Semakan Keputusan ke TEVT POLITEKNIK dan ILKA 2012

Semakan Keputusan ke TEVT POLITEKNIK dan ILKA 2012

Semak Keputusan TEVT dan ILKA 2012. Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke TEVT (Politeknik) dan ILKA (Institut Latihan Kemahiran Awam) 2012 bagi Lepasan SPM / Setaraf dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi sesi akademik 2012 / 2013 boleh mula di semak bermula 30 Mei 2012.

Entri ini juga ada kaitan dengan Semakan Keputusan UPU bermula 7 Mei (Kemasukan IPTA / Politeknik Premier) dan UPU Fasa 2 yang mana lepasan SPM sangat ternanti-nanti keputusan UPU.

Info TEVT dan ILKA 2012

TEVT ialah Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) yang melibatkan 28 Politeknik seperti :

1. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
2. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah
3. Politeknik Kota Bharu, Ketereh, Kelantan
4. dan banyak lagi.

ILKA ialah Institusi Latihan Kemahiran Awam melibatkan agensi-agensi berikut :

1. Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)
2. Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)
3. Jabatan Pembangunan Kemahiran
4. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
5. Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
6. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Semakan Keputusan Ke TEVT Politeknik dan ILKA 2012 boleh melalui 2 cara, semakan online atau semakan SMS

Semakan Online TEVT ILKA 2012

1. Layari Pautan LAMAN WEB RASMI PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA,TEVT & ILKA dan masukkan No. Kad Pengenalan / MyKAD.

2. Jika berjaya, anda perlulah membuat pengesahan penerimaan tawaran di laman web ILKA. Cetakan surat tawaran pun pada tempat yang sama.

Semakan SMS TEVT ILKA 2012

Taip UPU TEVTILKA [No KP] dan hantar ke 15888. contoh : UPU TEVTILKA 941230145001.

Rayuan permohonan

Bagi mereka yang tidak berjaya ke Institusi Latihan TEVT & ILKA sesi 2012 / 2013, boleh membuat permohonan Rayuan ke TEVT (Politeknik) dan ILKA (Institut Latihan Kemahiran Awam) dalam tempoh 14 hari selepas keputusan diumumkan.

Pertanyaan atau Permasalahan

BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR,
ARAS 4, NO.2 MENARA 2,
JALAN P5/6, PRESINT 5,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62200 W.P.PUTRAJAYA

Talian Am : 03-8870 6755 / 6766 / 6778
Faks : 03-8870 6864
Helpline UPU : 03-8870 6777
E-mel : [email protected]
Hot Line UPU : 03-8870 6767

Tambahan

Aku mahu ucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya ke Institusi Latihan TEVT & ILKA sesi 2012 / 2013. Jika tidak berjaya, peluang rayuan ke TEVT & ILKA masih terbuka luas.

Semoga entri Semakan Keputusan ke TEVT POLITEKNIK dan ILKA 2012 banyak membantu pelajar lain terutamanya Lepasan SPM 2012. Sudahkah anda menyemak status keputusan ke TEVT Politeknik dan ILKA 2012?

Get Fresh Content Delivered.

Join and get free content delivered automatically each time we publish.