Tarikh Keputusan Permohonan UPU kemasukan sesi Akademik 2012/2013

Bilakah Tarikh Keputusan Permohonan UPU kemasukan sesi Akademik 2012/2013 diumumkan?

Bagi lepasan SPM, SKM, Matrikulasi, Asasi, STPM dan setarafnya sesi akademik 2012 / 2012, rasanya semua sedia maklum bahawa Permohonan Online untuk Isi Borang UPU telah pun ditutup secara rasminya pada 2 April.

Tidak perlu lagi untuk korang buat sebarang permohonan UPU. Dan bagi sesiapa yang terlepas..rasanya tempoh dari 4 Januari ke 2 April 2012 adalah tempoh yang sangat lama.

Apa seterusnya?? Apa persoalannya sekarang?

Mestilah korang semua yang lepasan SPM, SKM, Asasi, Matrikulasi, STPM dan setarafnya akan tanya… Bila akan diumumkan Keputusan Permohonan UPU sesi akademik 2012/2013?

Sebelum aku jawab soalan itu, aku ajak korang lihat balik entri-entri aku yang sebelum ni berkaitan dengan UPU + SOAL JAWAB + PERSOALAN + TIPS.

Ada yang sampai 98 komen.. rata-rata semua nak tanya permasalahan berkaitan UPU.

1. Isi Borang UPU – Soal Jawab
2. Permohonan Online UPU mulai 9 Januari
3. Tips Isi Borang UPU fasa 2 online
4. Permasalahan Kehabisan Peluang Kemaskini borang UPU
5. Nama Tertukar Dengan orang Lain dalam UPU
6. Permasalahan Tahun SPM dan Angka Giliran Tiada semasa mohon UPU

Keputusan Permohonan UPU 2012 akan diumumkan tidak lama lagi. Jom lihat pula bilakah tarikh keputusan Permohonan UPU fasa 2 2012 akan diumumkan..?

Tarikh Keputusan Permohonan UPU kemasukan sesi 2012

1. Bagi calon lepasan SPM untuk kemasukan ke Asasi dan Diploma IPTA/Politeknik Premier, hebahan keputusan pada minggu pertama bulan Mei.

2. Bagi Lepasan STPM/Asasi/Matrikulasi untuk kemasukan ke ijazah, pada minggu kedua bulan Julai.

3. Bagi kemasukan ke Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA ialah pada minggu ke empat bulan Mei.

Jadi aku khususkan untuk lepasan SPM, boleh lah korang tahu keputusan permohonan UPU korang… adakah korang layak untuk masuk atau tak ke program Asasi atau Diploma IPTA/ Politeknik Premier pilihan bidang yang korang nak tu.

Cara dapat tahu keputusan Permohonan UPU kemasukan sesi 2012

Usah risau, anda akan mendapat surat tawaran terus ke rumah anda.. tanpa perlu bayar sebarang kos penghantaran pos. Jadi, kerja korang untuk dapatkan keputusan kemasukan Sesi akademik 2012 / 2013 hanya lah duduk dalam rumah je.

Selamat maju jaya. Moga semua boleh merancang selepas tahu tarikh bila Keputusan Permohonan UPU kemasukan sesi akademik 2012/2013 bakal diumumkan ye.

Selamat maju jaya selepas Keputusan Permohonan UPU diumumkan.

Define Google :

result spm 2013 keluar bila, keputusan spm 2013 bila keluar, tarikh keluar keputusan spm 2013, permohonan upu, tarikh keputusan spm 2013 keluar

{ 161 comments… add one }

Leave a Comment