Permohonan Kemasukan ke Universiti di Mesir Sesi Akademik 2012/2013

Lepasan SPM 2011
daftar peperiksaan STAM 2012 azhar
universiti azhar Permohonan Kemasukan ke Universiti di Mesir Sesi Akademik 2012/2013

Universiti al-Azhar

Ramai sahabat Lepasan SPM 2011 tengah mencari Permohonan Kemasukan ke Universiti di Mesir Sesi Akademik 2012/2013, betul tak? Semua tahu di Mesir terdapat dua bidang yang terkenal iaitu Perubatan dan Syariah. Rata-rata pelajar Malaysia belajar ke Mesir untuk itu.

Tapi kali ni, aku nak kongsi khas untuk pelajar Lepasan SPM 2011 yang nak sambung ke Mesir bagi jurusan Perubatan (Medic). Ini hanya panduan dan guide sahaja untuk menilai kedudukan anda sebelum memilih bidang yang ingin diceburi seperti ukur baju di badan sendiri. Ok, jom kita tengok apakah Syarat Permohonan dan Pendaftaran Pelajar Perubatan Universiti di Mesir Sesi Akademik 2012/2013 dan lepas itu boleh la merancang permohonan untuk biasiswa dan scholarship pula ye!

KPT 300x95 Permohonan Kemasukan ke Universiti di Mesir Sesi Akademik 2012/2013

Logo KPT

Syarat Permohonan dan Pendaftaran Pelajar Perubatan Universiti di Mesir Sesi Akademik 2012/2013 :

1. Pemohon yang ingin mengikuti pengajian bidang perubatan (Medic) di Universiti Mesir hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Mesir iaitu :

  • Memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 8 Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya B4 (SPM sebelum tahun 2009) atau B (SPM tahun 2011) dalam; (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah).

2. Semua pemohon yang memohon untuk pengajian ke Mesir perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

3. Pemohon juga hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti di Mesir.

Tarikh tutup permohonan: 1 Jun 2012

 

[Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar Perubatan Universiti di Mesir]

link : http://www.mohe.gov.my/portal/images/pelajar/doc/borang/timur_tengah/borang_kpt_mesir_2012.pdf

 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian:

03-8870 6611 – Mohd Zahiruddin
03-8870 6627 – Mohd Amir Syafizi
03-8870 6622 – Mariatul

 

Entri seterusnya aku akan kongsi Permohonan kemasukan ke universiti Jordan dan Morocco bagi yang berminat ye!

NAK PANDUAN FB ADS PERCUMA TAK? DOWNLOAD PERCUMA DI SINI (klik) show <== click Here

107 comments… add one

  • wahh nampak syarat ke sana sekarang dah longgar tak macam dulu nak banyak A je. huhu
    GodamOtak entri terbaru..Kebakaran api vs Pemadam apiMy Profile

  • Itu syarat kelayakan. Universiti kat malaysia pun longgar macam tu je. Tapi persaingan la. 4 flat pun belum tentu nak dapat amek medik. Haha
    Fahmi entri terbaru..Sedih : Avenged SevenfoldMy Profile

    • syarat kelayakan.. just tgk cukup syarat ke tak..tak cukup jgn dok gatal nak apply la kan. Lepas tu, ade lagi penapisan seterusnya kan..cam peperiksaan dan interview.

  • teringin nak ke Mesir
    samdaddycool entri terbaru..Puas kan nafsu suamiMy Profile

  • Masita

    Assalam. Anak saya minat nak study Pengajian Islam pengkhususan Bahasa Arab di Mesir. Ada suggestion utk Univ yang sesuai? Betul ke ada agen yg kata sekarang ni tak perlu ada STAM nak ke Mesir?

    • Maaf pasal universiti tu ada byk pilihan. Pasal agen tu, setahu saya boleh guna program Ulum Islami bawah tajaan Amanah rakyat. Mmg tak perlu STAM bila ambil Ulum Islami cuba saya tak jumpe lagi untuk 2012, yang ada cuba 2011 je.

