Cara verify domain dan events manager untuk pixel FB tahun 2021
Bagaimana cara untuk anda verify domain dan seterusnya membuat tetapan untuk pilihan 8 slot untuk events manager bagi cara setup pixel FB yang baru untuk tahun 2021.
Jika anda perasan, sekarang ni cara setup pixel FB sudah berlainan dengan cara setup sebelum-sebelum ini.
Ini berikut dengan kemaskini dan penekanan privasi pada pengguna iOS 14.
Facebook pun tidak mahu terlepas dengan kemaskini ini yang mana mampu memberi kesan besar kepada produk iklan mereka.
Oleh itu, sebagai advertiser ataupun media buying, terpaksa lah kita semua ikut sahaja cara setup pixel FB yang baru ini.
Dua komponen penting.
Anda perlu verify domain terlepas dahulu dan kemudiannya menetapkan events dalam domain mengikut pixel FB yang anda mahukan.
Berikut cara verify domain dan events manager untuk pixel FB.
1 – Masuk ke settings Brand Safety > Domains

Tukar dengan business ID anda: https://business.facebook.com/settings/owned-domains/?business_id=XXXX
2 – Klik ADD dan masukkan nama domain anda

3 – Ada 3 pilihan, saya cadangkan DNS Verification

4 – Masukkan TXT record seperti yang FB berikan ke dalam DNS record anda

5 – Kembali ke settings domain di Business Manager dan klik VERIFY dan paparan seperti ini jika berjaya verify domain

6 – Ini tanda sudah berjaya dengan ada bulat warna hijau

7 – Masuk ke Events Manager, dan pilih domain yang telah verified tersebut dan klik MANAGE EVENTS

Tukar dengan business ID dan account ID: https://business.facebook.com/events_manager2/browser_api?business_id=XXX&global_scope_id=XXX&act=XXX
8 – Kini anda boleh setup event name dan 8 slot yang mahukan.

Nota: Value Optimization akan dikira sebagai 4 slot.
9 – Setelah selesai memilih event name, nama pixel dan 8 slot tersebut, anda boleh klik SUBMIT dan ikut sahaja langkah pengesahan yang diperlukan.

10 – Perlu tunggu 72 jam atau lebih untuk FB selesaikan proses penukaran tersebut.

Ok saya rasa saya sudah kongsikan langkah demi langkah bagaimana anda boleh setup sendiri verify domain dan events manager untuk Pixel FB anda tanpa perlu bantuan pihak ketiga.
Andai kata perlu juga bantuan untuk tetapan ini, boleh mesej ataupun emel saya untuk bantuan servis. Semoga penulisan kali berkaitan cara setup pixel FB cara baru ini bermanfaat buat anda.