Permohonan Program Diploma PPUM 2012 secara online

Pendidikan

Permohonan Program Diploma PPUM 2012 secara online | Info untuk Permohonan Online Program Diploma PPUM 2012 bagi lepasan SPM 2012. Korang boleh mula buat permohonan Diploma PPUM 2012 kerana tarikh tutup hampir tiba.

Nama program ditawarkan di PPUM :

1. DIPLOMA KEJURURAWATAN
2. DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
3. DIPLOMA RADIOGRAFI

Syarat umum untuk program PPUM

1. berumur 18 hingga 30 tahun
2. lelaki dan perempuan
3. bujang
4. tempat pengajian di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur
5. tajaan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur
6. tempoh program : 3 tahun (full time)

Syarat kelayakan akademik

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan memperolehi :-

(a) Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris, dan Matematik SERTA

(b) Bagi Program DIPLOMA KEJURURAWATAN memperolehi kepujian bagi dua mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran adalah Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi)

(c) Bagi Program DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)

(d) Bagi Program DIPLOMA RADIOGRAFI memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi)

Taraf Kesihatan

Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti latihan.

Ikatan perjanjian

Calon-calon yang berjaya menamatkan program akan dianugerahkan Diploma dalam bidang masing-masing dan dikehendaki berkhidmat dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya selama 5 tahun.

Tarikh buka permohonan : 26 Mac 2012

Tarikh tutup permohonan : 8 April 2012

Tarikh permulaan program : 2 Julai 2012

Cara Memohon Program Diploma PPUM 2012

1. Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja melalui http://spp.ummc.edu.my atau melalui laman web kami di http://www.ummc.edu.my dengan mendapatkan ID PPUM berharga RM5.00 di Bank Simpanan Nasional untuk membuat permohonan (termasuk RM1.00 caj perkhidmatan Bank Simpanan Nasional) mulai 26 Mac 2012 sehingga 8 April 2011.

2. Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan baru atau salinan kad pengenalan baru pemohon untuk mendapatkan ID PPUM. Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan dan ID PPUM perlulah dirahsiakan.

3. ID PPUM juga boleh digunakan untuk menyemak status permohonan melalui laman web PPUM mulai 16 April 2012 hingga 20 April 2012. Keputusan temuduga akan diumumkan mulai 28 Mei 2012 sehingga 1 Jun 2012.

Perhatian

Hanya calon yang disenarai tapis sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.

Info lanjut tentang Permohonan Program Diploma PPUM 2012 secara online

1. Maklumat lanjut dan info > IKLAN PERMOHONAN Diploma PPUM 2012
2. Lihat PANDUAN PENGGUNAAN APLIKASI PERMOHONAN PPUM 2012
3. Sebelum memohon lihat juga > SOALAN-SOALAN LAZIM

Masalah atau pertanyaan :

Talian : 03-79492099 / 03-79493210 / 03-79494240
E-mel : spp@ummc.edu.my
Laman web : http://spp.ummc.edu.my/

Adakah anda berminat juga dengan permohonan diploma kejururawatan 2012.. selamat memohon Program PPUM 2012 ini!!

*terima kasih kepada yang menegur, maklumat ini telah dikemaskini kepada maklumat terkini 2012!

28 comments… add one

  • toyrus

    rasanya ada kesilapan maklumat dlm iklan diatas. syarat kelayakan bagi diploma kejururawatan adalah Bagi Program (1) memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran dan salah satu
    mata pelajaran adalah Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan dalam mata
    pelajaran Biologi)..rujuk iklan terbaru di sini http://www.ummc.edu.my/forms/Iklan%20program%20diploma%20PPUM%202012.pdf

    • eh, ada gak org teliti betul2.. terima kasih sangat2 tuan toyrus.. sudah saya betulkan.

      • dhaisha

        bila pendaftaran untuk 2013?

  • myzura

    as salam,,saya trsalah bg mklumat,,bm sy A-..tp sy tlis A..mcm ane nk tkar kn,,plesss,,,

  • mina

    kalau x print lepas klik hntar mcm mna plk?

  • keisha

    salam……… sy nk bukak web ummc pun xbley, cmne nak apply? today is the last day..huk6

  • miraff

    salam, macam mane nk check permohonan eyh?

  • NABILA BALQIS

    boleh saya tahu intake terbaru bulan berape ye

  • rozel

    SALAM…boleh saya tahu bila intake baru? saya dipahamkan ada intake baru bln 7 ni betul or x?

  • Rozita Bt Fasfansuri

    Assalam. Boley taw bila intake pelajar baru akan dibuka lg?

  • faeizah

    salam , nak tanya kebiasaanyer pembukaan online pada akhir bulan april hingga awal bulan lima shaje ke?kalau untuk tahun 2013 rasanyer bulan berapa permohonan secara online dibuka…….boleh bagitau tak..

  • nadzirah

    bila permohonan buka utk lepasan SPM 2012?

  • nadzirah

    tapi..selalu nye permohonan buka bila?

  • eyna

    saya nak tanya,bila lg ada pengambilan diploma jururawat tahun ni?…

  • khalilah

    Salam. untuk budak SPM lepasan 2012. Takde ke ? untuk sesi 2013/2014 ? Harap jawab soalan saya :D

  • arenys

    salam.. nk tny.. bilakah tarikh permohonan ppum untk lpasn spm 2012 dbuka dan dtutup??

  • EIYRA

    SAlam..bile pmohonan utk lpasan spm 2012 d bka,, tlong bgtaw yee,,tkut terlpas

    • baik lah.. follow fanpage pendidikan, insya Allah ada pengumuman nya di sana.

  • NUR SUHADA

    sye dh mohon ppum & dpt pggln utk temu duga..tapi umur belum genap 18 tahun..bley saya pergi temu duga tersebut??

  • salam.. bilakah kptsn temuduga akan tahu?? 25 ni or 27??

  • anis

    salam.. bilakah kptsn temuduga akn keluar?? 25 or 27 ni?? kekonfiusan berlaku,,hehe

  • sabihah

    bila tarikh permohonan diploma jururawat ppum untuk tahun 2014?

  • najihah

    kalau bg lepasan spm 2013 dah boleh buat permohonan secara online ke belum untuk memohon kemasukan di PPUM ni.

Leave a Comment

CommentLuv badge

Tick jika mahu update PERCUMA


Tip Rahsia Bina Website daripada saya!

Sebentar! Mahu tak saya kongsikan tips rahsia bina website dalam bentuk ebook?

Sila masukkan nama dan emel aktif anda di bawah untuk saya hantarkan tips rahsia ini kepada anda..

Maklumat anda 100% selamat.

Tip Rahsia Bina Website daripada saya!

Sebentar! Mahu tak saya kongsikan tips rahsia bina website dalam bentuk ebook?

Sila masukkan nama dan emel aktif anda di bawah untuk saya hantarkan tips rahsia ini kepada anda..

Maklumat anda 100% selamat.