  • safiuddin

    macamana nak apply buat kursus farmasi kat al azhar guna spm dan apa syaratnya. tq

  • ummu makhzan

    salam, tolong jelaskan permohonan belajar pengajian islam di mesir bagi tahun ini 2012. Saya difahamkan oleh Kem.Pengajian Tinggi bahawa tahun ini Yayasan Sofa yg akan menguruskan tentang penguusan pengajian tersebut dimana Yayasan sofa akan membuat peperiksaan kelayakan. Boleh tak bagi detail tentang peperiksaan tersebut. Bila saya hubungi jais, pihak mereka kata pelajar2 di bawah Jais akan terus dihantar ke Mesir dan tidak melalui Yayasan Sofa. Ooo saya jadi keliru. Buat masa ini laman web Kem.Pengajian Tinggi pun tidak mengeluarkan sebarang penjelasan. Harap saudara boleh membantu. jazakallah.

  • nur

    salam,Anak saya minat nak study Perubatan di Mesir. Boleh tak tolong suggestkan universiti yg sesuai?Saya sudah cari biasiswa utk perubatan tapi krg tajaan utk kos perubatan .Setahu sy JPA,MARA dan PETRONAS sahaja,ada lagi tak penaja utk kos perubatan

    • Mansuroh atau alex mungkin ok setakat ni

      • zahid haikal

        salam..ana berminat sgt dgn bidang ini..tp ana tak berkesempatan untuk menyambung pengajian..ana cuma pernah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Riau indonesia dalam bidang pendidikan & kaunseling Islam.. padapendapat anta masih bolehkah ana meneruskan pengajian …

        • Boleh asalkan ada minat nak belajar tu, sampai tua pun tak jadi masalah..

  • nur fatehah binti mazidi

    cmne nk isi pemohonan eh???….tlong ajar skit..

    • just download borang tu n print.. lepas tu isi je la seperti biasa.

  • salam nk tnye. kalo mohon yg ni ade biasiswa tak? ataupon kos permulaan kene tanggung sendiri baru apply scholars? mcm mane? TQ

    • ini hanya la untuk permohonan ke sane untuk, kira cam settlekan sendiri nak belajar di Mesir. Tapi yg biasiswa spt Zakat tu, mesti pihak zakat akan uruskan semua benda punye

  • bubble

    assalamualaikum..

    kursus kenegaraan tu biasenye brape lama dan bln brape..??
    tkut time tu tgh kat plkn..

  • Intan syamimi

    Salam , saya pelajar lepasan spm, saya berminat utk membuat farmasi di mesir, tumpang tanya , adakah mara menyediakan biasiswa untuk pelajar yg membuat farmasi di mesir , means apply untuk 2nd year ?

    • Kalo yg jenis first year pergi guna duit sendiri tu, mmg 2nd year lagi senang nak dpt biasiswa dari MARA atau jPA. Farmasi, perubatan , pergigian di Mesir rasanya ada biasiswa utk JPA n MARA

  • Cyg cgt5x...

    Salam, nux tanye, di Mesir adew x U yg menawarkan bidang ge0grafi??? Sye lepasan spm 2011 &m’gmbil subjek geo dsmping bt, Qs n Si… & alhmdulillah dpt A tok ke 4 4 subject… Sye cyg cgt2x subject Geo 2… Minx penjelasan,,,,.. Syukran Jazilan….

    • erkk, takpernah dgr plak GEOGRAFI di mesir

      • nur

        wah..byk jugk org gna nma nur ni.huhu..sy pun gna nur jugk.hehe.kpd cyg cgt5x ,,klau syg sgt2 nk lpas subjek tu better study kt malaysia je..memg x prnah org kita menaja student utk study geo kt mesir

  • raie

    hurm,nk tnye lg,mcmmne tntg terjemaham sijil lahir tu,kita kena pergi ke insitut terjemahan ke?

