Ramai yang tanya soalan kepada saya sekiranya iklan yang sudah dijalankan, dan ada impression > 0. Selepas beberapa hari iklan tersebut dijalankan, tetiba iklan tersebut di reject oleh FB.

Sedangkan dia sudah merasakan yang iklan tersebut mengikut segala polisi yang ditetapkan oleh FB.

Pada waktu itu ada dua cara yang mungkin boleh kita ikhtiar untuk buat, samada buat ads baru ataupun edit sahaja?

Bagaimana kalau kita buat ads baru, tetiba secara tak langsung tetap iklan tersebut terus di reject oleh pihak FB?

Ini hanya pandangan peribada saya,

Jika dalam kondisi yang telah saya kongsikan di atas, apa yang selalu saya akan lakukan adalah dengan edit sahaja iklan tersebut tanpa perlu membuat ads yang baru, sebab apa?

Sebabnya FB sudah bagitau apa faktor yang memungkinkan iklan tersebut di reject dan kita secara tak langsung hanya perlu ubah dan edit apa yang dirasakan perlu sahaja.

Jadinya tak perlu untuk edit keseluruhan ads, hanya perlu edit sebahagian ads sahaja untuk memudahkan kerja dan secara tak langsung memudahkan ads kita untuk di approve oleh pihak FB.

Dan ada cara satu lagi, apabila kita sudah tahu pada bahagian mana yang menyebabkan ads kita di reject, kita boleh buat ads baru dan kemudiannya hanya perlu ubah pada tempat yang telah dibagitau oleh FB untuk ubah.

Mudah kan?

Dan dalam banyak-banyak masa, saya lebih suka gunakan cara satu lagi. Itulah yang selalu saya lakukan.

Ok lah, mungkin anda tertanya-tanya ada contoh tak situasi yang memungkinkan perkara ini berlaku dan apa yang perlu dibuat?

Berikut saya cuba tunjukkan dari gambaran di dalam dashboard ads manager.

Cara nak tahu iklan di reject oleh FB disebabkan apa

1. Masuk ke dalam kempen, kebiasannya akan keluar “Ad set Error(s)” dalam column Delivery

Gambar Iklan reject oleh FB, perlu buat ads baru atau edit sahaja? 1

2. Dan apabila masuk ke dalam ad set, biasa akan muncul “Ad Error(s)”, jadi masalah yang sebenarnya berpunca daripada ads

Gambar Iklan reject oleh FB, perlu buat ads baru atau edit sahaja? 2

3. Masuk dalam ads, dan anda akan nampak “Rejected” di bawah column Delivery, kemudian anda klik butang EDIT

Gambar Iklan reject oleh FB, perlu buat ads baru atau edit sahaja? 3

4. Di situ nanti, akan terpampang sebab apa iklan tersebut di reject. Dalam contoh dibawah ini, iklan ini direject disebabkan oleh HEADLINE. Jadi anda hanya perlu ubah headline sahaja.

Gambar Iklan reject oleh FB, perlu buat ads baru atau edit sahaja? 4

5. Ubah headline seperti dalam ruangan di bawah. Ada kala disebabkan oleh Image, Video, Text ataupun overall Ads tersebut.

Gambar Iklan reject oleh FB, perlu buat ads baru atau edit sahaja? 5

6. Selesai dan tunggu FB review semula

Seperti yang saya kongsikan di atas, tidak selalu saya gunakan teknik untuk edit sahaja ads tersebut. Biasanya saya akan duplicate ads tersebut dan hanya ubah mengikut saranan yang diberikan oleh pihak FB.

Dalam contoh di atas, saya hanya duplicate ads tersebut dan ubah text ataupun copywriting dalam kotak Headline sahaja, selebihnya saya biarkan sama seperti sediakala.

Jadi saya harap perkongsikan saya ini bermanfaat, lagi-lagi buat mereka yang sedang mencari jalan penyelesaian yang pantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published.