Biasiswa MARA 2012 atau Pinjaman pelajaran MARA 2012? MARA (Majlis Amanah Rakyat) baru sahaja mengumumkan pada 13 April mengenai satu program Khas untuk lepasan SPM 2011. Program khas ini dinamakan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah MARA 2012.
Entri sebelum ini Pinjaman Pelajaran MARA 2012 – Masters, Degree dan Post-Graduate adalah untuk mereka yang ambil Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah. Jadi aku berjanji akan kongsikan untuk lepasan SPM 2011 bila MARA sudah mengumumkan Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA 2012 bagi lepasan SPM 2011.
MARA menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2011 di bawah Program Ijazah Luar & Dalam Negara dan Program Cemerlang IPMa 2012 yang akan mengikuti pengajian peringkat persediaan terlebih dahulu di pelbagai institusi dan bidang yang ditetapkan MARA berdasarkan syarat-syarat di bawah:
Syarat Asas Kelayakan Permohonan
1. Pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia (salah seorang ibu atau bapa pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia)
2. Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 bagi kali pertama.
3. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
4. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.
Senarai kursus dan bidang ditawarkan MARA
1. Sila rujuk kod pada Lampiran A – Program Ijazah Luar & Dalam Negara dan Cemerlang IPMa untuk tujuan permohonan.
PERHATIAN – Program yang menggunakan kod LN0302, LN0303, LN0330, LN0331, LN0332, LN0333, LN0334, LN1801 dan LN1802 adalah merupakan program kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Syarat Minimum Kelayakan Akademik
1. Sila rujuk lampiran mengikut program yang ditawarkan bagi syarat minimum kelayakan akademik seperti di bawah:
- LAMPIRAN B – Program Ijazah Luar Negara
- LAMPIRAN C – Program Ijazah Dalam Negara
- LAMPIRAN D – Program Cemerlang IPMa
Cara Memohon Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah MARA
1. Permohonan perlu dikemukakan secara ONLINE di laman web MARA http://www.mara.gov.my mulai 16 April 2012 – 22 April 2012.
2. Borang permohonan perlu dicetak (print) dan dilengkapkan sebaik sahaja permohonan online Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah MARA 2012 dibuat dan dihantar ke alamat seperti di bawah:
Program Khas Lepasan SPM 2011
Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
3. Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu diterima pihak MARA sebelum atau pada 25 April 2012.
4. Pemohon digalakkan menggunakan perkhidmatan Pos Express ataupun perkhidmatan courier bagi tujuan penghantaran borang permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah MARA 2012 yang telah dilengkapkan.
5. Semakan keputusan berjaya panggilan temuduga bagi pemohon yang memilih Program Ijazah Luar Negara boleh disemak mulai 07 Mei 2012 di laman web MARA
6. Semakan keputusan pemohon berjaya bagi Program Ijazah Dalam Negara dan Program Cemerlang IPMa boleh disemak mulai 15 Mei 2012 di laman web MARA
7. Semakan keputusan pemohon berjaya bagi Program Ijazah Luar Negara boleh disemak mulai 01 Jun 2012 di laman web MARA
8. Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas 29 Jun 2012 adalah dianggap tidak berjaya.
Pertanyaan atau Masalah
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi seperti butiran di bawah:
Pengarah
Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
(u.p: Unit Penajaan Program Khas)
Telefon : 03-2613 2110 / 2075 / 2044 / 2045 / 2050 / 2051 / 2065
Waktu pejabat : 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Email : infobpp@mara.gov.my
Tarikh tutup MARA : 25 APRIL 2012
Tambahan
Adakah anda layak untuk memohon Pinjaman Boleh Ubah MARA 2012? Sudah tiadakah lagi biasiswa MARA 2012 atau MARA scholarship 2012? Persoalan ini untuk anda jawab di ruangan komentar dibawah.
sumber info : MARA GOV




Peluang belajar Perubatan di CUCMS untuk lepasan SPM
budakserius April 14, 2012 at 11:32 am
Akhirnya persoalan MARA terjawab.HAHA
budakserius entri terbaru..Makanan Mewah Di Perancis Ini Proses Pembuatannya Sungguh kejam
muazfaris April 14, 2012 at 11:30 pm
yups, akhirnya kan
nikpc April 14, 2012 at 12:03 pm
Berapa peratus ye jumlah yg perlu dibyar balik bg plajar yg dpt pinjaman boleh ubah mara ni? atau perlu dibyar kseluruhan?
muazfaris April 14, 2012 at 11:31 pm
dengar citer ikut pencapaian kita, kalo kita score bila di U atau asasi, nanti jumlah yg perlu di bayar pun kurang.
