011-15086763 [email protected]

Bismillah,

Hari ini saya mulakan perkongsian mengenai 5 sebab kenapa belajar di New Zealand. Ini adalah rentetan entri saya sebelum ini mengenai Australia yang telah saya kongsikan beberapa minggu lepas. Oleh itu, saya berminat ingin kongsikan 5 sebab pula untuk anda belajar di negara New Zealand berbanding di negara lain. Jika berminat boleh teruskan pembacaan.

Intro

New Zealand adalah negara yang saiznya lebih kurang besar Jepun dan Great Britain. Negara New Zealand juga mempunyai lebih kurang 4 juta penduduk, dan terkenal dengan nama manjanya “Kiwi” di mana negara yang sangat aman, tenang, baik dan menerima kunjungan dari jiran sebelahnya untuk datang bercuti di Negara New Zealand.

Ok, kita straight to point tentang perkongsian ringkas 5 sahaja sebab kenapa anda perlu sambung belajar di New Zealand.

5 sebab belajar di new zealand

5 sebab kenapa belajar di New Zealand.

PERTAMA : Memberikan Pembelajaran yang Kualiti

Program atau course yang terdapat di New Zealand sangat sesuai untuk semua lapisan pendidikan samaada sekolah menengah, pelajar,  golongan professional atau pun golongan veteran. Rakyat / Penduduk New Zealand sangat mengalu alukan kedatangan pelajar dari luar negara mereka, oleh itu pelajar dari luar negara akan merasai dirinya diraikan dengan baik sekali . Disebabkan itu jugalah Keadaan Universiti atau tempat pembelajaran sangat internasional seiring dengan kedatangan pelajar dari luar negara.

KEDUA : Selamat dan Moden !

Dengan penduduk anggaran 4 juta orang yang ‘easy going’ menjadikan salah satu negara yang selamat di dunia ini bersama dengan cara hidup yang moden dan terkini. New Zealand jarang dilihat sebagai negara perang berbanding dengan negara seperti Amerika dan Negara Europe yang lain. Kerajaan New Zealand juga dilihat sangat stabil bersama dengan rakyat nya yang menerima mempunyai culture yang pelbagai tetapi mampu hidup dengan aman dan damai.

KETIGA : British Based Education System

Program Sistem Pembelajaran samada Degree , Bachelor dan lain-lain di Negara New Zealand adalah sejajar dengan sistem pembelajaran yang terkenal di dunia iaitu sistem pembelajaran British (The British System) tanpa mengurang sedikitpun dari sistem ini.

KEEMPAT : BUAT DUIT sambil belajar.

Semua pelajar yang mempunyai VISA boleh berkerja sehingga 20 jam setiap minggu semasa pengajian semestar ataupun sepenuh masa semasa musim cuti iaitu sebanyak 40 jam. Banyak institusi pembelajaran di New Zealand menyediakan servis untuk mencari kerja yang terbaik untuk pelajar yang mempunya VISA ini, antaranya adalah “Student Job Search” untuk membantu mencari pekerjaan semasa belajar.

KELIMA : Peluang untuk lengkapkan pembayaran pembelajaran anda

Hanya di New Zealand sahaja. Jika anda telah pun menyiapkan course/program pembelajaran anda di Negara Kiwi ini, anda berpeluang secara automatik untuk mendapat 12 bulan permit Kerja dibawah “student visa policy”. Ini membenarkan untuk anda berkerja sepenuh masa mengikut perkerjaan apa yang anda inginkan berdasarkan course yang anda ambil. Tetapi jika anda tidak dapat perkerjaan di bawah bidang anda, anda juga boleh cari perkerjaan apa-apa yang anda berminat selama 12 bulan. Ini dapat membantu untuk menyempurnakan perbelanjaan kos pembelajaran sepanjang berada di New Zealand (NZ).

Anda akan dapat dua perkara. Yang pertamanya, mampu berkerja dan melengkapkan yuran atau pinjamaan yang tidak selesai lagi. Yang keduanya, anda mendapat kelebihan dan pengalaman berkerja di luar negara seperti NZ.

Ini sahaja perkongsian ringkas saya mengenai 5 sebab kenapa belajar di New Zealand.

Kongsikan kepada rakan anda yang berminat untuk sambung belajar di NZ , tidak kira la samada lepasan SPM , Lepasan Diploma ataupun mahu tukar course pembelajaran. Apa-apa pun terletak kepada diri sendiri juga.

Selamat maju jaya. Sila komen jika terdapat apa-apa perkongsian, pertanyaan ataupun ketidaksetujuaan dalam entri ini. Terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu.