Lookalike Audiences ini sebenarnya antara senjata rahsia (secret weapon) yang digunakan oleh ramai advertiser online atau ads buyer di Malaysia mahupun di Luar Negara. Cara buat Lookalike Audience ni sebenarnya sudah lama digunakan tapi masih ramai yang mencari tutorial untuk buat lookalike audiences dengan lebih baik.

Tahun 2019 melihatkan pelbagai perubahan di Ads Manager Facebook, mana-mana advertiser yang sudah biasa buat FB Ads juga akan merasakan sedikit kelainan jika mereka buka ads manager pada tahun 2018 dan juga pada akhir tahun 2019.

Jadi biar saya bantu sedikit sebanyak bagaimana strategi mudah cara saya buat lookalike audiences di Facebook Ads Manager 2019.

Saya sediakan kali ini dalam bentuk tutorial bergambar supaya mudah untuk anda ikut satu demi satu, dan jika perlukan untuk saya menambah baik konten ini, silalah untuk tinggalkan komen anda di ruangan di bawah dan saya boleh update strategi lookalike ini dengan lebih baik.

Ok baik.

Mari mulakan.

Di sini saya kongsikan 5 langkah mudah satu demi satu bagaimana boleh hasilkan “Look A Like” Audiences daripada Custom Audiences anda.

 

Langkah pertama: Masuk ke FB Ads Manager

Gambar Cara buat Lookalike Audiences di Facebook Ads Manager 2019 1

Sebelum apa-apa langkah awal, langkah yang paling biasa yang perlu kita lakukan adalah dengan memasuki FB Ads Manager. Biasakan dahulu dengan interfaces ataupun layout ads manager, bagi advertiser tegar yang memang setiap hari buka FB Ads Manager, sudah pasti ini rutin yang biasa dilakukan.

Bagi yang hanya buka di mobile app, fungsi ini mungkin agak sukar untuk diakses. Jadi saya sangat sarankan untuk anda buka di komputer (chrome browser) bagi memudahkan untuk anda mengunakan fungsi yang lebih advance.

 

Langkah kedua: Masuk ke Assets > Audiences

Gambar Cara buat Lookalike Audiences di Facebook Ads Manager 2019 2

Cari tiga garisan (ada sesetengah orang memanggil hamburger menu) di hujung atas kiri. Ini adalah menu asas untuk bawa ke mana-mana page, tools, billing atau mana-mana yang perlu. Bila anda stuck tidak tahu ke mana, carilah hamburger menu ini untuk membawa anda ke page-page ataupun fungsi-fungsi lain dalam FB Ads Manager.

Jadi, klik dahulu tiga garisan (hamburger menu), dan cari menu Assets dan pilih submenu Audiences (lihat gambar untuk lebih faham langkah ini). Jadi selepas jumpa Assets > Audience, sila klik dan anda akan dibawa laman di mana anda boleh create apa sahaja audience samada custom audience, lookalike audience dan juga saved audience.

Di sini lah senarai semua audiences anda sesuatu ads manager tersebut. Dan untuk pengetahuan juga, audiece ini boleh dikongsi-kongsi antara business manager ataupun admin yang lain.

 

Langkah ketiga: Buat Custom Audience dahulu

Sebelum boleh buat lookalike audiences yang pertama, anda perlu buat atau cipta dahulu custom audiences yang hendak di’Lookalike’ kan. Untuk custom audience ini ada banyak pilih yang boleh buat daripada audience page FB, database sendiri sampailah audience di Instagram.

Itu lah menariknya custom audience, seolah-olah anda mempunya sendiri database list di Facebook dan anda boleh gunakan untuk pengiklanan. Baiklah, dalam tutorial kali ini saya hanya pilih audience engagers di FB page.

Gambar Cara buat Lookalike Audiences di Facebook Ads Manager 2019 3

Gambar Cara buat Lookalike Audiences di Facebook Ads Manager 2019 4

Gambar Cara buat Lookalike Audiences di Facebook Ads Manager 2019 5

 

Langkah keempat: Baru buat Lookalike Audiences

Setelah siap anda buat custome audience dalam langkah ketiga. Sekarang baru kita masuk ke topik asal iaitu cara untuk buat LOOKALIKE audience anda sendiri. Caranya sangat mudah dan anda boleh gunakan teknik mudah ataupun teknik advance.