Anthoneo April 18, 2012 at 9:09 am
Ada x kemungkinan memang x perlu byr apa2 langsung…kalau keputusan cemerlang sangat2
muazfaris April 18, 2012 at 9:33 pm
insya ALlah ada.
anon April 15, 2012 at 9:01 am
“PERHATIAN – Program yang menggunakan kod LN0302, LN0303, LN0330, LN0331, LN0332, LN0333, LN0334, LN1801 dan LN1802 adalah merupakan program kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).”
Boleh tau x ape maksud kerjasama tu? kirenye interview by mara ke jpa?
anon April 16, 2012 at 9:49 am
xde pn permohonan on9 kt web mara??? isi ktne?
muazfaris April 16, 2012 at 11:32 am
ade lah.. dia tak bukak lagi kot sebab website gaya cam tgh down je tgk.
saiful April 16, 2012 at 4:29 pm
Saya dah call MARA..InsyAllah after 6 pm nnt borang online keluar..
muazfaris April 16, 2012 at 6:00 pm
tepat jam 6.00ptg ketika aku balas komen ni.
matt April 16, 2012 at 2:32 pm
Lama dah cari kat website MARA,tempat permohonan blom bukak2 lagi la.
muazfaris April 16, 2012 at 5:58 pm
dia kuar info, aku cari gak ni.. takde pun muncul.
ezatie April 16, 2012 at 3:16 pm
kalau dh dpt pinjaman mara ni, kite blh tolak tak?kena black list tak?
lagi satu kalau kite nak mohon pinjaman untuk dalam negara, ade interview tak?
muazfaris April 16, 2012 at 5:59 pm
kalo black list tu tak pasti.. tp interview selalunya ada la..
halim April 16, 2012 at 3:26 pm
slm…nk tnye…boleh x apply dua2 mara n jpa??
muazfaris April 16, 2012 at 6:00 pm
kalo layak, insya Allah boleh je
Khai June 6, 2012 at 9:48 pm
tak boleh. Hanya boleh apply salah satu shj.
eclipsesweet April 16, 2012 at 4:47 pm
kenapa tak ada pon borang pemohonan pinjaman ni kat website mara?
eclipsesweet entri terbaru..how my future will be…. ?
muazfaris April 16, 2012 at 6:06 pm
MARA kata akan kuarkan borang kul 6 ptg.
ineiza April 16, 2012 at 5:31 pm
xde pon.sy pon x jumpe …
muazfaris April 16, 2012 at 6:06 pm
tunggu je, esok konfirm kuar, insya Allah
ainurazmira April 16, 2012 at 6:24 pm
penat tunggu dari hari keluar result spm lagi..harap2 berbaloi!!amiiinn
muazfaris April 16, 2012 at 7:00 pm
berbaloi?? hehe, cam target paling banyak je..kehkehkeheeeeee
ainurazmira April 16, 2012 at 8:18 pm
hahaha..
muazfaris April 16, 2012 at 8:38 pm
pe yg lawak nye?
ainurazmira April 16, 2012 at 8:45 pm
takde lah perkataan berbaloi tu mmg macam target byk!!ishh pening fikir course ape nak amek
luqman April 16, 2012 at 7:51 pm
abg..sya nk tmpg tnya, klau2 abg thu apa2…spttny hri ni dh buka utk pmohonan on9 mara tu..tp, bla cek, dia srh key in code kursus yg kta nk dlm ruangan gmbar. tgok2 kt ruangan gmbar tu tkde pn tmpat nk isi kod kursus.. cmne ek? blur sy..
