011-15086763 [email protected]

buku panduan asas wordpress seo ebook siap muaz

Salam,

Saya nak berikan PERCUMA ebook panduan Asas WordPress SEO kepada semua pembaca blog Muaz. Ini kali pertama saya hadirkan satu ebook berkualiti kepada pembaca dan insyaAllah akan cuba usahakan untuk buat ebook-ebook yang best pada waktu akan datang.

Sebelum anda boleh dapatkan ebook ini secara percuma, saya ingin bertanya satu soalan penting. Dan jika soalan ini boleh dijawab dengan baik, maka ebook panduan asas blog wordpress SEO ini memang padan dan sesuai dengan anda.

Soalan:

Adakah anda nak blog wordpress anda di halaman pertama search engine Google.com?

keyword nasyid kahwin

Jawapan:

[bergantung kepada diri anda, boleh berikan di ruangan komen]

Jika mengikut analisa saya, rata-rata para blogger pasti beringinan untuk entri post mereka berada di halaman pertama enjin carian seperti Google, Yahoo, atau juga Bing. Sebab apa? Tepuk dada tanya diri masing-masing.

Jadi saya ringkaskan apa yang anda dapat dari ebook panduan asas wordpress blogger untuk SEO ini.

Sedikit overview kepada Panduan Asas SEO WordPress ini :

  1. Pengenalan kepada SEM
  2. Pengenalan kepada WordPress
  3. Apa itu SEO?
  4. On Page SEO
    • Ubah settings Permalinks
    • www atau non-www
    • Memasang plugins WordPress SEO Yoast
    • Memasang plugin XML Sitemap
    • Memasang plugin “Related Post”
    • Memasang Plugin “Bookmark / Tell Friends / Share”
    • Tetapan pada Imej SEO
    • Membina Fail Robots.txt
  5. Off Page SEO

Ini adalah asas bagi permulaan untuk berjinak-jinak dalam SEO, tetapi Asas sangat penting kerana jika salah satu teknik ini terabai, maka anda mungkin boleh merugikan masa untuk step-step seterusnya dalam SEO.

Baca juga : Top 10 SEO Plugins untuk WordPress Blogger

Seperti juga saya, walaupun sudah lama berblogging menggunakan platform wordpress ini tetapi masih ada banyak ilmu SEO yang terabai serta terlepas padang seperti ‘membina fail robots.txt’ dan alhamdulillah setelah dibetulkan, sedikit sebanyak menaikkan kembali ranking dalam SERP Google, Yahoo, dan juga Bing.

Baiklah, anda mahukan download secara percuma?

Kerana ianya sangat eksklusif dan berkualiti, saya hanya perlukan Nama dan Emel anda bagi memudahkan proses penghantaran link download.

Anda tidak perlu risau kerana saya tidak akan dedahkan emel anda kepada umum dan juga Scammer. Kami juga seperti anda yang inginkan penjagaan rapi dan benci kepada Scammer.

Lihat juga : Video Tutorial WordPress SEO paling mudah

Masukkan Nama dan Emel anda di bawah :

[grwebform url=”https://app.getresponse.com/view_webform.js?wid=7647404&u=Sv0h” css=”off”/]