011-15086763 [email protected]

Kenapa saya lebih gemar menggunakan Telegram berbanding menggunakan Whatsapp? Ada orang bertanya kepada saya.

Saya coretkan secara ringkas di sini… untuk tatapan anda yang mencari kenapa orang mula bertukar ke telegram ataupun kenapa anda pun perlu tukar dan suka telegram berbanding whatsapp..

Antara sebab kenapa Telegram vs Whatsapp dan Telegram menang.

*hanya pandangan penulis sahaja.

 

1. Telegram boleh muatkan seramai 200 ahli dalam group

Semua maklum, had maksimum group whatsapp adalah 50 orang sahaja.. jadi ini menjadikan ianya sangat limited dan mahu buat group “matlamat” yang sama tetapi berlainan orang. Akhirnya terpaksa buat group nama sama tapi ada 1 dan 2 contohnya Muaz 1 dan Muaz 2.

 

2. Telegram simpan data di Cloud sendiri

Ini yang best. Kalau ada off handset dan buka di komputer.. segala info ataupun chatting anda masih ada dan boleh diakses di setiap gajet anda menjadikan anda tidak perlu backup selalu dan risau untuk tidak tukar ke gajet yang lain. Dengan cara ini, anda boleh buka telegram di mana mana termasuk di komputer, tablet, dan telefon bimbit.

 

3. Lebih security dan terjamin

Secara dasarnya sudah mempunyai security sistem yang baik dan data tidak mudah terakses oleh orang lain. Tetapi jika anda mahu lebih selamat..anda boleh gunakan SECRET CHAT yang mana-mana tiada data atau file yang akan disimpan apabila chat secret tersebut di padamkan / dihapuskan oleh mana-mana pihak.

 

4. LAJU dan speed loading terbaik

Setakat ini saya pakai, tiada perlu tunggu loading yang lama. Mesej dari sahabat saya pun sampai dengan laju dan lebih pantas dari mesej di whatsapp.

Saya kongsikan 4 dahulu pengalaman saya sepanjang menggunakan Telegram vs Whatsapp. Jika ada lagi, saya kongsikan pada waktu-waktu lain pula.

Sekarang giliran anda pula. Kenapa anda suka Telegram berbanding Whatsapp?