muazfaris April 16, 2012 at 8:38 pm
belum lagi la tu.. tunggu sehari dua
sarah April 16, 2012 at 7:58 pm
mana boranf nak kena isi? Kate kul 6ptg kuar. Td saya dh call MARA dia ckp website rosak dari pagi
muazfaris April 16, 2012 at 8:38 pm
selalu camni.. kena tunggu lagi dua tiga hari la nampak nye
noradrenaline April 16, 2012 at 9:02 pm
sure ke bleh mohon both jpa ngn mara?sbb rmai ckp kne apply either one..huhu
muazfaris April 16, 2012 at 9:40 pm
better neither one la.. n kalo bumiputera lagi bagus apply MARA .. sbb JPA kena compete sikit la nanti.
nani April 16, 2012 at 9:34 pm
nak tnye, boleh ke apply both jpa and mara?
muazfaris April 16, 2012 at 9:41 pm
better pilih satu je la senang.. n pilih yg lagi confident utk kita dapat.
aiman April 16, 2012 at 10:10 pm
malam ni jam 10.11 saya check lagi. Info yang petang tadi ada, tetiba dah tak ada lagi!! Sebenarnya, bila le kita boleh apply nih??
muazfaris April 16, 2012 at 10:27 pm
tak tahu la nak kata camne.. tunggu je la dari MARA.
iha April 16, 2012 at 10:36 pm
sgt bgs~ thanx~
Abang Arief April 17, 2012 at 1:46 am
Abang muaz hot hari ni~
anon April 17, 2012 at 10:56 am
klu kite dh print borang permohonan 2 xyah isi permohonan on9 pn xpe kn? isi tgn je. huhu
aien yatt April 17, 2012 at 5:25 pm
bole bg aq link x…nape aq xjmpe pon
muazfaris April 17, 2012 at 6:58 pm
link ape ni?? mara gov my
kyung April 17, 2012 at 10:20 pm
cmne nk batalkan permohonan sy kt jpa ek? sy dh ter-lanjur isi..igtkn mara xde..ayooo skrg nk mohon mara dh xdpt.mst kne batal jpa dlu bru dpt.
syira April 18, 2012 at 11:57 am
http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/panduanMemohon.php?program=JKPJ&auth=8203 pergi ke link ni dan klik hubungi kami kat tab navigasi atas tu. lepas tu call talian teknikal dan batalkan permohonan.
muazfaris April 18, 2012 at 9:36 pm
terima kasih krn sudi membantu.
syira April 18, 2012 at 11:53 am
assalamualaikum saya nak tanya agak2nyer berapa nilai pinjaman yang diberikan oleh mara kalau saya apply course engineeering luar negara? macam mane pulak ngan biasiswa jpa program tajaan khas kejuruteraan di negara bukan berbahasa inggeris? harap dapat berikan jawapan dan kongsi pandangan.
lisa April 18, 2012 at 1:21 pm
sebenarnya sy tak fhm dgn pinjaman boleh ubah mara ni , pinjaman ni untuk pelajar yg cemerlang spm je ke atau tak ? sbb bila sy tgk kritea calon yg layak memohon , takda pula nyatakan pasal result , lg satu , apa sbb kita kena mohon pinjaman ni .
pinkygirl April 18, 2012 at 4:31 pm
mcm mana nak tahu maksud setiap kod2 yg disedia kan?
sarah April 20, 2012 at 8:03 pm
Bahagian essay tu kay borang permohonan, kena tulis tangan or typed out?
muazfaris April 20, 2012 at 11:49 pm
better kompuer, nampak cam pro sikit la kan.
therealwaniptra April 21, 2012 at 1:38 am
hello (: pasal sesiap yg nk batalkan prmohonan program khas tu juz back to log in page n klik ‘masalah log masuk’n automatik ada option utk PEMBATALAN (: harap saya membantu
ineiza April 21, 2012 at 1:39 am
ap maksud tindikan matematik? ad lam snarai course yg ditawarkan
aira April 26, 2012 at 11:47 pm
tolong la..mnx tolong sgt2..tau x mcm mne lau terlepas tarikh ni?nk mohon,tp terlambat..mcm mane ni..;’(
muazfaris April 27, 2012 at 12:07 am
mmg tak bleh buat ape.. pegi la ke pejabat MARA.. tu pun peratus cam 1% je..
