Cara hubungi FB support menerusi chat messenger atau emel?
Bagi media buyers seperti FB ads buyer ataupun ads specialist, anda mungkin menghadapi masalah secara tiba-tiba apabila anda sendiri menjalankan kempen pemasaran Facebook melalui medium FB Ads.
Persoalan yang akan timbul adalah bagaimana untuk saya hubungi FB support jika ada masalah?
Boleh ke hubungi melalui chat messenger ataupun emel kan sahaja? Ada borang khas kena isi ke?
Baiklah, sebelum itu, anda perlu tahu juga yang Facebook juga sebuah syarikat dan pelanggan mereka adalah ads buyer seperti anda.
Dan tak mustahil untuk setiap produk (termasuk FB ads), mereka semestinya perlu memudahkan pelanggan mereka untuk menghubungi mereka.
Betul tak?
Sebenarnya anda memang boleh terus menghubungi FB support (dan boleh tanya apa sahaja kepada FB), ini caranya.
Langkah untuk hubungi FB support menerusi chat messenger
1. Masuk ke link khas di sini.
2. Kemudian anda akan jumpa satu butang “Get Started”
3. Klik butang tersebut, anda akan dipaparkan dengan kategori yang mereka sediakan
4. Pilih mana-mana kategori yang berkaitan dengan permasalahan anda
5. Selepas itu, anda akan jumpa butang “Chat with a representative”
6. Di situ, anda boleh ikut langkah seterusnya yang disediakan oleh chatbot FB support.
7. Tunggu sehingga Facebook Representative (FB Rep) untuk sertai perbualan dengan anda
8. Jika persoalan anda sudah terjawab, maklumkan pada pihak FB Rep untuk tamatkan sesi tersebut.
Bagi FB ads buyer di Malaysia, anda akan terikat dengan masa pejabat (office hour) dan juga waktu berkerja (isnin sehingga sabtu). Jadi kalau nak mudah dan cepat untuk mendapatkan FB Rep, anda boleh cuba hubungi staff FB seawal jam 8 pagi.
Dan juga jika fungsi ini tidak muncul untuk FB anda, jangan terus resah dan gelisah.
Setiap FB profile mungkin berbeza-beza bergantung kepada banyak faktor, antara cara yang mungkin anda boleh cuba adalah dengan meminta jasa dan bantuan mana-mana FB ads buyer yang mempunyai fungsi ini untuk menghubungi pihak FB support.
Jika perlukan bantuan saya untuk tanyakan soalan anda ke pihak FB support, boleh juga request kepada saya.
Semoga sedikit sebanyak bermanfaat bagi mereka yang sedang mencari cara untuk hubungi FB support menerusi chat messenger ataupun emel.
Terima kasih!
Assalamualaikum bang… Akaun saya tiba² hilang.. Saya nak hubungi pihak facebook tak dapat.. Saya dah cuba guna cara carian akaun.. Tak dapat²..
Cuba live chat dahulu dengan pihak FB untuk tanya berkenaan tentang masalah ini.
macam mana nk live chat
salam nk tanya..kenapa fb page saya x boleh nk boost..dia naik boost unavailable
Wslm, dah link page dgn ads manager belum puan?
Assalamualaikum, Muaz Faris Macam mana saya nak dapatkan Account Facebook saya yang dah kena Dinyahdayakan kerana tidak cukup umur …
Assalamualaikum tuan,bagaimana sy dapat hubungi tuan? Sy ada masalah dgn fb page dan perlu bantuan tuan.
account facebook saya telah digodam . . maklumat email, no telofon telah ditukar
Assalamualaikum . Nak minta tolong . Saya terlupa password fb juga no phone lama sudah tidak digunakan untuk verify code . Jadi sy tidak boleh login fb . mohon bantu .
Fb live telah di block bagaimana nak aktifkan balik supaya boleh buat live semula @ nak berhubung dgn fb team?
salam.. fb sy pun hilang,, mcam mne ehh,, sy dalam it ni senakk bang muaz😥😥😥
salam bang . kenapa acc fb saya , memberitahu yang saya tidak cukup umur bang ? sedangkan saya batch 97 bang. ?
FB saya tak boleh bukak dah..sebelum ni boleh hantar code password baruke no Talipon..sekarang dah tak ada..kena anta ke acc e-mail saya.. masalahnya acc tu saya dah lama tak pakai dan tak ingat alamat penuh e-mail tu dan password dia sekali..mohon bantuan..saya pakai e-mail recovery pun kena tendang
Salam. Facebook saya dah dinyahdayakan, hanya tinggal beberapa hari lagi. Bagaimana cara nk selamatkan facebook saya?
Assalamualaikum Tuan, Saya mohon bantuan kerana facebook saya langsung tidak boleh buka, Bila saya klik fb, dia keluar macam ni dah dekat sebulan.. Harap dapat tuan bantu. Terimakasih..
Sorry, something went wrong.
We’re working on getting this fixed as soon as we can.
Go Back
Meta © 2022 · Help