Adakah anda membuat perkhidmatan cetakan bisnes kad?
Susah cari pelanggan di Internet?
Mahu tak saya berikan ke semua “pelanggan” yang sudah ‘confirm’ 100% untuk dapatkan perkhidmatan cetakan bisnes kad anda?
Hai, nama saya Muaz Faris. Sejak 2011 saya mula mengambil tempahan perkhidmatan cetakan bisnes kad di Internet, Alhamdulillah permintaan tinggi dan anda juga tahu kenapa cetakan bisnes kad ini mempunyai permintaan tinggi kan? Lagi-lagi pemilik bisnes yang mahukan perkhidmatan ini.
Sejak 2011 itu juga lah saya hanya menggunakan ‘satu saluran sahaja’, dan saluran ini juga lah merupakan lubuk pertama saya menjana wang daripada internet. Kiranya.. saya sangat sayang saluran ini.
Apakah saluran ini? Saluran ini adalah ‘landing page’ untuk menerangkan keseluruhan mengenai perkhidmatan ini. Ya! Saya hanya menggunakan satu ‘landing page’ sahaja.
Anda Sangat Bertuah !
Hari ini anda bertuah, kerana ramai yang membuat perkhidmatan cetakan bisnes kad ini mahukan ‘landing page’ ini. Mahu tahu kenapa? Ini 3 sebab utama menjadi kegilaan mereka:
- Sudah terbukti ‘convert’ prospek jadi pelanggan
- Sudah berada di ‘first ranking google’ dengan keyword yang ‘menjual’
- Sudah banyak testimoni dan review
Jadi… sebab itu saya sangat sayang nak lepaskan ‘landing page’ ini kepada sebarangan orang. Saya pilih mereka yang benar-benar serius sahaja.
Mulai tahun 2015, saya berhajat mahu buka peluang ini kepada anda yang mungkin berminat. Saya mahu sewakan sahaja ‘lubuk emas’ ini disebabkan saya tidak lagi menjalankan perkhidmatan ini. Saya seakan-akan berdosa besar kerana ramai yang minta, tetapi saya hanya mampu lihat dan senyapkan diri sahaja.
Andai kata anda tidak berminat atau merasakan belum cukup berbaloi, tolong saya untuk maklumkan kepada sesiapa yang mungkin berminat dengan ‘landing page’ a.k.a lubuk emas ini. Lagi lama saya menanti, lagi lama saya rasa berdosa.
Apa yang anda dapat?
Mungkin anda sedang tertanya-tanya, apa yang bakal anda perolehi nanti. Saya jamin 100% anda bakal berpuas hati. Ini apa yang bakal anda perolehi:
- Semua List Pelanggan yang berminat – Saya akan berikan dan minta juga mereka hubungi anda.
- Saya akan ubah ‘landing page’ mengikut apa yang anda mahukan .
- Anda duduk diam sahaja, kerana SEO yang akan berkerja mencari prospek baru setiap hari.
Anda mahu lihat lebih banyak bukti.. lihat dibawah:
Bagaimana bentuk tawaran ini?
Saya buka tawaran ‘landing page’ ini dalam bentuk sewaan bulanan. Berapa pelaburan anda untuk pemasaran SEO PERCUMA ini?
Pada awalnya saya mahu letak RM1000 sebulan, tetapi kerana ini pertama kali saya membuka sewaan ‘landing page’ SEO ini. Maka untuk setiap bulan, pelaburan pemasaran SEO ini hanyalah RM1000 RM800 sebulan.
Nanti dulu der..
Tapi nanti dulu kerana mungkin anda belum yakin dengan potensi ‘lubuk emas’ ini lagi. Oleh itu, saya berbesar hati untuk membuka “tempoh percubaan” selama sebulan terlebih dahulu.
Jangan risau! Anda akan dapat nilai sama seperti harga RM800 sebulan. Jadi berapa pelaburan pemasaran SEO ini untuk anda dan bisnes anda?
RM1000
RM800
Saya buka sampai 30 Disember ini dengan harga RM200 sebulan sahaja (ini untuk tempoh percubaan sebulan).
Sangat jimat !
Anda boleh bayangkan berapa penjimatan anda dengan pelaburan ini berbanding anda laburkan untuk iklan Google Adwords atau Facebook Ads yang anda sendiri belum tahu berapa jumlah ‘Return On Investment’ atau ROI.
Ini anda perlu patuhi
Untuk pemberitahuan awal juga, saya tidak akan benarkan untuk anda ubah 100% tulisan dan gambar kerana ianya akan memberikan kesan yang sangat besar pada kedudukan Pertama di Google.
Oleh sebab itu, setiap pengubahsuaian ayat dan gambar akan diteliti dengan baik oleh saya. Saya tidak mahu membazirkan pelaburan anda dan juga usaha SEO yang telah saya lakukan selama ini. Anda juga faham mengapa kan?
Apa yang perlu anda buat selepas mendapatkan sewaan bulanan ini hanyalah menguatkan backlink tersebut dengan berkongsi link ‘landing page’ pada facebook, twitter, google plus dan lain lain. Saya rasa itu sahaja sudah cukup. Jika mahu lebih, saya akan berikan nasihat PERCUMA selepas anda dapatkan sewaan ‘lubuk emas’ ini.
Anda masih fikir-fikir lagi? Bayangkan sahaja anda laburkan pada Google Adwords RM200 sebulan dan anda belum tahu jumlah pelanggan yang bakal membeli dan juga berapa jumlah Iklan anda untuk setiap satu pelanggan.
Saya sebenarnya mahu diamkan sahaja.. tapi..
Andakata saya masih menjalankan perkhidmatan ini, sudah pasti saya diamkan diri dan tidak mahu berikan ‘lubuk emas’ ini kepada sesiapa. Siapa mahu berikan duit kepada orang lain kan? Lagi-lagi pesaing anda. Tawaran ini juga termasuk sekali dengan pelanggan yang sudah siap mahu membuat tempahan. (siap ada yang berikan nombor telefon untuk dihubungi)
Oleh itu, anda biarkan tawaran ini pergi, bermakna anda bakal kerugian besar.. tetapi jika anda masih berkeras. Boleh tak bantu saya untuk war-warkan tawaran ini kepada sahabat anda yang mungkin berminat dengan tawaran ini? Seperti yang saya nyatakan. Semakin lama, semakin saya rasa bersalah dan berdosa. Ini bukan tawaran pemasaran, ini tawaran pelanggan yang sudah sedia bertanya dan hulurkan duit kepada anda.
Hantar pesanan anda sekarang di SINI <<
Jika ada persoalan, boleh ajukan pertanyaan ke emel saya – [email protected].
Ikhlas,