Jadinya untuk membolehkan untuk anda create baru, anda perlu pilih custom audience anda kemudian klik tiga titik dan pilih ‘Create Lookalike’ ataupun cara mudah lain adalah dengan Create Audience > Lookalike Audience.

Gambar Cara buat Lookalike Audiences di Facebook Ads Manager 2019 6

Di sinilah kita perlu ada strategi bagaimana untuk buat lookalike audience supaya boleh bagi manfaat pada kempen iklan yang kita mahu jalankan di FB. Ini strategi yang saya suka pakai:

Strategi 1:

Lookalike 1%
Lookalike 1-2%
Lookalike 2-3%
Lookalike 3-4%
Lookalike 4-5%

Gambar Cara buat Lookalike Audiences di Facebook Ads Manager 2019 7

Strategi 2:

Lookalike 0-1%
Lookalike 0-2%
Lookalike 0-3%
Lookalike 0-4%
Lookalike 0-5%

Gambar Cara buat Lookalike Audiences di Facebook Ads Manager 2019 8

Jadi anda boleh pilih macam mana bentuk yang anda suka, dua-dua akan berikan advantage yang berbeza apabila anda buat iklan FB atau IG nanti. Strategi 1 ini lebih untuk anda pecah-pecahkan audience itu dan sesuai kalau nak asingkan untuk setiap adset yang berbeza dalam satu kempen yang sama.

Untuk iklan CBO ataupun campaign budget optimisation pun sesuai untuk digunakan bagi strategi 1 ini. Jadinya anda boleh tahu audience mana yang berikan value ataupun hasil yang bagus untuk apa yang anda ingin capai dalam FB ads.

Untuk strategi 2 ini sesuai bagi mereka yang tidak mahu buat ‘split test’ yang terlalu aggressive tetapi mahu FB ‘optimize’kan iklan pada semua LA audience serentak untuk mencapai hasil iklan yang anda ingini.

Jika tanya saya antara kedua-dua strategi ini mana yang saya lebih gemar, saya gunakan kedua-dua strategi ini dan saya lihat dua-dua ini boleh berikan hasil yang berbeza bergantung kepada keadaan dan waktu iklan itu dijalankan.

Mungkin bagi yang baru ingini mencuba, saya boleh sarankan untuk gunakan strategi yang pertama.

 

Langkah kelima: Boleh gunakan untuk iklan

Gambar Cara buat Lookalike Audiences di Facebook Ads Manager 2019 9

Ok, kita sudah sampai ke langkah terakhir.

Setelah anda siap kesemua tetapan yang diingini dan anda berpuas hati dengan apa yang buat, barulah anda pergi semula ke ads manager untuk membuat iklan menggunakan lookalike audience yang telah anda buat.

Kalau masih rasa macam ada perkara yang perlu diubah, silalah kembali ke langkah pertama dan seterusnya. Usah risau jika anda buat silap pada peringkat awal kerana anda boleh sentiasa untuk delete dan buat baru bagi audiences ini.

Tiada apa yang lebih mengembirakan melainkan anda akan lihat sedikit berbeza pada hasil ataupun respons iklan anda apabila menggunakan audience yang berbentuk Lookalike ini.

Bagi saya cukup dahulu tutorial perkongsian saya kali ini. Saya akan kongsikan banyak lagi konsep, strategi, cara dan tutorial untuk buat FB ads yang lebih bermanfaat dan mampu meningkatkan jualan anda di masa hadapan. Rajin-rajinlah masuk ke laman ini.

Semoga bermanfaat dan jika ada request manual atau request khas untuk saya buat tutorial lain, sudi-sudi lah maklumkan pada saya. Bagaimana jika saya ada masalah dan mahu berhubung terus dengan Facebook Support Chat? Silalah klik di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.