Cabaran RM10k pertama untuk saya

Setelah lama sudah tidak berblogging, terasa ingin membuat perkongsian semula di blog yang dah lama bersarang. Lama juga tidak menulis, asyik selalu membaca sahaja.

Akhirnya saya terdetik untuk menulis semula, cumanya saya mencari sebarang idea. Maka terlahirlah satu idea baru untuk membuat perkongsian Cabaran 10k yang sengaja saya buat.

Cabaran ini akan saya sharekan nanti macam mana satu setup satu bisnes daripada kosong sales sehinggakan mencapai 10k dan kita tengok sama-sama samada ada boleh berjaya atau tidak.

Yang bestnya, saya share juga cabaran dan kesusahan yang dialami. Sebab saya yakin ramai yang tak mahu share bab-bab cabaran ini sebab yang paling best nak share adalah apabila dah capai sesuatu kejayaan.

Doakan.

Ini misi baru saya. Saya panggil cabaran mencapai 10k pertama. Buat peringkat awal ini, saya tak mahu ramai tahu sangat, biarlah tersembunyi dan underground dahulu. Jadi tak ramai tahu lagi bagus. Ohooo.

Bertemu lagi dalam artikel lain tapi tetap dalam kategori yang sama – Misi 10k.

Gambar Cabaran RM10k pertama untuk saya 1

1 thought on “Cabaran RM10k pertama untuk saya”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *