011-15086763 [email protected]

Cara Tambah Followers Twitter guna Youtube Terbongkar!

Perkongsian Cara Tambah Followers Twitter guna Youtube ini hanya la untuk mereka yang betul-betul merasakan Twitter amat berguna untuk menyampaikan maklumat. Sebab? Followers Twitter anda akan bertambah secara viral dengan cara Youtube.

Ada gaya ayat power luar biasa tak kat atas tu? Sebenarnya Cara Tambah Followers Twitter guna Youtube Terbongkar! ini adalah melalui pemerhatian dan pandangan peribadi sahaja.

Cuba lah nanti pratikkan skill guna Youtube ini untuk tambahkan followers twitter. Kalau berjaya, saya boleh kasi kredit review khas kat blog ini. Nak tak?

Pendedahan ini sedikit berbeza dari tips tingkatkan follower twitter pada entri sebelum ini :

1. Tips Tambah Followers Twitter, 2000 Followers setiap Minit
2. [Tutorial] Jom auto tweet guna Ifttt
3. Beralih dari Celcom Twitter SMS ke Twitter SMS Mobile Phone

Cara Tambah Followers Twitter guna Youtube Terbongkar!

Mudah je sebenarnya. Saya paparkan beberapa tokoh hebat yang dah gunakan cara ini dan korang boleh lihat sendiri jumlah followers twitter mereka kalo masih tak percaya.

Follower Adibaaah Twitter Youtube

Terkenal dengan video ‘hijab’ di youtube

Follower DenaBahrin Twitter Youtube

Video “Proposal DSLR” di youtube mendapat sambutan ramai

Follower AisyahShakirah Twitter Youtube

Sape tak kenal dengan video youtube “TeamKhemah” ?

*rata-rata semua nya saya kenal dan hampir sebaya dengan saya 🙂

Cukup lah saya berikan 3 contoh ini. Apa yang anda tau pasal mereka ini? Semua mereka menggunakan medium viral youtube bagi meraih jumlah pengikut twitter yang sangat ramai melebihi 1 ribu.

Jadi untuk tips kali ini, apa yang perlu anda lakukan :

1. Mula buat satu video viral dan post kan di youtube.
2. Gunakan kelebihan sosial network untuk sebarkan video anda.
3. Letakkan link akaun twitter anda di video youtube tersebut
4. Insya Allah, jika video tersebut boleh diterima umum, maka anda saksikan sendiri betapa viral nya !!
5. contoh? Boleh lihat Oppa Gangnam Style

Nahh. Nak lagi contoh? Saya kasi tokoh contoh yang memang orang dah kenal melalui vlog nye di youtube. Follow hanya 75 orang tapi follower 17k. Wow !

Follower AimanAzlan Twitter Youtube

#Manis !

Jadi sebenarnya tidak mustahil lah dengan youtube anda mampu meraih jumlah follower twitter yang begitu ramai dan viral. Selepas entri Cara Tambah Followers Twitter guna Youtube Terbongkar! , mungkin saya boleh usahakan untuk buat entri Cara tingkatkan followers twitter guna blogging pula.. Ada berminat ?