011-15086763 [email protected]

Pembantu Jualan dan Pemasaran diperlukan

Pembantu Jualan dan Pemasaran diperlukan untuk berkhidmat di syarikat saya secara sepenuh masa.

alkurma_promo_05

 

SKOP TUGAS

Pembantu Jualan

1. Tanggungjawab keseluruhan adalah bagi mewujudkan dan menyelaraskan semua rancangan, kempen, fungsi dan strategi jualan samada melalui whatsapp, telegram, media sosial dan panggilan.

2. Membangunkan dan melaksanakan strategi jualan keseluruhan bagi produk syarikat, termasuk harga, dasar agen / pengedar dan aktiviti pengiklanan.

3. Membangunkan pelan tindakan jualan yang jelas dengan menetapkan objektif, matlamat, jadual dan tugasan untuk melaksanakan dan mencapai peluang yang disasarkan.

4. Menjalankan aktiviti untuk penyelidikan pasaran dan analisis termasuk segmen pasaran, corak pembelian dan analisis pesaing.

5. Mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan baru, pelanggan sedia ada, dan rakan strategik perniagaan samada agen, pengedar dan lain lain.

Pembantu Pemasaran

1. Mengenal pasti pasaran sasaran dan menganalisis trend pasaran semasa.

2. Mengkaji keperluan dan kehendak pelanggan serta maklumat persaingan.

3. Merangka dan melaksanakan pelan strategik untuk memenuhi permintaan pelanggan.

4. Menulis bahan pemasaran seperti artikel, emel, ayat jualan di laman web atau media sosial.

5. Memantau aktiviti pesaing dan menilai kempen pemasaran yang dilakukan pesaing.

6. Menjalankan kaji selidik untuk memahami permintaan pelanggan dan menguruskan ‘brand online positioning’

 

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon sebagai Pembantu Pengurus Jualan dan Pemasaran

– Tahap pendidikan: Minimum Diploma / Ijazah / setaraf dalam perniagaan / bidang yang berkaitan

– Pengalaman: Satu (1) tahun pengalaman bekerja dalam industri berkaitan.

– Kemahiran: Berpengetahuan / berpengalaman dalam bidang berkaitan.

Pakej yang menarik akan ditawarkan setimpal dengan kelayakan dan pengalaman; bersama-sama dengan peluang yang sangat baik untuk kemajuan kerjaya bagi calon-calon dengan sifat-sifat peribadi yang bagus dan rekod kerjaya yang cemerlang.

Calon yang berminat adalah dipelawa untuk menghantar CV dengan menyatakan jangkaan gaji dan tarikh boleh mula berkhidmat, bersama-sama dengan gambar berukuran passport ke email: [email protected] Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi.