Semakan Temuduga Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2012

Header PILN 2012 MARA

Semakan Keputusan Panggilan Temuduga Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2012 telah dibuka untuk semakan bermula 8 Mei 2012 bagi yang memohon Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah MARA 2012 untuk Lepasan SPM.

Selepas Keputusan UPU diumumkan 7 Mei, kini Interview Program Ijazah Luar Negara PILN di bawah MARA pulak diumumkan 8 Mei. Tahniah diucapkan bagi yang yang disenarai pendek oleh pihak MARA untuk ke Temuduga Program Ijazah Luar Negara (PILN).

Yang pastinya, ramai yang akan mencari tips temuduga, perihal interview MARA, dan soalan-soalan yang bakal ditanya semasa temudaga MARA PILN. Insya Allah, aku akan cuba kongsikan di sini mengikut petua dan tips daripada mereka yang telahpun diinterview MARA pada 2010, 2011, ataupun 2009.

Banner Semakan Temuduga Program Ijazah Luar Negara

Cara semak temuduga Program PILN 2012

1. Layari klik pautan SEMAKAN TEMUDUGA PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA (PILN) 2012.

2. Masukkan No. Kad Pengenalan anda . Contoh : 941526108790 dan klik MASUK.

Jika berjaya, TAHNIAH anda akan mendapat Slip Tawaran Temuduga berserta Kod Program dan tempat anda akan ditemuduga.

Andai tak berjaya, boleh la memohon rayuan PILN 2012 bermula 1 Jun 2012 di laman web Rasmi MARA GOV MY.

Masalah atau pertanyaan :

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi:-

Unit Penajaan/Unit Dasar & Pembangunan ICT
Telefon: 03-261 32044/32045/32050/32051/32065 (8am – 5pm) atau Email: [email protected]

Tambahan

Aku mahu ucapkan tahniah kepada semua rakan lepasan SPM 2011 yang berjaya mendapat dan bakal hadir ke Temuduga Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2012 pada 10 Mei 2012 ini.

Insya Allah, akan aku cuba kongsikan sedikit tips temuduga MARA 2012 pada entri seterusnya bergantung pada masa dan teknikal memandangkan blog Muazfaris baru sahaja suspend untuk tempoh masa 2 hari.

Selamat maju jaya. Moga entri ini membantu untuk semak interview MARA Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2012.

Dapatkan update TERAWAL !

Sertai dan dapatkan artikel terkini terus masuk ke inbox anda

Comments

  1. says

    Thanks for the info, tapi mcm mane ehh nak download borang permohonan dia? Nanti time interview kena bawak kan ?
    hari tu tak sempat nak hantar dgn essay semua . hee

  2. shahir samad says

    assalam, saya nak tanya, ape kemungkinan mara akan terima rayuan permohonan ijazah luar negara, sbb permohonan saya telah ditolak, harap kamu dapat membantu..
    terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Tick jika mahu update PERCUMA