    • fiqa

      x prlu ke mne2 institut utk stelkn psal trjmhan 2.just submit kat agensi yg mguruskan psal smua 2 n nnt dyeorg yg akn stelkn smua 2

      • Cik Fiqa, sebenarnya banyak gi agensi yg bleh uruskan semua benda tu. Tapi mrk akan amik charge yang tinggi la.

        • izzah

          nk brursan dgn agensi tu mcmmana plak??? agensi tu sapa??
          terima kasih..

  • fyaa

    nk tya…wat pensyarah kat mesir ley ko…..lu addmath ley c+ gano?

  • shahir

    salam, permohonan ini termasuk biasiswa ke? terima kasih

    • tak.. biasiswa kena cari sendiri, ini hanyala utk kemasukan ke sana sahaja… belajar di sana kena tanggung sendiri la ye

  • ameena

    salam..
    saya nk tnya…memandangkan borang di atas adalah untuk perubatan di mesir..adakah ia merangkumi dentistry,medic and pharmacy? lagi satu seterus nye borang ni perlu di hantar ke kpt kan..

    • yes borg ni utk dentistry,medic and pharmacy,.. ermm, ni kalo nak pergi sendiri dan settlekan sendiri.. Ada je byk ejen yg leh tlg tp kena charge la sikit.

  • Azlin

    salam,biasiswa apa yg kita boleh mohon kalau kita nak apply permohonan yg ni?

    • setakat ni zakat je kot.. insya Allah.. kalo tak guna ejen settlekan KPT tu

  • hilman burnz

    assalamualaikum, nak tanya, lepas mohon ni, ade panggilan untuk temuduga ke? belajar di kuliah guna bahasa apa ya? bahasa arab atau inggeris?
    mohon reply

    • ikut kuliah ape la.. skrg dah ade ejen boleh uruskan semua ni.

  • hilman burnz

    erm, agensi mana yang diiktiraf dan boleh dipercayai ye?

  • nurashikin mohammed isa

    kalau saya nak apply dentistry boleh ke pakai borang ni?

    • boleh je sbb kat mesir ada medic, denstist, pharmacy.. tp nak lagi mudah leh ikut agent..byr perkhidmatan nnti depa settle semua.

  • LI`

    emmm kalau perubatan di mesir anggaran kos belajar(trmasuk penginapan dan makan minum) berapa? kalu permohonan berjaya ada temuduga ke? TQ

    • 6 tahun, anggaran RM158,000.. kalo termasuk penginapan dan makan minum, mahal lagi la..
      permohonan ni takde temuduga insya Allah

  • siti

    Salam,kalau tak guna agen untuk dapatkan tempat di universiti mesir, apa prosesnya yang kita perlu lakukan sendiri? Kos agensi mencecah RM10,000. tk

    • ikut KPT punye borang la.. Tapi last sekali, nanti harganya lebih kurang tu jugak.. tak caya cuba la.

      • siti

        ohh. ya ke..Ingatkan kalau setakat submit borang ke kpt cuma RM320 saja..Kos apa yang lain-lain tu? Kita kena bayar ke untuk dapat tempat di universiti mesir? RM10,000 tu untuk urusan agen saja, tak termasuk tiket kapal terbang, rumah ataupun yuran pengajian.

        • cuma kalo ejen tu lagi mudah sikit la.. kalo tak kena gi sana sini..mmg pengesahan uni semua tu la.

  • bubble

    http://maiwp.gov.my/index.php/muat-turun/borang-bantuan-zakat/category/21-tawaran-biasiswa-mesir-2012

    nk tanya, biasiswa yg sye tulis nie boleh apply hanya selepas kita buat permohonan ke mesir under kpt ke..walaupun x sure lagi kpt tu terima ke tidak permohonan kite??

  • afzan

    salam…saya nak tanya pendapat… saya tengah blaja asasi di unimas dalam bidang sains hayat. boleh tak sye memohon utk smbung blaja di unversiti al-azhar dalam bidang perubatan selepas tamat tahun asasi… ? tetapi permohonan menggunakan spm kan… terima kasih…

    • kalo cik afzan guna ejen, konfirm mmg boleh pun.. sbb guna result SPM je utk ke sana.

