Formula buat duit dengan artikel
Assalamualaikum.
Hari ini saya mahu kongsikan ringkasan mengenai Formula Buat Duit Dengan Artikel.
Ini adalah formula yang saya pegang jika anda mahu buat duit melalui artikel di blog, website atau di web 2.0 orang lain.
Sebelum ini saya tidak yakin dengan cara ini, selepas saya cuba buat dengan kaedah "Try & Error", Alhamdullillah membuahkan hasil.
..Tetapi hasilnya lambat dan sedikit.
Cumanya Formula ini jika dibuat dengan cara yang betul, dapat menjana income pasif dengan pulangan setiap bulan.
Saya bukan orang "HYPE", saya hanya kongsikan pengalaman saya ini sahaja. Dan formula ini juga diiktiraf oleh ramai Internet Marketer di luar sana.
Jika anda masih tertanya-tanya FORMULA BUAT DUIT apa yang saya gunakan.. ini Formula ringkasnya
==================
Setiap Artikel di website anda bersamaan $1/month
Jika ada 50,000 artikel, maka anda boleh jana $50,000/month
NOTA : Kiraan saya adalah dalam bentuk dollar kerana ini adalah nilai standard untuk mata wang di internet.
==================
Oleh itu, apa yang anda boleh buat sekarang?
Teruskan mencipta ARTIKEL setiap hari.
Jangan sesekali putus asa. Teknik ini dah berjaya, cuma yang anda tak tahu adalah teknik ini berkesan atau tidak..
..Tetapi dengan wujud FORMULA ini, ramai akan tertanya-tanya soalan-soalan seperti berikut :
- Artikel bagaimana yang perlu saya buat?
- Dari mana duit $1/bulanan itu dapat?
- Website apa yang perlu dibuat?
- Niche apa yang perlu dipilih?
- Apa bukti cara ini berkesan..?
Saya sengaja biarkan anda teraba-raba dalam PERSOALAN seperti di atas.
Jika siapa nampak peluang, dia akan terus BUAT.
Persoalan tersebut akan hilang satu persatu..
..andai kata anda mahukan jawapan tersebut terjawab dengan CEPAT.
Ini petanda anda tidak mampu laksanakan FORMULA BUAT DUIT dengan artikel
Seperti mana yang saya maklumkan sebelum ini, formula ini memerlukan jangka masa yang panjang.
Hasilnya PASIF ! insya Allah
Baiklah, dari semasa ke semasa, saya akan cuba kongikan CARA dan STRATEGI NYA .
Tapi saya tak mahu kongsi dalam artikel ringkas kali ini
Tunggu saya "STABLE" 4 angka dengan formula ini.. dan formula ini akan saya dedahkan.
Lihat dan sentiasa update dengan kategori PELUANG BUAT DUIT DARI BLOGGING 101
Saya akan kerap kongsi di sana.
Ikhlas,
Muaz Faris
Tak sabar nak tahu formula buat duiy dengan menulis artikel yang bakal didedahkan. .
memang penuh suspen juga nie..
en muaz, mohon ajari saya