011-15086763 [email protected]

Ringkasan 5 pintu Tawaran Meleleh ini saya dapat daripada pembacaan ebook terbaru “Tawaran Meleleh” dari tuan Bukhari Ramli. Ebook Tawaran Meleleh ini adalah sempena projek amal dan dibuka selama 10 jam sahaja.

Saya hanya mahu kongsikan beberapa ringkasan daripada 5 pintu Tawaran Meleleh.

Ianya lebih khusus untuk catitan saya dikemudian hari. Saya merasakan input yang diberikan saya bermakna..sekarang hanya tinggal untuk “output” (proses mengambil tindakan)

ebook tawaran meleleh muaz faris

Tawaran meleleh

5 Pintu Tawaran Meleleh – Ringkasan

1. Masalah dan Soalan 

Ini lebih khusus untuk membuat header yang dapat memberi tawaran tidak boleh tolak. Antara perkara penting adalah Menggunakan Header berbentuk tanya soalan bertujuan untuk menapis pelanggan yang betul.. dan ianya sama seperti mencari jodoh the return.

2. Penyelesaian dan Jawapan

Ini format yang digunakan untuk mudah faham TARGET – MASALAH – PENYELESAIAN

Contoh :
Adakah anda berpeluh banyak?
Badan berbau?
Deodorant tak boleh tahan lama untuk mengepung bau badan anda?
Hanya semburkan produk X dan bukan hanya menutup malah menghapuskan bau badan serta-merta.

3. Hapuskan keraguan

Pastikan untuk anda tidak tunggu pelanggan ragu-ragu dengan tawaran anda. Apa yang perlu dibuat adalah, kita perlu bangkitkan keraguan tersebut dan hapuskan sebelum pelanggan sempat ragu-ragu terhadap tawaran kita.

Contoh keraguan : Harga mahal

Template : RASA – SEBELUM – ALAMI

4. Case Study

Salah satu teknik adalah untuk tunjukkan mereka bukan pertama tetapi ramai yang sudah ramai membeli sebelum mereka. Selain itu, sangat penting juga untuk dapatkan Testimonial Strategik (dapatkan dari pelanggan yang ada ragu-ragu tersebut)

5. Risk Reversal

Dalam transaksi bisnes, sebelah pihak yang bakal membeli akan sentiasa merasa mereka yang bakal menanggung majoriti atau semua risiko apabila mendapat produk tersebut di tangan mereka.

Kalau kita yakin dengan produk kita, berilah jaminan . Jangan sesekali sorok Jaminan! dan pastikan jaminan tersebut POWER yang bukan hanya setakat “dijamin berkesan”

 

Ok itu sahaja untuk ringkasan 5 pintu tawaran meleleh.

Saya tulis ini untuk sesi ulangkaji dan mudah untuk saya buat tindakan selanjutnya untuk apa apa tawaran yang bakal saya buat. Ilmu apa apa pun, kalau tiada tindakan..memang rugi. Apatah lagi ilmu copywriting ekslusif dari tuan Bukhari Ramli ini.

Jika anda mahukan juga Ebook Tawaran Meleleh ini, mohon hubungi Tuan Bukhari Ramli segara direct. (Itu pun kalau beliau mahu buka kembali tawaran ini)

Itu sahaja.

Sekian penulisan ringkas daripada saya tentang Tawaran Meleleh.