anis May 7, 2012 at 5:56 am
abg muaz, keputusan senarai yg brjaya utk temu duga keluar hari ni kan? (7/5)
muazfaris May 7, 2012 at 9:16 am
yup . MARA n UPU kuar hari ini.
anis May 7, 2012 at 9:52 am
pukul brapa keluar keputusan?
muazfaris May 7, 2012 at 11:00 am
tak pasti la .. bergantung pada MARA .
shafiera May 9, 2012 at 9:40 am
salam, tumpang tanye ,
1. betulke tk de effect klu kte tak pegi intebiu PILN mara 2012 ?? sbb sye dah terikat dgn asasi UPM ..
– dah nk kne msk upm 17may ni, tp keputusan PILN tu kuar 2 jun nti–
jadi, mcm mner ek??
shafiera entri terbaru..the DECISION
muazfaris May 9, 2012 at 10:49 am
interview PILN mara bkn 10 Mei ke?
terpulang la, kalo sudah mahu masuk UPU .. silakan .. kena tgk UPM kasi ke tak. Ade setengah tu U tak benarkan tawaran lain.
nur adilah May 14, 2012 at 12:47 pm
salam….leh x nk tnya..kalo kte dh trima twaran upu,ada x hrapan ag untk dpt twaran mara…??atau mara x kn plih ag lpas kte dh trime upu?? hrap dpt mmbantu..terima kasih
muazfaris May 14, 2012 at 1:30 pm
ade sbb UPU n MARA dua benda yg lain ye!
amira May 15, 2012 at 9:20 am
6. Semakan keputusan pemohon berjaya bagi Program Ijazah Dalam Negara dan Program Cemerlang IPMa boleh disemak mulai 15 Mei 2012 di laman web MARA
takde pon kat website mara… huhuhu
muazfaris May 15, 2012 at 12:03 pm
tak keluar lagi la tu, selalu nya sehari selepas sbb faham-faham je la ye.
Nuri May 23, 2012 at 11:16 pm
Tumpang tanya. MARA ada pinjaman untuk pre-university program tak ? Mcm A-Level , AUSMAT, etc…
muazfaris May 24, 2012 at 8:51 am
ade
FarahJumadi June 16, 2012 at 8:52 pm
maknenye program ni kite kene apply lpas tu die y tetapkan la kite pny petempatan die? Bole apply due2 u PILN &PIDN ?
Harap2 bole tolong updatekan skali peluang penddkn u lepasan spm 2012. TQ
muazfaris June 17, 2012 at 7:37 am
cik Farah calon SPM 2012 ke??
ermm, MARA dia kena apply dan ada 2 choice, kalo di shortlisted akan di interview plak.
Dyjah June 25, 2012 at 7:58 am
Salam. nak tanya. Apa maksud program kerjasama jpa-mara tu?
muhammad azrul July 12, 2012 at 9:22 pm
Salam …
saya muhammad azrul . saya nak memohon pinjaman pelajaran boleh ubah dari MARA . Sebabnya saya nak belajar . memerlukan wang ringgit.
muazfaris July 13, 2012 at 12:31 am
boleh terus mintak pada MARA bila permohonan dibuka.
syud July 14, 2012 at 9:33 pm
pinjaman mara dah tutup ke
muazfaris July 15, 2012 at 10:19 pm
utk lepasan SPM dah tutup. :p
azri July 30, 2012 at 1:36 pm
salam bro…untuk lepasan dip dah tutup jgk ke tarikhnya
ika November 9, 2012 at 5:06 pm
saya nak tanya..saya ‘check’ status permohonan saya untuk pinjaman mara bagi Sarjana di web ‘eEduloan’ dan keputusan ‘Anda ditawarkan Pinjaman Pelajaran Mara… tapi macam mana saya nak cetak surat tawaran ni? atau sahkan saya menerima tawaran ini?
Tiada arahan cetak surat tawaran di keluarkan dan paparan dalam sistem hanya ‘Muat Turun Pdf Reader’ sahaja..
any idea x?
tqsm