011-15086763 [email protected]

Salam sejahtera.

Hari ini saya ingin kongsikan 5 sebab kenapa belajar di Australia dan kenapa tak belajar di tempat lain? Anda ada jawapan.. tidak mengapa, nanti kita boleh bertukar-tukar pendapat di akhir entri ini. Mungkin 5 sebab kenapa perlu belajar di negara Australia bagi setiap pelajar berbeza.

Untuk pengetahuan, Australia antara destinasi di cadangkan untuk pembelajaran di kalangan student internasional. Belajar di Australia lebih berbaloi dan menguntungkan berbanding belajar di tempat lagi disebabkan live kehidupan di sana lebih cemerlang dan terbaik disamping masyarakat yang harmoni dan selamat.

Universiti di Australia pun terkenal dengan kualitinya dalam pembelajaran, pengajaran dan research yang mana memberikan pengalaman pembelajaran yang unik bagi membantuk pelajar lebih innovatif, kreatif dan lebih berdikari.

Baiklah, ini lah antara 5 sebab belajar di Australia dan kenapa anda perlu memilih ke sana bagi menyambung pelajar luar negara.

belajar di australia murah

5 sebab kenapa belajar di Australia

1. CEMERLANG !

Australia sudah terkenal dengan kekuatan reputasi dalam kecemerlang dan kualiti dari pembelajaran di peringkat sekolah atau universiti termasuk juga program training. Dengan disupport oleh servis kualiti yang tinggi dan lebih modern.

2. JAMINAN KUALITI !

Australia punya sistem jaminan kualiti jaminan antarabangsa sangat unik dan strict. Kerajaan di Australia sangat memberi komitmen tinggi dalam menjaga reputasi pembelajaran di Australia sebagai salah satu sumber pembelajaran yang paling bertaraf antarabangsa dan kualiti.

Oleh itu, mana-mana universiti yang menerima student dari luar negara ke Australia adalah sangat terjaga dan terjamin terutamanya pelajar daripada Malaysia.

3. MASYARAKAT PELBAGAI BUDAYA !

Australia menerima pelbagai agama dan budaya bahkan mempunyai kekayaan dalam pelbagai etnik dan budaya lebih-lebih lagi dari pelajar luar negara. Dengan masyarakat pelbagai budaya ini membantu pelajar untuk bertemu dan berkawan dengan lebih ramai kawan dari pelbagai budaya.

Selain itu, didalam dasar pesekitaran, Australia mempunyai reputasi rendah dalam crime dan pengawasan penggunaaan pistol yang ketat. Ini menjamin keselamatan pelajar di sana dan juga dari luar negara seperti Malaysia.

4. DAPAT INCOME KETIKA BELAJAR !

Anda tidak percaya? Di Australia, pelajar dari luar negara dibenarkan untuk berkerja ketika belajar. Kerajaan Australia memberikan “student work visa” yang memberikan pelajar untuk berkerja 40 jam setiap dua minggu (14 hari). Dengan itu, anda dibenarkan untuk berkerja dalam mana-mana 2 minggu dalam sesi course yang anda ambil.

5. PROSPEK PEKERJAAN !

Salah satu yang paling terbaik apabila anda belajar di Australia adalah kelayakan anda diiktiraf sebagai pembelajaran yang sangat berkualiti. Ramai syarikat atau majikan di mana-mana negara di dunia ini sangat mengiktiraf cara pembelajaran Australia sebagai kelayakan yang sangat tinggi.

Kebanyakkan courses bidang ataupun training di Australia adalah dibawah pantauan sistem Australian Qualification Framework (AQF) yang mana sangat diiktiraf oleh badan kerajaan di Malaysia. Oleh itu, kelayakan pembelajaran anda dari mana-mana institusi di Australia akan membantu anda untuk mendapat pekerjaan yang cerah di masa hadapan.

Itu lah 5 sebab why ataupun kenapa anda memang perlu sambung study di Australia dan bukan di negara lain.

Dengan itu, saya menamatkan penulisan saya bagi info menarik 5 sebab kenapa perlu belajar di Australia.

Jika ada sebarang permasalah atau persoalan, sila tinggalkan di ruangan komentar dibawah. Harap maklum.