Permohonan Kemasukan ke Universiti di Jordan Sesi Akademik 2012/2013

yarmouk universiti jordan Permohonan Kemasukan ke Universiti di Jordan Sesi Akademik 2012/2013

Yarmouk, Jordan

Kali ni rentetan selepas aku post entri bertajuk Permohonan Kemasukan ke Universiti di Mesir Sesi Akademik 2012/2013, pasti ramai lepasan SPM 2011 ni yang berminat untuk sambung belajar ke Jordan pula.. Student Malaysia di Jordan semakin ramai setiap tahun tetapi tidak la seramai di Mesir, sampai ada kata..boleh buat perkampungan Melayu di Mesir.

Untuk ke jordan, lepasan SPM 2011 tak perlu menggunakan sijil tinggi agama Malaysia (STAM), cukup la dengan pencapaian dalam result SPM 2011 yang bakal keluar pada bulan Mac 2012 ni. Tetapi sebelum result berada kat genggaman tangan kita, mari kita koreksi tentang Syarat Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Jordan terlebih dahulu sebelum apply ke sana.

KPT Permohonan Kemasukan ke Universiti di Jordan Sesi Akademik 2012/2013

Logo KPT

Syarat Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Jordan Sesi Akademik 2012/2013

1. Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di universiti Jordan peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti berikut:

i.  Perubatan dan Pergigian

Pemohon yang ingin mengikuti pengajian bidang perubatan atau pergigian  di universiti Jordan hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan iaitu :

  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi keseluruhan mata pelajaran SPM  termasuk lima (5) mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, dan Matematik Tambahan) atau
  • Memperoleh sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran di peringkat SPM.

ii.    Pengajian Islam

Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kepujian bagi semua mata pelajaran (khusus mata pelajaran Bahasa Arab) berkaitan bagi semua bidang pengajian di peringkat SPM.

2. Semua pemohon yang memohon untuk pengajian ke Jordan perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

3. Terjemahan sijil SPM dan Sijil Lahir dalam bahasa Arab perlu dibuat di Institut Terjemahan Negara Malaysia di alamat berikut:

Institut Terjemahan Negara Malaysia
Wisma ITNM
No. 2, Jalan 2/27E
Wangsa Maju, Seksyen 10
53300 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03-4149 7210
No. Faks : 03-4149 1535

4. Terjemahan sijil SPM dan Sijil Lahir perlu disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri di alamat berikut;

Ketua Setiausaha
Kementerian Luar Negeri
Bahagian Konsular, Wisma Putra
No.1, Jalan Wisma Putera, Presint 2
62602 PUTRAJAYA
No. Tel : 03-8887 4159
No. Faks : 03-8889 2923

5. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi, Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi di talian; 03-8870 6631/6611/6627.

Borang permohonan serta dokumen sokongan yang telah lengkap diisi dan mencukupi hendaklah dikemukakan kepada Bahagian ini pada atau selewat-lewatnya 18 Mei 2012 (Jumaat) di alamat berikut :

Pengarah
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA

Tarikh tutup isi borang : 18 Mei 2012

Dapatkan borang pdf dan isi Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Jordan

Link : http://www.mohe.gov.my/portal/images/pelajar/doc/borang/timur_tengah/borang_kpt_jordan_2012.pdf

Pertanyaan :

Hubungi :

03-8870 6611 – Mohd Zahiruddin
03-8870 6627 – Mohd Amir Syafizi
03-8870 6622 – Mariatul

 

Nantikan entri last untuk pengajian IPT di Timur Tengah : Morocco!

Define Google :

logo kpt, belajar di jordan, universiti jordan, sambung belajar di jordan, kpt logo

{ 116 comments… add one }

Leave a Comment