  • wooo~

    as salam..nk tnya… blajar kt sna kna bhasa arab ka?klo yg xmbek arab boley apply x?

    • belajar dalam bahasa inggeris. kalo ade bahasa arab jadi advantage je nanti.

  • mohd al aswad

    assalamualaikum…..ble btanya..?? apa syarat kalau nak ambil jurusan bahasa arab di mesir..?? dlm bidang pendidikan…syarat selepas spm….trima ksih..

  • hmm confuselah nak pergi mana lepas spm.perubatan atau engineering.confuse,jauh kat dalam hati memang teringin nak pergi mesir,tapi rindu pula dgn keluarga kalau berjauhan..

    • kalo mesir , buat perubatan di mesir la kan?? pe2 hal pun, ikut minat la ye.

  • assalamualaikum .. boleh bgi nama agen yg always tlg pmohon ke uni jordan x ??

  • amira

    kalu sya ambil aliran ekonomi.blh ke msuk bidang medic swasta?sy teramat-amat bidang tersebut.

  • Firdaus

    Assalamualaikum. saya baru habis program matrikulasi. saya ingin bertanya. jika saya tidak ambil subject Biologi, boleh tak saya apply utk farmasi di mesir. lagipula, utk subject fizik kimia addmath english dll saya mendptkan A dlm SPM.

    • kalo mahu belajar Perubatan, Farmasi, dan Pergigian di Mesir hanya cukup menggunakan keputusan SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya B

      • Firdaus

        no, what i mean is, kalau saya tak ambil bio utk spm ? tapi subjek science lain dpt A ? adakah masih boleh saya mohon farmasi ?

        • oh, itu tak pasti.. bleh cuba memohon, ade rezeki dapat la. Tapi dlm syarat kena ade BIO.

  • amira

    assalamualaikum wrt.
    anak saya berminat untuk belajar dibidang farmasi di mesir. Siapakah agen yang bertanggungjawab menguruskan perkara tersebut dan bagaimana saya boleh menghubunginya. TQ.

    • Cik Amira bleh cuba beberapa agensi, antaranya spt MedicMesir, AQM, Daulah Medic.

  • alyaa

    salam. tumpang tanya. dkt mesir ada kos farmasi. kaedah pembelajaran dalam bahasa inggeris atau bahasa arab? ramai pelajar disana beritahu kaedah pembelajaran disana dlm bahasa arab dan sgt tidak disarankan kalau nak amik kos farmasi. saya hanya mahu tahu lebih lanjut tentang kos farmasi disana. dan kaedah pembelajarannya. mohon reply. tq.

    • terima kasih kpd cik Alyaa krn sudi bertanya.

      di Mesir ada kos Farmasi. skrg Mesir dgn Malaysia buat MoU, so insya Allah segala pembelajaran khas utk pelajar Malaysia dlm bahasa English. Kalo yaang dlm bahasa Arab tu dia panggil G2G, skrg tak ramai org malaysia masuk sistem tu.

  • amira

    salam…nak tanya..biasiswa tok g mesir lepasan matrikulasi xde ke..

    • di mesir hny guna result SPM. Biasiswa utk zakat ada.. tp yg lain spt MARA or JPA kena tgk prosedur dan tarikh mrk,.

      • amira

        okey..trma ksih bnyk2 ye..=)

  • kay

    salam …saya lepasan spm 2010 and lepasan asasi ..boleh x saya apply medik di mesir ????bila permohonan dibuka???

  • muhammad

    adakah QAS managementagen diiktiraf ?

  • buatlah pilihan yg bijak
    Oh! budu entri terbaru..tutorial nak cantikkan blockquote untuk wordpressMy Profile

  • Mimie Qyra herry

    Salam… Klau plajar lepasan spm Tp x ambik stam boleh mohon ke al azhar x????

