UPU Fasa 2 untuk lepasan Matrikulasi dan Asasi 2012

UPU Fasa 2 lepasan Matrikulasi dan Asasi 2012

Kemaskini dan Permohonan UPU Fasa 2 untuk lepasan Matrikulasi dan Asasi 2012 dibuka untuk kemaskini Permohonan Fasa 2 UPU. Khas untuk lepasan Matrikulasi dan Asasi yang telah membuat permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2012 / 2013 sebelum ini.

Biarpun UPU Fasa 2 tiada kaitan dengan rakan lepasan SPM 2011, tetapi disebabkan dalam blog ini ada banyak entri mengenai UPU, maka aku mahu kongsikan juga tentang permohonan UPU Fasa 2.

Lihat juga entri UPU yang lain

1. Semakan Keputusan UPU bermula 7 Mei (Kemasukan IPTA / Politeknik Premier)

2. Tarikh Keputusan Permohonan UPU kemasukan sesi Akademik 2012/2013

3. Tips Isi Borang UPU fasa 2 online

Info Fasa kedua UPU

Permohonan Fasa 2 ini adalah untuk lepasan Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Program Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dan Program Asasi Universiti Teknologi Mara (Asasi UiTM) yang akan mendapat keputusan peperiksaan semester akhir mereka.

Permohonan Fasa 2 upu

Kemaskini Permohonan Fasa 2 ini sama seperti Permohonan Fasa 1 dahulu –

Melalui UPU – Permohonan ke semua IPTA kecuali USM
Melalui USM – Permohonan ke USM sahaja

UPU

Kemaskini Permohonan Fasa 2 untuk semua universiti kecuali USM perlu dibuat melalui laman web Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Kategori Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM – Fasa 2.

Tempoh membuat kemaskini adalah mulai 26 Mei 2012 sehingga 2 Jun 2012.

*Kemaskini Permohonan Fasa 2 ini hanya terbuka untuk mereka yang telah membuat permohonan semasa Fasa 1 sahaja.

USM

Kemaskini Permohonan Fasa 2 untuk Universiti Sains Malaysia (USM) perlu dibuat melalui laman web https://pohon.usm.my

Tempoh membuat kemaskini adalah mulai 26 Mei 2012 sehingga 1 Jun 2012.

*Kemaskini Permohonan Fasa 2 ini hanya terbuka untuk mereka yang telah membuat permohonan semasa Fasa 1 sahaja.

Tarikh Tutup

UPU – 2 Jun 2012
USM – 1 Jun 2012

Masalah atau Pertanyaan

UPU

Telefon: 03 8870 6755/6766, kaunter: 03 8870 6778, faks: 03-8870 6864 atau E-mel : [email protected]

USM

Telefon: 1300 888 876 atau faks: 04 653 3328 atau e-mel: [email protected]

Tambahan

Tarikh tutup untuk permohonan fasa 2 UPU ini haruslah diteliti oleh semua lepasan Matrik dan Asasi uitm 2012. Agar tidak berlaku sebarang masalah tentang kelambatan kemaskini maklumat UPU fasa dua asasi matrik ini.

Selamat maju jaya bagi pelajar yang bakal ke IPTA sesi akademik 2012 / 2013 bagi lepasan Matrikulasi dan Asasi. Semoga entri UPU Fasa 2 untuk lepasan Matrikulasi dan Asasi 2012 ini bermanfaat.

Get Fresh Content Delivered.

Join and get free content delivered automatically each time we publish.