Saya rasa perkongsian saya kali ini saya tidak mahu buat artikel panjang.

Cukup sekadar saya kongsikan pengalaman saya bagaimana Facebook Marketing Expert Malaysia boleh hubungi kita dan bagaimana kita juga boleh memohon.

Cuma ini hanya dari sisi pandangan peribadi saya, tiada kaitan dengan pihak FB.

Dan juga cara ni mungkin berkesan dan mungkin tidak menjadi buat sebahagian orang.

Disebabkan memang saya antara advertiser Facebook buyer, yang sudah pun berbelanja iklan di FB Ads. Jadi ini juga mungkin antara faktor penting untuk dihubungi pihak FB Marketing Expert.

Ye lah kan, takkan tetiba FB nak hubungi kita melainkan kita adalah customer mereka, yang mana dah pun menggunakan produk mereka dengan lebih agresif.

Dan mereka perlukan kita untuk secara tak langsung untuk terus menggunakan produk mereka.

Cara pertama: Mohon untuk dihubungi FB Marketing Expert guna link

Buat mereka yang baru nak cuba, boleh cuba untuk hubungi melalui link ini ataupun link kedua di sini.

Selepas anda masuk di link tersebut, sepatutnya anda kan nampak paparan seperti ini.

Gambar Cara nak mohon dan hubungi Facebook Marketing Expert Malaysia 1

Kemudian boleh isi borang permohonan tersebut dan pilih tarikh dan masa yang sesuai dengan masa anda.

Anda akan terima emel pengesahan dan waktu yang disahkan. Tunggu sahaja panggilan daripada nombor singapore bermula dengan +65. Kalau anda bernasib baik mungkin dapat bercakap dalam bahasa melayu.

Cara kedua: Berbelanja besar!

Cara kedua ini mungkin tak sesuai untuk semua advertiser FB atau IG. Anda perlu berbelanja besar supaya FB nampak anda dan berminat untuk hubungi anda.

Nampak gah kan, tapi cara ini tiada indikator tertentu berapa tinggi anda berbelanja untuk dapat dihubungi. Anda perlu cuba nasib!

Cuma nasihat saya untuk tidak terlalu berharap dan menunggu. Adakalanya anda boleh hubungi chat support FB dan tanya terus kepada mereka jika anda ada masalah.

Tetapi FB marketing expert dan customer services adalah dua department besar yang berlainan.

Mungkin cara dan gerak kerja setiap department berbeza. Semoga perkongsian ringkas saya tentang pengalaman saya mohon dan hubungi Facebook Marketing Expert ini dapat membantu anda dan team dalam melonjakkan lagi jualan di Facebook Ads.

Perlukan bantuan saya?

Nama saya Muaz Faris, sekarang ni saya gemar menghabiskan masa untuk ber ‘experiment’ dengan FB dan IG Ads.

Portfolio saya ada di sini.

21 / 100

Leave a Reply

Your email address will not be published.