kategori sahaja.
Terma pertandingan:
1. Setiap peserta mesti melalui laluan yang telah ditetapkan dalam peta.
2. Mana-mana peserta yang menerima bantuan luar semasa pertandingan atau cubaan menipu akan tersingkir daripada pertandingan.
3. Minuman akan disediakan untuk para peserta di setiap water station.
4. Setiap peserta perlu melalui setiap checkpoint.
5. Peserta perlu melaporkan diri di urusetia mulai jam 6.30 pagi sehingga 7.00 pagi pada hari pertandingan. Pertandingan akan dimulakan TEPAT pada jam 8.00 pagi. Pendaftaran LEWAT tidak akan dilayan dan dibatalkan.
6. Sijil akan diberi kepada 200 peserta terawal yang menamatkan larian.
Yuran penyertaan:
1. Bayaran – RM10 untuk setiap kategori
2. Bayaran boleh dibuat melalui permindahan wang atau memasukkan wang ke akaun
Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai program Larian Amal anjuran PPES yang bermama The Great Wealth is Health ini, boleh terus ke laman web rasmi PPES1213.
Link pautan : http://muaz.my/VCSk2a
Link pendaftaran : http://muaz.my/VCSmqU
Semoga program amal seperti Larian Amal 2013 di Uniten ini mampu mencapai objektif yang diharapkan. Advertorial.



Hotlink Bagus – Pelan PraBayar Baru Maxis
azrijohan February 12, 2013 at 9:04 pm
Jauh pulak
azrijohan entri terbaru..Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards 2013