  • Zakaria Jaafar

    Salam..saya penjaga student medic kat mesir..tahun tiga dan dapat jpa..alhamdulillah,pergi melalui agensi dan pengurusan saja rm 10k..dan anak saudara saya pergi melalui kpt..jimat rm 10k..kalau melalui kpt,ada ke pegawai yang akan menguruskan hal ehwal pelajar semasa tahun satu atau sendiri2.. mohon penjelasan.

  • Syabab Al Islam

    Salamun alaik…sya plajar lepsan spm 2011..skrg ana smbg pngajian d klej islam..bleh tak lpas sya diploma p.islam…sya mmohon utk smbg degree ke al azhar??

  • Salamun alaik..sya skrg tngah smbg blajar d klej islam..ambl p.islam..bleh tak lpas dploma..sya phon degree ke al azhar??

  • Hamizah Abdullah

    tumpang tanya.permohonan ke Mesir bagi pelajar lepasan SPM 2012 nak buat mcam mane ea?

  • Pengembara Ilmu

    Salam..nak tanya…boleh tak kalau saya slsai dip. P.islam…sye gunakan diploma ni utk smbung degree ke ulum islamiah mesir??:)

    • ulum islamiah boleh guna agen. tp utk syariah or usuluddin perlu ada STAM.

  • Pengembara Ilmu

    Ulum islamiah dan bdang degree syariah,usuluddin berbeza tak??mhon penjelasan…:)

  • mohd afiq

    Saya nk tnya… add math & bi tu mesti dpt B ke? sekurang-kurangnya…
    tolong reply ye… :-)

  • ieya

    assaLmkom, saya lepasan stam tahun 2012 yang LaLU .. saye ingin membuat perm0h0nan ke aL-azhar .. di mana saya harus mendapat kan b0rg nye ??

  • Pengembara Ilmu

    Guna diploma untuk ke Al azhar…pengajian apa(means degree) yg boleh trima diploma???

  • hanizam

    As salam,
    nk tnya, kalu kita ingn memohon bljr di mesir bidang perubatan, mesti melalui kpt ke? atau bole melalui agen? mana yg lebih senang? sya ada bca klu melalui kpt kena duduki kelas persedian ke timur tgh dlm 1-2 tahun. kemudian bru sambung ke mesir. betul ke? tapi kalu melalui agen, juz guna result spm 2012 dh bole belajar ke mesir. mohon penjelasan. syukran…

    • ejen dan KPT sama, hanya gunakan result SPM sahaja. tetapi yang program persediaan itu selalunya dibuat oleh tajaan seperti MARA atau JPA. harap jelas.

  • siti

    salam..
    tumpang tanya kalau nk sambung medic & farmasi untuk lepasan matrikulasi ada x? apa syarat kelayakan dan result spm diambil kira jgak ke?

  • Kamaliah

    Assalamualaikum,kalau agensi undr daulah medic ok ke?dn adkh agensi ni jga diiktiraf

    • daulah medic pun ok, ramai kawan saya pun guna agen daulah medik untuk belajar di mesir..

  • taufik

    Assalam.. sya nk tnya.. boleh tak lepas sya habis diploma bhasa arab di mlysia..sya smbung degree di al azhar?

  • haziqah

    boleyh x kita apply scholarship gne spm 2 thun lepas?

  • adakah sy masih ada peluang sekiranya sy apply lg sekali.sy pelajar spm 2012 dan actually mmg dah dpt scholarship tp bidang finance yg sememangnya sy x minat sbb sy sc stream students and i was forced by parents to take this course because the name of scholarship it self.klau apply blik next year dentistry jpamara,, agaknya sy ade peluang x?

  • Assalamualaikum,
    Minta pendapat sdr…antara agensi Medikmesir dan Daulah Medik yang mana paling bagus dari segi pengurusan dan tanggungjawab menjaga pelajar di sana.

  • Assalammualaikum,

    Dari pengamatan saudara, agensi mana yg paling baik dari segi pengurusan dan bertanggungjawab sehingga akhir pembelajaran.

    Sekian, terima kasih

Leave a Comment

CommentLuv badge

Tick jika bukan spammer...