011-15086763 [email protected]
isi borang UPU 2012

Dah isi borang UPU untuk fasa 1 sebelum 31 Disember 2011? Sebenarnya sedih bila saya dapat tahu yang ramai rakan lepasan SPM saya yang bertanyakan perihal Unit Pusat Universiti – UPU. Ramai antara mereka masih tidak mengisi borang UPU (tidak termasuk saya).. dan ada yang lagi sedih bila tanya mengenai UPU, mereka akan jawab… “Eh, UPU tu natang ape?”

Kali ini, biarlah soalan itu akan dijawab sendiri oleh pihak UPU (BPKP JPT) :

Masalah yang dihadapi pelajar 2012

Saya terlepas permohonan fasa1, Bolehkah saya memohon lagi?
Pemohon lepasan SPM/Setaraf yang belum mengemukakan permohonan Fasa1 boleh mengemukakan permohonan pada Fasa 2 yang akan dibuka pada 9 Januari 2012 hingga 2 April 2012.

Saya telah membuat permohonan fasa1 tapi kenapa maklumat nama saya bertukar dengan nama kawan saya?
PERINGATAN, anda dinasihatkan agar mengemukakan permohonan secara berasingan. Sila selesaikan permohonan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan calon lain. Pembetulan telah dibuat sila semak semula semasa fasa2 dibuka nanti.

Saya kehilangan No. Unik ID saya apa perlu saya buat?
Untuk mengemukakan permohonan anda perlu memiliki no. unik ID. Jika anda belum membeli no. unik ID ataupun telah kehilangan nombor tersebut anda perlu membelinya semula di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Semasa permohonan dibuka saya belum memiliki keputusan SPM/ STAM/ STAM/ Matrikulasi/ PASUM/ ASASI, bagaimanakah cara membuat pilihan program pengajian?
Anda digalakkan mengemukakan permohonan dahulu dengan membuat pilihan program pengajian berdasarkan keputusan percubaan atau keputusan semester pertama. Setelah keputusan diumumkan, anda dibenarkan untuk mengemaskini permohonan sebanyak tiga(3) kali sehingga tarikh tutup permohonan.

Boleh tak seorang pelajar memohon 2 kali IPTA dan Politeknik/ILKA? Adakah saya perlu beli no. unik id yang lain?
Lepasan SPM/Setaraf dibenarkan memohon IPTA dan juga Politeknik/ILKA dengan mengisi dua permohonan yang berasingan tetapi menggunakan no. unik id yang sama.

Macam mana hendak memohon maktab perguruan?
Kemasukan ke maktab perguruan diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk maklumat lanjut sila hubungi KPM di:

Hubungi KPM di :

Email : [email protected]
Phone : 03-8884 6000 / 03-7723 7070
Website : http://www.moe.gov.my/

Akhir kata dari unit BPKP JPT:
Terima kasih atas makluman mengenai masalah yang dihadapi. BPKP JPT akan cuba membantu sebaik mungkin. Untuk bantuan segera sila hubungi kami di 03-8870 6755/ 6766/ 6767/ 6777/ 6778 (Isnin-Jumaat 8.00pg-5.30ptg) atau Facebook BPKP JPT.