Ghostwriter

mahu bisnes perkataan

Selamat datang Penulis Hantu 🙂

Mahu berbisnes dengan perkataan?

Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut mengenai projek X ini, ada bagusnya anda tahu dulu apa maksud Ghostwriter.

Apa maksud Ghostwriter?

Ghostwriter atau penulis hantu merupakan seorang penulis yang diupah menulis bagi pihak orang lain. Tugasnya adalah menulis buku, rencana, artikel, blog, dan apa sahaja bentuk penulisan. Lazimnya penulis hantu tidak disebut namanya secara langsung dalam penulisannya dan ada sesetengah keadaan disebut sebagai penulis bersama atau co-author.

Industri ‘penulis hantu’ sedang menaik di Malaysia dan ramai penerbit yang mahukan perkhidmatan penulis hantu. Jadi ini merupakan satu peluang keemasan untuk anda pada masa akan datang.

Kelebihan anda ambil peluang ini segera

1) Anda akan belajar banyak perkara baru dalam penerbitan buku
2) Anda berpotensi untuk diberikan projek penulisan yang lebih berskala besar
3) Anda lebih berpeluang untuk berkerjasama dengan projek-projek dalaman
4) Anda mampu menambah skil penulisan dengan lebih baik

Siapa yang layak untuk sertai projek ini?

Bagi anda yang mempunyai modal untuk menulis, membaca dan menyusun ayat dengan baik. Bagi saya sudah cukup dan anda paling layak untuk sertai.

Manakala bagi anda yang tak pernah menulis walau satu post di facebook, mempunyai attitude yang negatif, dan ‘saja saja’ nak lihat apa saya buat, maka saya nasihatkan supaya jangan sertai. Saya ulang, tak perlu buang masa anda untuk sertai projek ini.

Bagaimana projek ini berjalan?

Kebiasannya saya akan ambil caj mengikut jumlah perkataan (words). Jadi, untuk setiap 150 words = RM10 dan saya jangkakan penulis boleh siapkan penulisan penuh dalam masa sebulan setengah untuk 100 muka surat.

Anggaran untuk satu muka surat pula adalah 250-300 words dengan format tulisan menggunakan font Arial saiz 12 dan 1.5 spacing.

Bagaimana cara pembayaran dilakukan?

Untuk cara pembayaran pula, saya akan deposit RM100 dahulu untuk fasa pertama dan anda perlu siapkan 20 pages awal. Setelah siap, kita akan ‘review’ sama sama penulisan tersebut, jika OK baru kita akan ‘proceed’ untuk 20 pages seterusnya. Andaikata anda tidak mahu teruskan, wang deposit tersebut perlulah dipulangkan semula.

Untuk fasa seterusnya, saya akan deposit RM200 lagi untuk 20 pages dan begitulah seterusnya sehingga buku siap dengan 100 pages. Akhirnya baru kita akan kemaskini, betulkan mana bahagian yang diperlukan, dan buat kiraan penuh words dalam buku tersebut. Kemudian pembayaran penuh akan diberikan.

Berapa lama masa diperlukan untuk siap?

Kebiasaanya saya anggarkan dalam sebulan setengah sehingga dua bulan untuk 100 muka surat. Jadi anda perlu pastikan tidak mengambil masa yang lama untuk siapkan penulisan pada jangka masa yang ditetapkan. Mungkin juga saya perlukan lebih masa untuk upah ‘designer’ dan editor untuk proses penerbitan.

Bagaimana cara untuk hantar penulisan ini?

Cara paling mudah adalah dengan menggunakan emel, segala penulisan boleh hantar ke emel saya ([email protected]) dan untuk sebarang pertanyaan pula boleh whatsapp / telegram saya di +6013 2828 520.

Sudah jelas?