Tawaran Biasiswa Mesir MAIWP 2012 | Permohonan Biasiswa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi mengikuti Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara (MESIR) pengambilan baru sesi 2012/2013.
Entri Biasiswa Mesir 2012 zakat wilayah persekutuan oleh MAIWP adalah rentetan dari post aku sebelum ini, Permohonan Kemasukan ke Universiti di Mesir Sesi Akademik 2012/2013.
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STAM) tahun 2011 dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat tahun 2011 untuk memohon biasiswa tajaan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Luar Negara Tahun Pertama sesi 2012/2013 Universiti-Universiti di Mesir.
Penempatan pusat pengajian HANYA melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sahaja yang layak dipertimbangkan untuk memohon Biasiswa Baitulmal MAIWP.
Program dan institusi yang ditaja adalah seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Universiti-Universiti Al-Azhar & Maahad Qiraat Al-Azhar)
- Ijazah Sarjana Muda Perubatan / Pergigian / Farmasi (Universiti Al-Azhar, Universiti Iskandariah, Universiti Kaherah & Universiti Ain Syam)
Syarat UMUM
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin dan masih di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 3 tahun.
- Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
- Bersedia berkhidmat dengan MAIWP untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun sekiranya ditawarkan (atas keperluan).
Syarat Kelayakan Akademik
-
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) memperolehi sekurang-kurangnya mendapat 5 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan / keputusan peperiksaan CGPA 2.75 dalam Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat dari Darul Quran JAKIM atau mana-mana kolej/universiti yang setaraf dengannya serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhimatan Awam (JPA).
-
Ijazah Sarjana Muda Perubatan / Pergigian / Farmasi
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperolehi sekurang-kurangnya mendapat Gred A- dalam 6 mata pelajaran (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Biologi, Fizik & Kimia).
Calon yang tidak layak memohon
- Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
- Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi/ asasi sains/ pra-universiti/ alpha / foundation.
- Pegawai yang sedang berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan Awan atau Swasta dan diluluskan cuti separuh gaji.
- Pelajar yang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa.
- Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
Cara Memohon Biasiswa Mesir MAIWP 2012
- Borang permohonan boleh didapati bermula 9 April 2012 dengan memuat turun dari laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) www.maiwp.gov.my. atau hadir ke pejabat kami di Bahagian Baitulmal MAIWP di Tingkat 5, Unit Pembangunan Akademik IPT, Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
- Muat turun Borang Bantuan Zakat wilayah Tawaran Biasiswa Mesir 2012
Tarikh Tutup Permohonan : 30 April 2012
Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan-salinan dokumen berkaitan yang telah disahkan mestilah dihantar ke:
Bahagian Baitulmal,
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Unit Pembangunan Akademik (IPT)
Bangunan Daruzzakah, Tingkat 5,
Lorong Hj. Hussein 2,
Off Jalan Raja Muda, 50300 Kuala Lumpur
PERHATIAN
Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga. Calon- calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
Masalah atau pertanyaan
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini, sila hubungi talian: 03-26175222 samb. 216/224/213 (Unit Pembangunan Akademik IPT) waktu berkerja.
Aku pelawa semua lepasan SPM 2011 yang baru baca tentang KENYATAAN AKHBAR PROGRAM PENAJAAN JPA BAGI LULUSAN SPM 2011 untuk membuat permohonan segera bagi Tawaran Biasiswa Mesir MAIWP 2012 ini.
sumber : MAIWP GOV MY



Denaihati April 11, 2012 at 4:25 pm
tawaran biasiswa yg baik berbanding pinjaman utk lepasan spm
Denaihati entri terbaru..Mark of Perfection – Toshiba Intel Ultrabook Challenge #toshibaultrabook
muazfaris April 11, 2012 at 5:36 pm
Maaf ye DH, buat masa ini, aku banyak kongsikan pasal biasiswa n segala bagai tu.. sbb baru sedang hadapi benda tu.. lepas ni baru blogging personal seperti biasa..hehe
anis April 18, 2012 at 10:47 pm
salam..biasiswa untuk student lpasan matrik yg nk p mesir bole ke apply tajaan ni?untuk ijazah sarjana muda 2012/2013?trima ksih
muazfaris April 18, 2012 at 10:54 pm
tgk syarat kelayakan tu.
najmi October 11, 2012 at 12:49 pm
salam, kalu lepasan spm 2009 boleh lagi ke mohon saya spm 11a 1b