Permohonan Program Khas JPA ke Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

Biasiswa
 

Maaf kerana lambat untuk kongsikan mengenai Permohonan Program Khas tajaan JPA Luar Negara ke Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Permohonan Program Khas ini telahpun dibuka 2 hari lepas dan berlangsung selama 7 hari.

Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman ini telah pun diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dalam Kenyataan Akhbar Program Penajaan JPA bagi Lulusan SPM 2011 -  Entri sebelum ini.

Apa itu Program khas JPA 2012?

Program Khas adalah program penajaan JPA bagi pelajar lepasan SPM 2011 ke negara Jerman, Perancis, Jepun dan Korea serta bidang yang akan ditaja JPA hanyalah dalam bidan KEJURUTERAAN | ENGINEERING.

Syarat-syarat Permohonan Tajaan Program KHAS Jpa

Syarat UMUM

1. Warganegara Malaysia.

2. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2011

3. Mempunyai kesihatan yang baik dan t idak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

Syarat-syarat Khusus Permohonan

1. Kejuruteraan Jerman

Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam lapan (8) matapelajaran berikut:

Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Moral, Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral, Bahasa Inggeris, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan; dan

mendapat sekurang-kurangnya A- dalam mana-mana satu matapelajaran.

2. Kejuruteraan Perancis

Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam lapan (8) matapelajaran (rujuk atas)

3. Diploma Kejuruteraan Jepun

(Diploma Kejuruteraan Jepun dan berpeluang ke Peringkat Ijazah Pertama)

Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam lapan (6) matapelajaran berikut:

Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Moral, Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral, Bahasa Inggeris, Fizik, Kimia, Matematik, dan

mendapat sekurang-kurangnya B+ dalam (2) matapelajaran, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris.

4. Diploma Kejuruteraan Korea

(Diploma Kejuruteraan Korea dan berpeluang ke Peringkat Ijazah Pertama)

Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dan B+ (sama seperti di Jepun)

*Calon yang mempunyai asas dalam bahasa Jerman, Perancis, Jepun, dan Korea adalah digalakkan memohon.

Cara Memohon :

1. Permohonan boleh dibuat secara online di http://esilav2.jpa.gov.my mulai 16 hingga 22 April 2012 (tujuh hari).

2. Mendaftar kata laluan (Password) terlebih dahulu sebelum boleh memohon secara online.

3. Pemohon hendaklah membaca dan memahami kesemua panduan dan syarat-syarat yang ada disediakan di laman web JPA terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

Tarikh Tutup : 22 April 2012

Tambahan

Sesiapa yang berminat nak jadi engineer serta mahu belajar Luar Negara dengan kualiti dari Negara seperti Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Memang sangat sesuai untuk memohon Permohonan Tajaan Khas JPA 2012 ke Luar Negara. Mungkin boleh layan K-Pop jika ke Korea?

Terima kasih kepada ESILAV JPA GOV MY untuk sumber ASLI.

[ads] Teknik terkini BOOST POST FB Ads ? Baca di sini Teknik Rahsia dapat klik RM0.01 FB Ads (klik)

[ads] NAK PANDUAN FB ADS PERCUMA TAK? DOWNLOAD PERCUMA DI SINI (klik)

show <== click Here

15 comments… add one

  • semoga berjaya buat mereka2 yg memohon .. . untung klu dpt belajar di negeri org.. . :)
    Negeri orang sememangnya indah.. . . :) :)
    MDHAFiZ.NET entri terbaru..Permohonan Program Ijazah Luar & Dalam Negara Tajaan MARA 2012My Profile

  • peluang baik untuk belajar luar negeri dengan tajaan JPA

  • kate

    when will the results come out for this program?

  • Halimatus

    dah keluar result 2Mei , check kat esila.

    • ok terima kasih Halimatus utk info ini, akan di update se segera mungkin.

  • jg

    bilakah keputusan temuduga akan di umumkan?

  • ejam

    saya nak tanya , biasiswa ni percuma atau pinjaman ..?

  • HW Ko

    bila dan dimana boleh dapat keputusan rayuan?

  • eyrajamal

    tahu tak platform untuk lepasan diploma ke ijazah kejuruteraan di korea mcam mana?? ples respon..

  • mai

    course medic ade x kt korea atau jepun?

    jpa taja tak tuk medic di korea atau jepun??

    • itu saya tak pasti, jarang dengar,, kalo ada pun dlm bahasa korea atau jepun

Leave a Comment

CommentLuv badge

Tick jika mahu update PERCUMA


Tip Rahsia Bina Website daripada saya!

Sebentar! Mahu tak saya kongsikan tips rahsia bina website dalam bentuk ebook?

Sila masukkan nama dan emel aktif anda di bawah untuk saya hantarkan tips rahsia ini kepada anda..

Maklumat anda 100% selamat.

Tip Rahsia Bina Website daripada saya!

Sebentar! Mahu tak saya kongsikan tips rahsia bina website dalam bentuk ebook?

Sila masukkan nama dan emel aktif anda di bawah untuk saya hantarkan tips rahsia ini kepada anda..

Maklumat anda 100% selamat.